ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  POWER INTEGRATIONS MENGUMUMKAN PENYELESAIAN LITIGASI DENGAN SILANNA SEMICONDUCTOR

Thursday 18/03/2021



WILMINGTON, Del., 18 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Power Integrations (Nasdaq: POWI), peneraju di dalam litar bersepadu bervoltan tinggi untuk penukaran kuasa yang cekap tenaga, hari ini mengumumkan satu penyelesaian komprehensif berhubung pertikaian undang-undang mereka dengan Silanna Semiconductor, sebuah syarikat Amerika Syarikat, dan beberapa bekas pekerja Power Integrations (PI) yang berpangkalan di Filipina. PI telah memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Silanna dan bekas pekerja dengan mendakwa mengetahui mengenai pelanggaran bagi perjanjian pekerjaan PI dengan pekerja itu, dan campur tangan oleh Silanna. Di bawah syarat-syarat penyelesaian itu, Silanna telah membuat pembayaran tunai yang tidak ditentukan kepada Power Integrations, bersetuju untuk memberhentikan bekas pekerja PI itu, dan komited kepada menghormati perjanjian pekerjaan PI di masa hadapan.

Naib presiden Power Integrations Clifford Walker berkata: “Kami komited kepada melindungi harta intelek yang kami hasilkan secara bersusah payah. Kami berasa senang hati kerana kami telah berjaya menyelesaikan tuntutan undang-undang ini, dan kami akan terus menegaskan bahawa pesaing menghormati perjanjian pekerjaan kami, yang direka untuk melindungi harta intelektual kami, termasuk rahsia perniagaan.”

Maklumat mengenai Power Integrations

Power Integrations, Inc. adalah sebuah inovator terkemuka di dalam teknologi semikonduktor untuk penukaran kuasa bervoltan tinggi. Produk syarikat itu adalah asas blok binaan di dalam ekosistem kuasa bersih, yang membolehkan penjanaan bagi tenaga yang boleh diperbaharui serta penghantaran dan penggunaan kuasa secara cekap di dalam aplikasi yang merangkumi dari milliwatt sehingga megawatt. Untuk maklumat lanjut sila layari www.power.com.

Power Integrations dan logo Power Integrations adalah merupakan tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar bagi Power Integrations, Inc. Semua tanda perniagaan lain adalah merupakan hak milik pemilik mereka masing-masing.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210317005077/en/

Hubungi

Joe Shiffler
Power Integrations, Inc.
(408) 414-8528
jshiffler@power.com

Sumber: Power Integrations

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.