ZURICH, 18 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Egon Zehnder, firma penasihat kepimpinan dunia, hari ini mengumumkan keputusan tahunan 2020 yang kukuh, walaupun ia merupakan satu tahun yang penuh mencabar bagi hampir kesemua perniagaan. Syarikat itu telah melaporkan pendapatan global sebanyak CHF 678 juta, turun 4.6 peratus dari keputusan paling tinggi pada tahun 2019 pada kadar pertukaran tetap.
“Dalam satu tahun yang ditanda oleh pandemik COVID-19, krisis ekonomi yang berkaitan dan pergolakan sosial, keputusan itu adalah satu bukti terhadap kedalaman dan kualiti perhubungan yang dimiliki perunding Egon Zehnder dengan pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Egon Zehnder Edilson Camara. “Pertumbuhan teguh yang dicatatkan oleh Penilaian Kepimpinan, Penasihat Perniagaan Keluarga, Ekuiti Persendirian dan Amalan Lembaga kami pada tahun lalu memberikan kami keyakinan yang diperbaharui mengenai prospek Firma itu pada tahun 2021 dan seterusnya. Keputusan ini juga menyokong keputusan kami untuk terus memperluaskan pangkalan perunding kami; kami telah mengambil 40 Perunding baharu pada tahun 2020.”
Keputusan kewangan itu juga memberi penghormatan kepada kelenturan dan kebingkasan Egon Zehnder, kata Jill Ader, Pengerusi bagi Firma itu. “Kesesuaian kami dalam menghadapi krisis tidak dapat ditandingi,” kata beliau. “Sebagai sebuah firma yang dipimpin oleh nilai-nilai kami yang kukuh, kami membuat keputusan untuk mewujudkan keselamatan psikologi tanpa pemberhentian sehingga kami dapat sepenuhnya memberi tumpuan kepada pelanggan. Rakan sekerja kami di seluruh dunia bekerjasama untuk mencari cara-cara baharu bagi melayan pelanggan kami dalam masa ketika mereka sangat memerlukan kami.”
Untuk lebih menyokong pelanggan semasa pandemik itu, perunding Egon Zehnder telah mengadakan perjumpaan maya dengan ribuan pemimpin dari syarikat-syarikat global yang membincangkan cara bagaimana krisis itu telah menjadikan kepimpinan lebih bersifat berperikemanusiaan seperti yang dilaporkan oleh Firma itu pada satu
mikrosit khusus. “Membuka potensi manusia untuk memimpin melalui kerumitan, akan menjadi kritikal ketika kita semua berusaha untuk membangunkan semula ekonomi kita dan cara kita bekerja,” kata Ader. Egon Zehnder juga menegaskan semula komitmennya yang berterusan kepada Kepelbagaian, Ekuiti dan Penyertaan dengan mengeluarkan
Pengesan Kepelbagaian Lembaga Global dwitahunan mereka ke-16. Firma itu akan terus dibimbing oleh tujuannya — Kepimpinan bagi sebuah Dunia yang Lebih Baik — pada tahun 2021 dan seterusnya.
Maklumat mengenai Egon ZehnderEgon Zehnder adalah firma perundingan kepimpinan terkemuka di dunia, dengan berkongsi satu matlamat: untuk membantu orang dan organisasi berubah. Kami tahu apa yang boleh dilakukan oleh pemimpin hebat dan adalah penuh bersemangat untuk menyampaikan penyelesaian terbaik bagi pelanggan kami. Lebih daripada 500 Perunding kami di 68 pejabat dan 40 buah negara membentuk satu pasukan kerjasama yang teguh. Perkhidmatan kami termasuk: pembangunan kepimpinan, keberkesanan individu, pasukan dan organisasi, carian dan penggantian Ketua Pegawai Eksekutif, carian dan penilaian eksekutif, nasihat Lembaga, dan transformasi budaya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.egonzehnder.com dan ikuti kami di
LinkedIn dan
Twitter.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210317005769/en/HubungiStacy Drumtra, Chicago
Ketua Bersama Pemasaran Global
stacy.drumtra@egonzehnder.comT: +1 312 805 6736
Martin Klusmann, Berlin
Ketua Bersama Pemasaran Global
martin.klusmann@egonzehnder.comT: +49 170 236 0101
Jennifer Reingold, New York
Ketua Global bagi Kandungan
jennifer.reingold@egonzehnder.comT: +1 646 337 5566
Sumber : Egon ZehnderTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA