ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  TOSHIBA MEMPERKENALKAN SENSOR IMEJ LINEAR JENIS PENGURANGAN KANTA CCD UNTUK PENCETAK PELBAGAI FUNGSI A3

Wednesday 17/03/2021



Table

Toshiba: TCD2726DG, sebuah sensor imej linear jenis pengurangan kanta CCD yang mencapai pengimbasan berkelajuan tinggi untuk pencetak pelbagai fungsi A3. (Grafik: Business Wire)
 

TOKYO, 17 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) telah melancarkan “TCD2726DG,” sebuah sensor imej linear jenis pengurangan kanta CCD yang mencapai pengimbasan berkelajuan tinggi untuk pencetak pelbagai fungsi A3. Penghantaran bagi sampel kejuruteraan[ˡ] bermula hari ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210316006126/en/

Terdapat permintaan yang semakin meningkat bagi pencetak pelbagai fungsi A3 dengan kelajuan pengimbasan yang lebih tinggi. TCD2726DG memenuhi permintaan itu dengan meningkatkan prestasi dengan satu kendalian kadar jam yang lebih pantas: satu kadar data 100MHz (50MHz x 2 saluran), berbanding dengan kadar data 70MHz (35MHz x 2 saluran) bagi sensor[²] semasa Toshiba.

Untuk mengelakkan peningkatan gangguan elektromagnetik (EMI), satu kesan sampingan negatif bagi satu kadar jam yang lebih pantas, sensor baharu itu menggabungkan sebuah litar penjana pemasaan dan mempunyai kiraan pin pemacu CCD yang lebih rendah. Ini mengurangkan kerja penyesuaian pemasaan dan EMI bagi pelanggan, dan jumlah bagi bahagian periferal, sekali gus menyumbang kepada pembangunan sistem yang lebih mudah.

[ˡ] Sampel itu adalah untuk penilaian fungsian. Spesifikasi mereka mungkin berbeza daripada spesifikasi untuk pengeluaran besar-besaran.
[²] TCD2724DG-1

Ciri-ciri Utama

· Kadar data 100MHz (50MHz x 2 saluran), sensor imej linear CCD
· Litar Penjana Pemasaan terbina dalam dan pemacu CCD, yang memudahkan pembangunan sistem
· Penggunaan kuasa rendah: Voltan bekalan kuasa 10V untuk litar amplifier dikurangkan kepada 3.3V[³]

[³] Bekalan kuasa 10V digunakan sebahagiannya. Dwi bekalan kuasa 3.3V dan 10V.

Penggunaan

Pencetak pelbagai fungsi A3, peralatan pemeriksaan optik automatik

Spesifikasi Utama

Table

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
TCD2726DG

Klik di sini untuk video pengenalan.
TCD2726DG introduction video

Untuk maklumat lanjut mengenai barisan sensor imej linear Toshiba, sila layari:
Linear Image Sensors

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran Peranti Sistem I
Kumpulan Pemasaran Industri II
Tel: +81-3-3457-3249
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan bagi perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman itu, tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, syarikat itu telah mengambil tempatnya di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan mereka di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 24,000 orang pekerja mereka di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk mereka, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Syarikat itu berharap untuk membina di atas jualan tahunan sekarang yang melebihi 750 bilion yen (AS$6.8 bilion) dan untuk menyumbang kepada suatu masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation di 
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210316006126/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.