ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  ZYNGA MEMPEROLEHI PASUKAN ECHTRA GAMES YANG DIKETUAI OLEH PEMAJU BAGI FRANCAIS DIABLO DAN TORCHLIGHT

Thursday 04/03/2021



Table

Zynga Memperolehi Pasukan Echtra Games yang Diketuai oleh Pemaju bagi Francais Diablo dan Torchlight (Foto: Business Wire)
 

· Menambahkan sebuah pasukan pembangunan yang berbakat dengan pengalaman rentas platform yang meluas kepada Zynga
· Membawa peralatan dan teknologi pembangunan rentas platform milik Echtra Games
· Memperkukuhkan keupayaan pembangunan Zynga bagi projek rentas platform masa hadapan
· Pasukan Echtra Games akan membangunkan sebuah permainan melakonkan peranan (RPG) baharu yang belum diumumkan untuk permainan rentas platform, dengan bekerjasama dengan studio NaturalMotion Zynga

SAN FRANCISCO, 4 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah pemimpin dunia di dalam hiburan interaktif, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperolehi Echtra Games, sebuah studio permainan rentas platform yang terdiri daripada sebuah pasukan pembangunan yang mana anggota teras telah sebelum ini membentuk dunia bagi permainan melakonkan peranan aksi menerusi karya mereka berhubung tajuk yang menentukan genre termasuk Diablo, Diablo II, francais Torchlight dan banyak lagi.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210303005013/en/

Pasukan Echtra Games memperkukuhkan masa hadapan permainan rentas platform Zynga dengan menambahkan pemaju berbakat dengan pengalaman bermain rentas platform yang meluas serta proprietari peralatan dan teknologi pembangunan rentas platform yang telah dibangunkan di atas Unreal Engine. Secara khusus, pasukan Echtra Games akan membangunkan sebuah RPG baharu, yang belum diumumkan untuk permainan rentas platform dengan perkongsian dengan studio NaturalMotion Zynga.

“Max dan pasukannya di Echtra Games bertanggungjawab di atas beberapa sifat-sifat permainan paling legenda yang pernah diwujudkan, dan mereka adalah pakar di dalam genre RPG aksi dan pembangunan rentas platform. Saya sangat teruja untuk mengalu-alukan pasukan Echtra Games ke dalam keluarga Zynga,” kata Frank Gibeau, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Zynga. “Pemerolehan ini akan memainkan peranan penting di dalam membangunkan lesen dan jenama kami yang ikonik daripada telefon bimbit kepada komputer meja dan konsol, dan pada masa yang sama membantu untuk memperluaskan jumlah pasaran boleh alamat Zynga.”

“Echtra Games gembira kerana dapat menyertai keluarga Zynga,” kata Max Schaefer, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Echtra Games. “Kami berkongsi visi Zynga bahawa permainan rentas platform adalah satu bahagian penting bagi masa hadapan RPG dan hiburan interaktif dan sungguh berminat untuk menerapkan pengalaman dan bakat kami yang meluas kepada usaha ini.”

Echtra Games telah ditubuhkan pada tahun 2016 dan diketuai oleh satu kumpulan veteran industri yang berpengalaman. Max Schaefer dan pasukan kepimpinan beliau mengasaskan bersama syarikat-syarikat seperti Blizzard North, Flagship Studios dan Runic Games, dan mempunyai pengalaman pembangunan yang kukuh pada tajuk seperti Diablo, Diablo II, francais Torchlight, The Sims 4 dan banyak lagi. Kakitangan veteran Echtra Games telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat seperti Blizzard, Disney, Electronic Arts, Runic Games, Kabam dan Undead Labs. Pasukan pembangunan Echtra Games telah menerbitkan dan menjalankan perkhidmatan langsung di telefon bimbit, komputer meja, Playstation 4, XBox One dan Nintendo Switch.

Catatan editor:

Seni dan aset utama yang tersedia untuk digunakan di pautan berikut:
https://www.dropbox.com/sh/zt2yw10epgmbol5/AAAER_7l74stge--9VocMcqPa?dl=0

Maklumat mengenai Zynga Inc.

Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Sehingga kini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, Merge Magic!™, Toon Blast™, Toy Blast™ dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih 150 buah negara dan boleh dimainkan merentasi platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di TwitterInstagramFacebook atau di blog Zynga.

Maklumat mengenai Echtra Games Inc.

Echtra Games adalah sebuah studio permainan yang berpangkalan di San Francisco yang terdiri daripada pemaju berpengalaman yang membantu membentuk dunia bagi permainan aksi yang melakonkan peranan. Pasukan itu telah ditubuhkan pada awal tahun 2016 oleh Max Schaefer, pencipta bersama bagi francais permainan yang menentukan genre seperti Torchlight dan Diablo. Sebuah impian lama untuk menghidupkan kembali dunia Torchlight memberi ilham kepada beliau untuk menyatukan kembali beberapa daripada pemaju terbaik industri dan mewujudkan projek pertama studio itu, Torchlight III. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.echtragames.com.

KENYATAAN YANG BERPANDANGAN KE HADAPAN

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang berkaitan, di antara lain, objektif perniagaan dan peluang-peluang kami berhubung  permainan rentas platform dan pengembangan mereka bagi jumlah pasaran boleh alamat kami, serta projek pembangunan permainan di masa hadapan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan seringkali merangkumi perkataan seperti “pandangan,” “ujuran,” “dirancang,” “bermaksud,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan di dalam bentuk kala kelak yang lazimnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian atau kejayaan bagi perkara yang diliputi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu melibatkan risiko, ketidaktentuan, dan andaian yang signifikan. Kebergantungan yang tidak wajar tidak harus diletakkan kepada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu, yang didasarkan pada maklumat yang ada kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak berkewajipan untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidaktentuan dan andaian ini adalah atau akan dijelaskan dengan lebih terperinci di dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”), salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur kami di http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di www.sec.gov.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210303005013/en/

Hubungi

Perhubungan Pelabur:
Rebecca Lau
Investors@zynga.com

Perhubungan Media:
Sarah Ross
Sarah@zynga.com

Sumber : Zynga

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.