ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  KUMPULAN T.Y. LIN INTERNATIONAL, SEBUAH JENAMA TERKEMUKA DI DALAM KUMPULAN DAR, MENGAMBIL TIM RISBRIDGER UNTUK MEMPERCEPATKAN PERTUMBUHAN DI DALAM SEKTOR PENERBANGAN DAN SAINS & TEKNOLOGI MERENTASI RANTAU ASIA PASIFIK

Tuesday 23/03/2021



Table

Tim Risbridger, Kumpulan T.Y. Lin International, Sektor Penerbangan dan Sains & Teknologi, Rantau Asia Pasifik (Foto: Business Wire)

SAN FRANCISCO, 23 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan T.Y. Lin International (Kumpulan TYLI), sebuah firma perundingan infrastruktur perkhidmatan lengkap yang diiktiraf di seluruh dunia, mengalu-alukan Tim Risbridger, yang telah diambil untuk mempercepatkan pertumbuhan Penerbangan dan Sains & Teknologi kami di Rantau Asia Pasifik (APAC). Berpangkalan di Singapura, Risbridger akan menyokong aktiviti pembangunan perniagaan dan pengurusan akaun di dua sektor pasaran yang pesat berkembang ini memandangkan pengalaman beliau yang mendalam dan kejayaan merentasi Infrastruktur dan Bangunan. Sebagai menyokong Kumpulan Dar, syarikat induk Kumpulan TYLI, beliau akan membangunkan dan mengetuai program pelanggan yang memanfaatkan pelbagai keupayaan dan portfolio lengkap bagi jenama-jenama Kumpulan Dar, termasuk Currie & Brown, Kumpulan Integral, Landrum & Brown, Penspen, Perkins&Will, dan T.Y. Lin International untuk mewujudkan penyelesaian yang unggul dan berbeza bagi kepentingan pelanggan di rantau APAC.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210322005299/en/

Risbridger akan melapor kepada Niek Niëns, Ketua Pegawai Operasi bagi Kumpulan TYLI, Rantau APAC. Risbridger akan juga menjadi sebahagian daripada pasukan pembangunan perniagaan global bagi Kumpulan Dar, yang diketuai oleh Catherine Tobiasinsky, Ketua Pegawai Pertumbuhan bagi Kumpulan Dar.

Dalam peranan beliau, Risbridger akan memainkan satu peranan penting di dalam memberi tindak balas terhadap permintaan bagi penyelesaian yang lestari, berdaya tahan, dan maju dari segi teknologi di sektor Penerbangan dan Sains & Teknologi. Ini termasuk memanfaatkan sepenuhnya keupayaan gabungan Kumpulan Dar sebagai Pemimpin Global di dalam Penerbangan, serta satu peluang yang semakin meningkat di sektor-sektor pakar seperti pusat-pusat misi kritikal, taman sains dan teknologi, dan Net Zero dan infrastruktur lestari.

Risbridger menyertai Kumpulan TYLI dengan memiliki lebih 30 tahun pengalaman di dalam pembangunan pasaran, operasi, dan pengurusan dan reka bentuk projek untuk perniagaan Arcadis di Asia, Timur Tengah, dan United Kingdom. Peranan kepimpinan beliau termasuk mengetuai sektor Infrastruktur Serantau di Timur Tengah dan Asia dan mengetuai perniagaan di Abu Dhabi, Oman, dan Singapura. Sebagai Ketua bagi Singapura, beliau menyelia operasi merentasi semua unit perniagaan, termasuk perancangan strategik, inisiatif pertumbuhan dan kepelbagaian, dan inovasi dan transformasi digital, yang melonjak ke seluruh Rantau Asia Tenggara. Beliau adalah juga merupakan seorang ahli Pasukan Kepimpinan Asia.

Risbridger telah memegang peranan utama dalam beberapa program lapangan terbang terbesar di dunia, termasuk Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong, Heathrow London, Terminal 5, United Kingdom, Lapangan Terbang Antarabangsa Ratu Alia, Jordan, dan Lapangan Terbang Changi, Singapura. Sepanjang tiga tahun terakhir, beliau adalah merupakan Ketua Akaun untuk dua pelanggan Teknologi global dan menyelia pengurusan projek bagi sebuah kemudahan Penyelidikan Sains di Singapura.

“Bagi pihak Kumpulan T.Y. Lin International dan Kumpulan Dar, saya ingin mengalu-alukan Tim ke pasukan Penerbangan dan Sains & Teknologi kami untuk Rantau Asia Pasifik,” kata Niëns. “Tim memiliki rekod perkhidmatan yang mantap untuk melaraskan dan memimpin akaun pelanggan yang berjaya dan pasukan penyampaian projek dalam projek penerbangan, hartanah, infrastruktur, sains & teknologi, dan projek marin yang berskala besar. Beliau telah membangun dan merangsangkan pasukan-pasukan yang bermotivasi yang mengutamakan keperluan pelanggan dan pihak berkepentingan. Peranan baharu Tim menyokong strategi Kumpulan Dar untuk mencapai matlamat pertumbuhan kami melalui inovasi, kecemerlangan teknikal, kerjasama, dan tumpuan kepada pelanggan merentasi semua jenama terkemuka dan pakar kami.”

Maklumat mengenai Kumpulan T.Y. Lin International:

Ditubuhkan pada tahun 1954, Kumpulan T.Y. Lin International adalah sebuah firma perundingan infrastruktur perkhidmatan lengkap yang diiktiraf di seluruh dunia yang komited kepada menyediakan reka bentuk berinovatif, menjimatkan kos dan boleh dibina bagi pasaran infrastruktur dunia. Dengan mempunyai 3,200 orang pekerja yang bekerja di 65 pejabat di seluruh Amerika, Asia, dan Eropah, firma itu menyediakan sokongan terhadap projek-projek dengan pelbagai saiz dan kerumitan. Kumpulan T.Y. Lin International adalah sebuah ahli Kumpulan Dar, sebuah kumpulan perkhidmatan profesional global milik persendirian, dan syarikat terkemuka industri bagi syarikat-syarikat Global Infrastructure. Untuk maklumat lanjut mengenai syarikat itu, sila layari www.tylin.com.

Maklumat mengenai Kumpulan Dar:

Kumpulan Dar adalah sebuah kumpulan perkhidmatan profesional milik persendirian yang terkemuka dengan impak dan jangkauan global yang telah memenangi anugerah. Sebagai sebuah perunding kejuruteraan, seni bina, dan perancangan yang menghargai kepakaran khusus, Kumpulan itu disatukan oleh satu komitmen untuk menyediakan pelanggan dengan penyelesaian pelbagai disiplin yang berakar umbi di dalam kualiti, inovasi, kerjasama, kelestarian, dan teknologi untuk menyampaikan impak sosial dan masyarakat.

Dibina di atas keutuhan Dar, syarikat pengasas itu, Kumpulan Dar termasuk banyak daripada jenama terkemuka dan pakar industri di mana 19,800 orang profesional bekerja dengan pelanggan dari lebih 100 buah negara pada projek-projek yang menyumbang kepada kemajuan masyarakat di seluruh dunia secara berterusan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.dargroup.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210322005299/en/

Hubungi

Hubungan Media:
Maribel Castillo
Naib Presiden dan Pengarah bagi Komunikasi Korporat
Kumpulan T.Y. Lin International
+1.415.291.3873
maribel.castillo@tylin.com

Sumber : Kumpulan T.Y. Lin International

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.