ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  KEMENTERIAN BAGI ALAM SEKITAR AKAN MENGADAKAN PAMERAN ALAM SEKITAR DALAM TALIAN "PAVILION JEPUN MAYA - INOVASI BAGI SIFAR-BERSIH 2050"

Wednesday 10/03/2021

AsiaNet 88319

TOKYO, 10 Mac, 2021/Kyodo JBN, AsiaNet/--

Pada 3 hingga 23 Mac, 2021, Kementerian bagi Alam Sekitar akan mengadakan “Pavilion Jepun Maya – Inovasi bagi sifar-bersih 2050,” sebuah pameran dalam talian yang berkongsi kekuatan dan inisiatif teknologi alam sekitar Jepun dengan orang ramai di Jepun dan di seluruh dunia.

Akses URL di bawah untuk menghadiri Pavilion Jepun Maya itu.  
https://cluster.mu/e/e6f530e4-610a-4cd9-b254-e9f222c10550

Pada Oktober 2020, Perdana Menteri SUGA Yoshihide telah mengisytiharkan bahawa Jepun akan mensasarkan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau kepada sifar-bersih menjelang tahun 2050, iaitu untuk merealisasikan sebuah masyarakat yang nyahkarbon dan karbon neutral. Untuk mencapai sebuah masyarakat seperti itu, inovasi teknologi diperlukan di dalam setiap aspek. Pameran di pavilion ini menerangkan beberapa daripada teknologi dan inisiatif terkini oleh syarikat-syarikat yang berusaha untuk menghasilkan inovasi yang akan menyahkarbonkan Jepun.

*Beberapa persidangan antarabangsa yang berkaitan dengan perubahan iklim telah dirancang untuk Mac, termasuk Seminar Asia Pasifik mengenai Perubahan Iklim, Forum Antarabangsa Bandar Raya Sifar Karbon, dan Forum Penyesuaian Perubahan Iklim Asia Pasifik. Matlamat bagi pavilion itu adalah untuk mengambil peluang ini bagi berkongsi maklumat mengenai teknologi dan usaha perubahan iklim Jepun.

*Pameran ini bertujuan sebagai persiapan teknikal dan ujian perintis bagi pavilion maya yang akan diadakan pada Persidangan Perubahan Iklim PBB ke-26 (COP26).

Gambaran keseluruhan

1. Pameran

Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau 1/Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau 2/Ekonomi Bundar/Gaya Hidup/Aktiviti Sokongan
Ruang pameran VR, dengan lima tema utama, akan mempersembahkan teknologi dan inisiatif alam sekitar terkini daripada syarikat dan organisasi di Jepun.
 
2. Seminar Terbuka

Sebuah seminar antarabangsa terbuka berhubung Perkongsian untuk Memperkukuhkan Ketelusan bagi inovasi bersama (PaSTI) akan diadakan. Ia akan menampilkan satu perbincangan panel oleh tokoh-tokoh penting dari pelbagai negara, yang melaporkan mengenai keadaan semasa bagi aktiviti ketelusan iklim di rantau ASEAN dan cabaran yang akan dihadapi pada tahun-tahun sehingga 2030.

Tarikh: 21 hari, bermula pada pukul 10:00 pagi, 3 Mac, dan berakhir pada pukul 11:59 malam, 23 Mac, 2021

*Seminar Terbuka itu akan bermula pada pukul 11:00 pagi, 10 Mac.

Masa telah diperuntukkan pada 11 dan 12 Mac bagi penyampai daripada syarikat dan organisasi untuk menjawab soalan daripada pengunjung di ruang pameran itu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202102261582-O1-Nr97gnGR.pdf

Sumber: Kementerian Alam Sekitar

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.