ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  MILLIKEN & COMPANY MELANTIK CINDY BOITER SEBAGAI NAIB PRESIDEN EKSEKUTIF, PRESIDEN BAHAGIAN KIMIA

Friday 05/03/2021



Table

Cindy Boiter, naib presiden eksekutif dan presiden bagi Bahagian Kimia Milliken yang baharu diumumkan (Foto: Business Wire)
 

SPARTANBURG, S.C., 5 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Milliken & Company dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa Cindy Boiter telah dinaikkan pangkat untuk menjadi naib presiden eksekutif dan presiden bagi Bahagian Kimia Milliken. Berkuat kuasa 15 Mac, beliau akan memegang jawatan itu yang  kini disandang oleh David Moody ketika beliau beralih kepada satu peranan di luar Milliken.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210304005823/en/

“Ini adalah satu pelantikan yang mengujakan bagi syarikat kami, kerana Cindy akan menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai presiden bahagian di Milliken,” kata Halsey Cook, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif di Milliken. “Beliau adalah layak secara unik untuk mengetuai bahagian kimia kami disebabkan oleh pengalaman beliau yang meluas di bahagian itu, pemerolehan yang telah beliau selesaikan dan keperibadian beliau bagi matlamat Milliken.”

Boiter menyertai Bahagian Kimia Milliken pada tahun 2012 sebagai pengarah pemasaran, strategi dan pembangunan perniagaan dan meningkat maju untuk menjadi Ketua Pegawai Kewangan bahagian itu, di mana beliau telah memainkan satu peranan penting di dalam pertumbuhannya yang pesat. Pada tahun 2018, beliau beralih untuk menjadi ketua pegawai strategi Milliken, di mana beliau mengetuai inisiatif perancangan strategik 2025 syarikat itu dan menyelia dua pemerolehan yang signifikan. Boiter adalah seorang penerima bagi Anugerah Kepujian Milliken untuk Kepelbagaian dan Kemasukan dan merupakan seorang sekutu yang aktif untuk rakan bersekutu di seluruh dunia.

“Kami juga ingin meluangkan waktu sejenak untuk mengucapkan terima kasih kepada David Moody kerana perkhidmatan beliau selama 33 tahun di Milliken dan berharap beliau juga dapat melangkah ke tahap seterusnya di dalam kerjaya beliau,” kata Cook.

Maklumat mengenai Milliken

Pakar sains bahan Milliken & Company tahu bahawa satu molekul tunggal mempunyai potensi untuk mengubah dunia. Dengan penyelesaian yang berinovatif merentasi industri tekstil, lantai, kimia khusus, dan penjagaan kesihatan, Milliken menjawab beberapa daripada cabaran terbesar di dunia. Dinamakan di dalam senarai Syarikat Paling Beretika di Dunia oleh Ethisphere Institute selama 15 tahun berturut-turut, syarikat itu memenuhi detik ini dengan satu komitmen yang tidak goyah bagi menyampaikan penyelesaian yang lestari untuk pelanggan mereka dan komuniti. Lapan ribu rakan bersekutu merentasi 46 lokasi di seluruh dunia bersatu di belakang satu matlamat bersama: untuk memberikan impak positif kepada dunia selama beberapa generasi akan datang. Ketahui lebih lanjut mengenai pemikiran ingin tahu Milliken dan penyelesaian yang penuh inspirasi di milliken.com  dan di FacebookInstagram, LinkedIn dan Twitter.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210304005823/en/

Hubungi

Betsy Sikma
betsy.sikma@milliken.com
864.909.7908

Liz Morris
liz@edit-grp.com
864.918.5196

Sumber : Milliken & Company

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.