ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  PENGASAS GLAMHIVE STEPHANIE SPRANGERS DAN PENGGAYA SELEBRITI NICOLE CHAVEZ MENGUMUMKAN SIDANG KEMUNCAK GAYA DAN KECANTIKAN DIGITAL MUSIM SEJUK

Thursday 25/02/2021



Table

Sidang Kemuncak Gaya dan Kecantikan Digital Musim Sejuk Glamhive akan menghimpunkan pemimpin fesyen dan kecantikan terkemuka (Grafik: Mary Kay Inc.)

Persidangan itu akan membawa pemimpin di dalam industri gaya dan kecantikan untuk membincangkan bersama mengenai fesyen, kecantikan, dan keusahawanan.

SEATTLE & LOS ANGELES, 25 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Glamhive mengumumkan persidangan dalam talian mereka yang keempat yang akan diadakan pada 27 Februari, 2021. Sidang Kemuncak Gaya dan Kecantikan Digital Musim Sejuk Glamhive itu akan menyatukan pemimpin fesyen dan kecantikan terkemuka, dari penggaya Kristen Bell sehingga kepada pelabur pengasas wanita yang mengubah menjadi pengasas berbilion dolar Cindy Eckert. Pemimpin-pemimpin yang berinovatif itu akan membincangkan mengenai fesyen, kecantikan, keusahawanan, dan banyak lagi. Stephanie Sprangers dan Nicole Chavez akan menjadi hos bersama bagi  acara itu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210224005275/en/

"Saya gemar menjadi sebahagian daripada sidang kemuncak gaya & kecantikan Glamhive, terutamanya pada masa yang mencabar ini. Sidang kemuncak itu membawa suatu perasaan kemasyarakatan, yang berkurangan di dalam dunia bagi bakat kreatif, dan saya telah membuat beberapa hubungan yang luar biasa dengan artis lain dalam proses itu," kata Nicole Chavez, penggaya selebriti. Nicole adalah satu daripada penggaya yang paling diminati pada hari ini. Pelanggan beliau terdiri daripada bintang Senarai-A Kristen Bell, Rachel Bilson, Jessica Simpson, Ellie Bamber, Scarlett Johansson, Catherine Zeta-Jones, dan banyak lagi. Hasil kreatif beliau telah dipaparkan di banyak penerbitan, termasuk W, InStyle, dan Harper's Bazaar.

"Visi Glamhive adalah untuk memberikan manfaat bekerja dengan seorang penggaya peribadi yang tersedia untuk semua orang, di mana sahaja, dan acara digital kami adalah satu lanjutan yang indah. Sinar harapan bagi tahun lalu adalah bahawa ia membolehkan kami memusatkan sidang kemuncak gaya kami kepada digital, oleh itu membolehkan semua orang, di mana sahaja untuk bertemu dan belajar daripada yang terbaik di dalam perniagaan itu," kata Stephanie Sprangers, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Glamhive. Sprangers adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Glamhive, perkhidmatan penggayaan peribadi dalam talian yang membawa pakar penggaya peribadi dan artis solekan – yang direkrut secara langsung dari Hollywood dan Instagram -- kepada semua orang. Glamhive telah mengembangkan perisian proprietari yang membolehkan penggaya untuk membawa pelanggan melalui suatu pengalaman penggayaan yang 100% dalam talian, yang membolehkan orang untuk bekerja dengan penggaya di mana sahaja di dunia.

Acara sepanjang hari dan bertiket itu akan menampilkan lebih daripada 60 penceramah. Berikut adalah satu gambaran keseluruhan mengenai beberapa topik yang akan dibahaskan oleh barisan penceramah terkenal ini.  

