ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  JELLYFISH MEMPEROLEH 5 SYARIKAT, MEMACUKAN PENGEMBANGAN GLOBAL DENGAN KEUPAYAAN DIGITAL BAHARU

Wednesday 24/02/2021



Table

Rob Pierre, Ketua Pegawai Eksekutif, Jellyfish (Foto: Business Wire)

Jellyfish Memperluaskan Kehadiran Global dengan Keupayaan Data dan Analitik Dipertingkatkan dengan Penawaran Baharu di dalam E-Dagang, Penciptaan Kandungan, Kreatif dan Penyetempatan

LONDON, 24 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jellyfish, rakan pemasaran digital kepada jenama-jenama terkemuka di dunia (iaitu, Samsung, Uber, Nestle, Deckers, Spotify, dan eBay), hari ini mengumumkan pengambilalihan 5 buah syarikat — masing-masing pemimpin terkenal di dalam ruang digital. Pengembangan pesat Jellyfish diperolehi di tengah-tengah latar belakang penyatuan dan cabaran di dalam sektor agensi tradisional ketika keupayaan syarikat itu terletak di dalam membantu jenama-jenama semasa perjalanan transformasi digital mereka. Pengembangan Jellyfish mengikuti pemerolehan sebelum ini dengan satu pelaburan yang signifikan dari Kumpulan Fimalac pada tahun 2019. Syarikat itu mewakili satu jenis perniagaan digital yang baharu, di mana perkhidmatan agensi digabungkan dengan perundingan, latihan, dan teknologi canggih untuk menyampaikan hasil yang terbaik bagi pelanggan. Dilancarkan pada tahun 2005, ia telah juga menjadi satu daripada beberapa Rakan  Platform Pemasaran Google yang diurus secara global, berkembang pada kadar purata 45% setahun secara konsisten selama lapan tahun kebelakangan ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210223005716/en/

Ramalan eMarketer semasa menunjukkan bahawa jumlah perbelanjaan iklan media dijangka mencecah lebih 600 bilion pada tahun 2021 oleh itu, untuk kekal berdaya saing, dan bagi meningkatkan keberkesanan media, syarikat-syarikat harus mencantas sebuah landskap digital yang tepu dan menyediakan komunikasi yang relevan dan lancar merentasi semua saluran dan titik sentuh. Pecutan bagi transformasi digital sebagai tindak balas kepada pandemik global telah mewujudkan satu keperluan yang lebih besar bagi jenama-jenama untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang dapat membantu mereka mengemudi  dan memenuhi cabaran bagi memacukan pertumbuhan dan kemapanan.

“Misi kami adalah untuk memastikan bahawa pelanggan kami mempunyai semua sumber yang diperlukan untuk mengambil sepenuhnya transformasi digital dan mencapai hasil yang melampaui setiap jangkaan. Di sebalik satu tahun yang penuh dengan gangguan dan transformasi yang belum pernah terjadi sebelum ini dalam pemasaran digital, Jellyfish terus berkembang di seluruh dunia, dengan memasuki pasaran baharu di Australia dan Mexico dan meningkatkan kehadiran kami di Perancis, Brazil, dan Amerika Syarikat — dengan menambahkan keupayaan dan bakat baharu di seluruh dunia, dengan tumpuan kepada penciptaan dan penyetempatan kandungan, e-dagang, kreatif, dan pengoptimuman data,” kata Rob Pierre Ketua Pegawai Eksekutif bagi Jellyfish. “Pemerolehan ini adalah kunci di dalam mendorong keunggulan dan pertumbuhan di tempat pasaran dan kami percaya tidak ada yang mustahil atau di luar jangkauan pelanggan kami,” kata Pierre.

“Pemerolehan ini membawa peningkatan yang sangat kuat kepada portfolio perkhidmatan kami dengan memperluaskan kedalaman kepakaran, jangkauan geografi, dan penawaran kami merentasi beberapa benua dan wilayah,” kata Chris Lee, Ketua Pegawai Operasi, Jellyfish.

Kepakaran, teknologi yang diperluaskan:

Seelk
Perisian dan perundingan bagi Tempat Pasaran Amazon
Splash
Teknologi dan perkhidmatan kreatif dengan penyetempatan global
Quill
Kandungan Prestasi Global untuk e-dagang
Perkhidmatan Jenama Webedia
Gamifikasi, kandungan, data dan perkhidmatan teknologi dan strategi data perusahaan

Kehadiran global yang diperluaskan:

Data Runs Deep - Australia
Perundingan, pelaksanaan, dan latihan untuk penyelesaian data

Untuk maklumat tambahan bagi setiap syarikat pemerolehan Jellyfish, sila klik di sini.

Pemerolehan baru-baru ini yang memperluaskan kehadiran global kami:

Reamp – Brazil
Pemasaran programatik, automasi pemasaran, dan prestasi kempen digital (diperoleh pada pertengahan kedua 2020)
San Pancho - Mexico & Colombia
Keupayaan pemasaran digital dan kepakaran analitik lengkap (diperoleh pada pertengahan kedua 2020)

Maklumat mengenai Jellyfish

Jellyfish, sebahagian daripada Kumpulan Fimalac, adalah sebuah rakan global di dalam pemasaran dan transformasi digital kepada beberapa jenama terkemuka di dunia termasuk Samsung, Uber, Nestle, Orange, Spotify & eBay. Jellyfish mewakili satu jenis perniagaan digital baharu, di mana perkhidmatan agensi digabungkan dengan perundingan, latihan, dan teknologi canggih untuk menyampaikan hasil yang terbaik bagi pelanggan. Dengan menggaji lebih dari 2000 orang di 40 buah pejabat di seluruh dunia, dan dengan pengembangan seterusnya dalam masa terdekat, Jellyfish berhasrat untuk menjadi rakan global pilihan utama untuk keperluan digital bagi mana-mana jenama. Dilancarkan pada tahun 2005, Jellyfish juga telah berkembang menjadi satu daripada beberapa Rakan Pemasaran Google yang diurus secara global. Berkembang pada kadar purata 45% setahun secara konsisten selama lapan tahun kebelakangan ini, Jellyfish berbangga untuk berada di barisan hadapan ekonomi digital global.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210223005716/en/

Hubungi

Untuk Pertanyaan Media Sila Hubungi
Julia Angelen Joy, Media Frenzy Global
julia@mediafrenzyglobal.com
208.996.9844

Sumber : Jellyfish

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.