ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PENGISYTIHARAN OLEH 22 PELAJAR DARI JEPUN DAN 10 NEGARA ANGGOTA ASEAN YANG BELAJAR DI JEPUN: MAJLIS PELANCARAN ITU AKAN DIADAKAN SECARA DALAM TALIAN PADA 16 MAC

Tuesday 09/03/2021



Table

 
Pelajar-pelajar melengkapkan proses menggubal pengisytiharan dalam talian disebabkan oleh COVID-19. (Foto: Business Wire)
 

“Pengisytiharan Pemimpin Masa Depan mengenai Kerjasama ASEAN-Jepun bagi Sisa Plastik Marin Antarabangsa”

Ucapan Alu-aluan oleh Setiausaha Agung ASEAN T.Y.T. Dato Lim Jock Hoi

TOKYO, 9 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) akan mengadakan satu upacara pelancaran bagi “Pengisytiharan Pemimpin Masa Depan mengenai Kerjasama ASEAN-Jepun bagi Sisa Plastik Marin Antarabangsa” pada 16 Mac, 2021. Dianjurkan oleh AJC, projek ini merupakan percubaan pertama untuk menerima dan mengemukakan satu pengisytiharan yang dimulakan oleh pelajar mengenai sisa plastik marin antarabangsa di antara Jepun dan 10 negara anggota ASEAN.1 Dua puluh dua pelajar siswa-siswi dan siswazah yang mewakili Jepun (wilayah Okayama, Shizuoka, Tokyo, Hiroshima, Mie, dan Yamaguchi) dan 10 anggota negara ASEAN telah dipilih setelah proses penyaringan yang ketat daripada sejumlah kira-kira 60 pemohon yang sedang belajar di Jepun.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210308005975/en/

Sejak November lalu, 22 pelajar itu bekerjasama secara dalam talian untuk mendraf satu pengisytiharan bersama untuk membanteras isu-isu semasa bagi sisa plastik marin antarabangsa melalui satu siri yang mengandungi tiga sesi persediaan dan ceramah. Dalam proses membuat pengisytiharan itu, mereka telah menerima bimbingan dan sokongan dari Profesor ISOBE Atsuhiko dari Universiti Kyushu, seorang pakar terkemuka dalam penyelidikan plastik mikro marin, dan Profesor KAJITA Takaaki dari University of Tokyo dan Pemenang Nobel dalam Fizik, dan ceramah khas oleh pakar-pakar dari Bahagian Alam Sekitar ASEAN, Kementerian Alam Sekitar (MoE) bagi Kerajaan Jepun, Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA), Pusat Asia Kitakyushu untuk Persatuan Karbon Rendah, Biro Alam Sekitar, Bandar raya Kitakyushu, dan Perikatan Bahan Laut Bersih (CLOMA).

Pada majlis itu, pelajar-pelajar akan melancarkan pengisytiharan bersama itu. Setiausaha Agung ASEAN T.Y.T. Dato LIM Jock Hoi akan merasmikan majlis itu dan Profesor KAJITA akan menyampaikan ucaptama. Satu perbincangan panel akan dianjurkan juga di mana empat wakil pelajar dari Kemboja, Indonesia, Viet Nam dan Jepun akan bertukar-tukar idea mengenai “Apa yang Harus Dipelajari oleh Pemimpin Masa Depan dari Pemimpin Sekarang” dengan Profesor KAJITA, Dr. SUZUKI Motoyuki, Wakil Pengarah bagi Persatuan Jepun untuk UNEP, dan Cik KOSHIISHI Yuko, seorang Pengurus Besar Kanan dari Jabatan Kelestarian Korporat bagi Suntory Holdings Limited, dan Profesor ISOBE.

Untuk butiran bagi acara itu termasuk pendaftaran, sila lihat laman web AJC seperti di bawah.
https://www.asean.or.jp/en/centre-wide-info/20210225/
 
Sekiranya anda berminat untuk membuat liputan acara ini, sila hubungi Unit PR AJC.

1 Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Republik Demokratik Rakyat Lao, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, dan Viet Nam.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210308005975/en/

Hubungi

Unit Perhubungan Awam Pusat ASEAN-Jepun (AJC)
Tomoko Miyauchi (Cik)
URL: https://www.asean.or.jp/en/
TEL: +81-3-5402-8118
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp

Sumber: Pusat ASEAN-Jepun

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.