GAMBARAN RINGKAS TOPIK:

Hari itu akan terdiri daripada 22 segmen merentasi dua trek. Satu gambaran ringkas:
  • Gaya Permaidani Merah: Mewujudkan Detik Gaya Ikonik
  • Trend 2021: Gaya Pasca Pandemik
  • Memenangi Permainan Gaya: Vintaj adalah Senjata Sulit Anda
  • Buku Permainan Penggaya: Cara untuk Memperoleh Gaya Terbaik untuk Hidup Anda
  • Bos Kecantikan: Temu ramah dengan Jamie Kern Lima
  • Panduan Muktamad kepada Rambut "Mudah"
  • Mari Bersosial: Trend Kecantikan Instagram dan TikTok Terbaik
  • Astrologi Fesyen: Bersama Susan Miller
  • Lebih Banyak Daripada yang Disangkakan: Apa Kata Pakaian Anda Mengenai Anda
  • ROI bagi Gaya: Cara Berpakaian Cantik Membuahkan Hasil
  • Bagaimana Saya Membangunkan Ini: Dapatkan Nasihat Baik dari Wanita yang telah Berjaya Menuju ke Puncak
PENCERAMAH:

Penceramah termasuk penggaya selebriti, artis solekan, pembuat imej yang bekerja dengan nama-nama terbesar di Hollywood dan seterusnya, termasuk:

Angelina Jolie, Serena Williams, Mandy Moore, Sarah Jessica Parker, Kristen Bell, Khloe Kardashian, Robert Downey Jr., Keanu Reeves, Sharon Stone, Serena Williams, Miranda Lambert, Julianne Moore, dan banyak lagi.

PENGGAYA SELEBRITI:

Nicole Chavez, Jill + Jordan, Jeanne Yang, Jennifer Rade, Tara Swennen, Janelle Miller, Lindsey Dupuis, Tiffany Gifford, Kesha McLoud, dan Sonia Young.

ARTIS SOLEKAN SELEBRITI + JURUGAYA RAMBUT:

Tommy Buckett, Todd Harris, Diana Madison, Danny Moon, AJ Crimson, dan Helen Reavey.

USAHAWAN, PEREKA BENTUK, DAN PEMIMPIN PERNIAGAAN:

Claire Sulmers (Fashion Bomb Daily), Hillary Kerr (WhoWhatWear), Tara Rudes Dann (L'Agence), Steven Dann (Designer), Cindy Eckert (The Pink Ceiling Fund), Helen Ravey (Act+Acre), Cassandra Cadwell (Violet Grey), Michelle Waugh (Designer), Clarissa Egana (Port De Bras), Amy Rosoff Davis (Celebrity Trainer), Jamie Kern Lima (IT Cosmetics).

PEMUDAH CARA:

Brian Underwood (O Magazine), Brooke Jaffe (Penske Media), Pandora Amoratis (Daily Mail), Andrea Lavanthal (PEOPLE), Robin Nazzaro (O Magazine), Alexis Bennett (Vogue) dan Kibwe Chase-Marshall (The Kelly Initiative).

Tiket ke persidangan itu adalah $149 bagi tiket sepanjang hari. Penaja pembentangan bagi Sidang Kemuncak Gaya dan Kecantikan Digital Musim Sejuk adalah Mary Kay Inc. dan Mary Kay Global Design Studio.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.glamhive.com/upcoming.

Maklumat mengenai Glamhive

Glamhive telah diasaskan oleh usahawan Stephanie Sprangers pada tahun 2017 dengan visi untuk mendemokrasikan gaya peribadi dan berdasarkan premis itu bahawa keyakinan yang hadir dengan glamor tidak boleh eksklusif untuk orang kaya dan terkenal.

Pengalaman menggaya dalam talian itu menawarkan kepada siapa sahaja yang mempunyai akses sambungan Wi-Fi kepada penggaya akan memberi mereka sokongan yang mereka perlukan untuk menjadi versi terbaik mereka. Platform Glamhive itu adalah satu platform hujung-ke-hujung yang lancar bagi penggaya  untuk membantu mereka mengembangkan rangkaian dan perniagaan mereka, boleh dikatakan 100%.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya lebih 57 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan  peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan komuniti kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210224005275/en/

Hubungi

Stephanie Sprangers, Pengasas + Ketua Pegawai Eksekutif, Glamhive
stephanie@glamhive.com
+1.206.851.0446

Sumber : Mary Kay

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.