ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  SPOTIFY MENGUMUMKAN PENAMBAHAN KEPADA LEMBAGA PENGARAH

Wednesday 17/02/2021



Table

Mona Sutphen (Foto: Business Wire)

NEW YORK, 17 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Spotify (NYSE: SPOT) hari ini mengumumkan bahawa Mona Sutphen akan menyertai Lembaga Pengarah Spotify pada April 2021, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham. Cik Sutphen adalah seorang penasihat ekuiti persendirian dan juga seorang pengasas bersama/penasihat bagi beberapa syarikat permulaan teknologi, dan merupakan seorang pegawai kanan Rumah Putih semasa Pentadbiran Obama.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210216005146/en/

“Mona telah membina sebuah kerjaya di kedua-dua sektor swasta dan awam dengan menasihati pemimpin berhubung dasar domestik Amerika Syarikat dan antarabangsa, teknologi, ekonomi makro dan perdagangan, dan hak asasi manusia...dan itu baharu sebahagian kecil daripada yang sebenarnya,” kata Daniel Ek, Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi bagi Lembaga Pengarah Spotify. “Mona akan membawa satu perspektif baharu dan sangat berharga kepada Lembaga itu ketika kami memberi tumpuan kepada memacukan strategi kami ke hadapan pada masa perubahan luar biasa ini di seluruh dunia.”
 
“Saya sangat berharap dapat menyertai Lembaga Pengarah Spotify,” kata Cik Sutphen. “Spotify telah menjadi satu kekuatan revolusi dan inovator yang mengagumkan di dalam industri audio, dengan mengubah landskap kandungan secara global. Saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada evolusi dan pengembangannya yang berterusan.”

Cik Sutphen pada masa ini merupakan seorang Penasihat Kanan di The Vistria Group, sebuah firma ekuiti persendirian yang berpusat di Chicago, dan merupakan seorang penasihat usaha niaga dan pengasas bersama bagi beberapa syarikat permulaan teknologi. Sebelum ini, beliau adalah seorang rakan kongsi di Macro Advisory Partners (MAP), di mana beliau mengetuai firma itu di pejabat Amerika Syarikat yang menasihati korporat global terkemuka mengenai risiko dan peluang baru muncul merentasi pelbagai sektor, termasuk peraturan platform teknologi, strategi kemasukan pasaran, dan dinamik politik dan risiko kawal selia di Amerika Syarikat, China dan Eropah. Sebelum ini, Cik Sutphen adalah seorang pengarah urusan di UBS AG, di mana beliau telah membangunkan peranti baharu untuk penilaian risiko politik yang memberi impak kepada pasaran modal.

Dari tahun 2009 hingga 2011, beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Turus Rumah Putih bagi Dasar untuk Presiden Barack Obama, dengan memajukan agenda dasar dan kawal selia pentadbiran itu termasuk dasar teknologi, dan berkhidmat di Dewan Penasihat Perisikan Presiden dari 2013 hingga 2016. Cik Sutphen adalah seorang Pengarah Bebas bagi Pattern Energy dan seorang Pemegang Amanah bagi Putnam Mutual Funds. Beliau adalah seorang anggota bagi Majlis bagi Hubungan Luar Negeri, berkhidmat di Lembaga bagi Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa dan Human Rights First, dan merupakan seorang Pemegang Amanah di Kolej Mount Holyoke.

Pelantikan itu adalah tertakluk kepada kelulusan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan Spotify pada 21 April, 2021.

Maklumat mengenai Spotify Technology S.A.

Spotify adalah merupakan perkhidmatan langganan penstriman audio paling popular di dunia dengan sebuah komuniti yang melebihi 345 juta Pengguna Aktif Bulanan dan 155 juta Pelanggan Premium. Dengan kehadiran di 93 pasaran, dan lebih daripada 70 juta trek termasuk 2.2 juta tajuk audio siar, ia telah mengubah cara orang ramai mengakses dan menikmati muzik dan audio siar.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210216005146/en/

Hubungi

Perhubungan Pelabur:
Bryan Goldberg
ir@spotify.com
investors.spotify.com

Perhubungan Awam:
Dustee Jenkins
press@spotify.com

Sumber : Spotify Technology S.A.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.