ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  KADOKAWA ASCII MEMPERKENALKAN "INNOUVATORS," PROGRAM SISWAZAH KEHORMAT BAGI INO-VASI TERKENAL

Thursday 18/03/2021

AsiaNet 88435

TOKYO, 18 Mac, 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/--

- Mempamerkan Pemikiran Luar Biasa dan Suka Ambil Tahu bagi Era Teknologi Moden -

KADOKAWA ASCII Research Laboratories, Inc. (kemudian dari ini “KADOKAWA ASCII”) mempersembahkan, sebagai sebahagian daripada Program INO-vasi dari Kementerian Hal Ehwal Dalaman dan Komunikasi (MIC) Jepun, InnoUvators, mempamerkan keunikan dan teknologi menarik yang lahir daripada Program INO-vasi itu.

Logo: https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M101933/202103041812/_prw_PI1fl_Nrs6m0Go.jpg


InnoUvators adalah sebuah koleksi yang sentiasa berkembang bagi pemikiran yang paling pandai yang telah lulus daripada Program INO-vasi itu. Mereka adalah pencipta bagi “sesuatu yang baharu daripada tiada apa-apa,” dengan membentuk dan melaksanakan idea-idea asal  tanpa terikat dengan sebarang prasangka. InnoUvators telah bermula di Jepun, dan usaha telah dilakukan untuk memperluaskannya ke luar negara bagi menyebarkan idea-idea yang mengagumkan ini. Teknologi mereka ditunjukkan di kedua-dua laman web dan saluran YouTube di bawah.

Program INO-vasi itu, yang dimulakan oleh MIC, adalah satu peluang tahunan bagi pemikiran yang berinovatif dari semua latar belakang dan umur untuk mengemukakan idea yang mereka inginkan menjadi satu kenyataan. Program itu telah menerima permohonan di peringkat antarabangsa. Program itu membantu menggalakkan inovasi merentasi ke seluruh dunia -- membuka jalan bagi sebuah masa depan yang lebih cerah. KADOKAWA ASCII sangat berbangga untuk mempamerkan teknologi ini bagi penonton di seluruh dunia dalam bentuk InnoUvators.

Dengan sebuah laman web baharu yang dilancarkan pada tahun 2021, setiap “InnoUvator” dipamerkan dengan temu ramah, video, abstrak teknologi, biografi, dan banyak lagi. Daripada yang pelik kepada yang luar biasa, beberapa daripada teknologi yang berinovatif itu termasuk sebuah mesin kediaman yang menawan pelepasan karbon, AI untuk membezakan jantina anak ayam yang baharu menetas, penggunaan baharu bagi fenomena lapisan terbendalir, sebuah instrumen muzik yang serba baharu dan unik, dan banyak lagi.

Halaman InnoUvators dalam Bahasa Inggeris: https://innouvators.com/en/

Sebagai tambahan kepada laman web itu, sebuah saluran YouTube yang menonjolkan InnoUvators ini dikemas kini setiap minggu dengan video ringkas dan pendek yang mudah untuk dihadam yang menerangkan mengenai teknologi dan sains di sebalik teknologi yang paling menarik dan tidak dijangka bagi masa depan.

Saluran YouTube: https://youtube.com/innouvators
 
Maklumat mengenai KADOKAWA ASCII Research Laboratories, Inc.

KADOKAWA ASCII Research Laboratories, Inc., yang berpusat di Tokyo, Jepun, adalah agensi pelaksana bagi Program INO-vasi itu. KADOKAWA ASCII adalah merupakan sebahagian daripada sebuah konglomerat hiburan Jepun, KADOKAWA Corporation. Program ini adalah sebahagian daripada Program Penggalakan Maklumat dan Komunikasi R&D Strategik (SCOPE) Kementerian Hal Ehwal Dalaman dan Komunikasi Jepun. Laman web INO-vasi : https://inno.go.jp/en
 
Sumber: KADOKAWA ASCII Research Laboratories, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.