ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  ZYNGA BEKERJASAMA DENGAN GIRLS WHO CODE UNTUK MEMBANTU MENINGKATKAN KESEDARAN DAN SOKONGAN BAGI WANITA DALAM BIDANG TEKNOLOGI

Tuesday 09/03/2021



Table

Zynga bergandingan dengan Girls Who Code untuk Membantu Meningkatkan Kesedaran dan Sokongan bagi Wanita dalam bidang Teknologi (Grafik: Business Wire)
 

Zynga menggesa rangkaian global pemain mereka, melancarkan cabaran dalam permainan dan menetapkan inisiatif syarikat menerusi Women at Zynga (WaZ) untuk menyokong Hari Wanita Antarabangsa 2021

SAN FRANCISCO, 9 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah pemimpin dunia di dalam hiburan interaktif, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menjalin kerjasama dengan Girls Who Code untuk menyokong Hari Wanita Antaraban gsa 2021. Dengan satu misi untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan untuk wanita dalam bidang teknologi, Zynga telah menjanjikan $100,000 daripada Tabung Impak Sosial mereka bagi membolehkan Girls Who Code (GWC) untuk menyokong gadis-gadis di semua peringkat sepanjang perjalanan pendidikan mereka dari gred 3 sehingga memasuki tenaga kerja.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210308005082/en/

GWC adalah sebuah organisasi yang tidak mencari keuntungan antarabangsa yang didedikasikan untuk merapatkan jurang jantina dalam bidang teknologi. Organisasi itu telah menjangkau kepada lebih 300,000 gadis di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, dan India; 50 peratus daripada gadis yang dilayan adalah berkulit hitam, Latinx, atau dari latar belakang berpendapatan rendah. Melalui program Kelab percuma mereka, GWC menjangkau kepada wanita muda di detik paling kritikal di dalam proses itu, dengan melengkapkan mereka untuk menggunakan Sains Komputer bagi memberi impak kepada komuniti mereka dan menyediakan sebuah  perkumpulan wanita yang terdiri daripada rakan sebaya dan mentor yang menyokong untuk membantu mereka terus bertahan dan berjaya.

“Zynga merasa terhormat untuk bergandingan dengan Girls Who Code untuk membantu membentuk sebuah industri yang lebih inklusif dalam bidang teknologi dan permainan dengan memperluaskan peluang-peluang bagi gadis dan wanita di seluruh dunia,” kata Phuong Phillips, Ketua Pegawai Undang-undang di Zynga. “Melalui bengkel maya mereka, kelab sekolah, program bimbingan, jaringan dan lebih banyak lagi, kami berharap untuk membina generasi seterusnya bagi wanita dalam STEAM untuk membantu mereka menyiapkan diri dan berkembang maju di dalam tenaga kerja teknologi. Dengan satu kumpulan wanita yang luar biasa di Zynga yang telah melakukan banyak usaha untuk menyokong studio dan pekerja kami di seluruh dunia, adalah penting bahawa kami mengambil langkah-langkah positif untuk membantu memperkukuhkan masa depan bagi industri kami untuk tahun-tahun akan datang.”

“Kami tahu bahawa wanita muda yang bersemangat, berbeza, bercita-cita tinggi adalah kunci kepada mengubah tempat kerja dan dunia kita,” kata Dr. Tarika Barrett, Ketua Pegawai Eksekutif di Girls Who Code. “Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Zynga pada Hari Wanita Antarabangsa ini untuk menghantar satu isyarat yang kuat kepada wanita muda di mana sahaja mereka berada bahawa mereka berhak berada di dalam bidang teknologi dan bahawa mereka mempunyai sokongan dalam perjalanan mereka dari sekolah sehingga ke dalam tenaga kerja. Zynga dan Girls Who Code berkongsi satu wawasan mengenai sebuah tenaga kerja yang lebih adil dan saksama, di mana wanita dari semua latar belakang naik sehingga ke puncak.”

GWC kini mempunyai lebih 80,000 alumni yang berumur dalam lingkungan mengikuti pengajian kolej, yang mengambil jurusan Sains Komputer dan bidang yang berkaitan pada 15 kali ganda daripada purata Amerika Syarikat. Pada kadar sekarang, organisasi itu berada di landasan yang betul untuk merapatkan jurang jantina dalam Sains Komputer peringkat kemasukan baharu dan pekerjaan yang berkaitan menjelang tahun 2030. Dengan sokongan Zynga, GWC akan terus memperluaskan program Kelab dan alumni percuma mereka, membantu wanita muda membuka peluang-peluang di dalam tenaga kerja teknikal dan menghubungkan wanita muda dengan model peranan dan mentor untuk menyokong mereka dalam perjalanan mereka di dalam bidang teknologi.

Pada Mac ini, saluran sosial Zynga akan memberikan perhatian kepada beberapa wanita luar biasa yang membantu mempromosikan tempat kerja yang lebih inklusif bagi keluarga studio Zynga di seluruh dunia. Tambahan pula Small Giant Games, sebuah anak syarikat Zynga Inc., akan menggesa rangkaian pemain global mereka di Empires & Puzzles untuk membantu meningkatkan kesedaran dengan mengubah keterangan pakatan mereka untuk memasukkan hashtag #ChooseToChallenge - tema untuk Hari Wanita Antarabangsa tahun ini. Mulai sekarang sehingga 14 Mac, satu emoji mengangkat tangan telah disertakan secara eksklusif bagi fungsi sembang dalam permainan dan, sebagai tambahan, satu pin avatar tangan yang diangkat juga akan diberikan kepada pemain yang turut serta di dalam acara ini.

Untuk maklumat lanjut sila layari:
www.zynga.com
www.girlswhocode.com
www.internationalwomensday.com

Catatan Editor
Seni dan aset utama yang tersedia untuk digunakan di pautan berikut:
https://www.dropbox.com/sh/x7ey7f7kht5zbym/AADtJroaLak7G56DjgAbIVBra?dl=0

Empires & Puzzles tersedia untuk dimuat turun secara percuma di iOS dan Android.

Maklumat mengenai Zynga
Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Sehingga kini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, Merge Magic!™, Toon Blast™, Toy Blast™ dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih 150 buah negara dan boleh dimainkan merentasi platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di TwitterInstagramFacebook atau di blog Zynga.
 
Maklumat mengenai Girls Who Code
Girls Who Code adalah sebuah organisasi yang tidak mencari keuntungan antarabangsa yang bekerja erat untuk merapatkan jurang jantina di dalam bidang teknologi dan mengubah gambaran bagaimana rupa dan apa yang dilakukan oleh seorang pengaturcara. Dengan program mereka, mereka memimpin pergerakan untuk memberi inspirasi, mendidik, dan melengkapkan wanita muda dengan kemahiran pengkomputeran bagi mengejar peluang-peluang abad ke-21. Girls Who Code telah menjangkau kepada 300,000 gadis setakat ini melalui program mereka dan 500 juta orang melalui kempen, kerja advokasi, dan siri terlaris New York Times. Untuk menyertai pergerakan atau mengetahui lebih lanjut, sila layari  girlswhocode.com. Ikuti organisasi itu di media sosial @GirlsWhoCode.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210308005082/en/

Hubungi

Hubungan Media Zynga:
Jonathan Lopera
jlopera@zynga.com

Sumber : Zynga

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.