ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  ​LEBIH 600 FIRMA ANTARABANGSA AKAN MENGAMBIL BAHAGIAN DI DALAM EKSPO PENGGUNA CHINA SELATAN

Monday 22/03/2021

AsiaNet 88591

Table

Maskot ekspo itu, Yuanxiao, yang terdiri daripada sepasang Ungka Hainan, sejenis primat unik yang jarang ditemui di Hainan.
 

HAIKOU, China, 22 Mac, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Lebih daripada 600 perusahaan antarabangsa dijangka mengambil bahagian di dalam Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China yang pertama di Haikou, ibu negeri bagi Wilayah Hainan di China selatan.

Ekspo itu, yang dijadualkan dari 7 hingga 10 Mei, 2021, akan memberi tumpuan kepada produk pengguna atasan. Ia telah menarik penyertaan daripada lebih 1,000 jenama antarabangsa, menurut penganjur.

Dianjurkan bersama oleh Kementerian Perdagangan China dan kerajaan wilayah Hainan, acara itu akan meliputi sebuah kawasan seluas 80,000 meter persegi, dengan 60,000 meter persegi diperuntukkan bagi peserta antarabangsa dan 20,000 meter persegi untuk peserta domestik. Lebih daripada 600 perusahaan domestik dijangka mengambil bahagian di dalam ekspo tersebut.

Jam tangan, kosmetik, barang kemas, kereta, kapal layar, elektronik pengguna, produk makanan dan kesihatan bagi jenama-jenama terkemuka, termasuk Vacheron Constantin, Piaget, L'Oreal, Lancome, Tesla dan Dell, akan diketengahkan sebagai sebahagian daripada paparan antarabangsa.

Selain upacara pembukaan, penganjur akan juga mengadakan satu forum mengenai inovasi penggunaan, membeli-belah bebas cukai dan industri runcit pelancongan, kata Han Shengjian, pengarah bagi Biro Pembangunan Ekonomi Antarabangsa bagi Wilayah Hainan. Beliau menambah bahawa satu siri bagi produk-produk baharu akan dilancarkan semasa ekspo tersebut.

Sementara itu, maskot bagi ekspo itu yang dinamakan Yuanxiao telah dilancarkan pada Khamis, yang terdiri daripada sepasang Ungka Hainan, sejenis primat unik yang jarang ditemui di Hainan.

Sumber: Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China

Pautan Lampiran Imej:

Link: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=387046

Kapsyen: Maskot ekspo itu, Yuanxiao, yang terdiri daripada sepasang Ungka Hainan, sejenis primat unik yang jarang ditemui di Hainan.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.