ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 10, 2024 -Jumaat

 
  PENDEKATAN "BEHAVIOURAL INSIGHTS" MAMPU MENINGKATKAN KECEKAPAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM - KSN

Wednesday 24/03/2021



PETALING JAYA, 24 Mac (Bernama) -- Persidangan Kebangsaan “Behavioural Insights” dengan tema “Memacu Penyampaian Dasar Awam yang Cekap” telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 23 Mac 2021. Persidangan ini dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) secara maya.

Persidangan yang dihadiri oleh lebih 2,000 orang peserta daripada sektor awam dan swasta telah berjaya mencapai objektifnya dalam memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai pendekatan Behavioural Insights (BI) dalam penggubalan dasar awam seterusnya membawa kepada penyampaian dasar dan peraturan yang lebih cekap.

Pendekatan BI dalam penggubalan dasar awam, mendalami corak tingkah laku manusia dan teras kepada tingkah laku dalam merangka intervensi dasar. Ia merupakan satu pendekatan yang sistematik di mana intervensi melalui fasa percubaan dan pengumpulan data yang terperinci sebelum dikuatkuasa.

Tan Sri Mohd Zuki bin Ali, dalam ucapan pembukaan beliau berkata, “Salah satu komitmen utama Kerajaan adalah untuk meningkatkan kualiti penyampaian dasar-dasar awam agar rakyat dan komuniti perniagaan dapat meneruskan kelangsungan hidup dan operasi perniagaan. Penggubalan dasar yang berkualiti dan penambahbaikan dasar sedia ada adalah salah satu usaha dalam mencapai tujuan ini.”

Tambah beliau lagi, “Pendekatan Behavioural Insights (BI) dalam penggubalan dasar awam telah digunakan dengan meluas dan terbukti dapat meningkatkan tahap pematuhan terhadap peraturan. Penerapan prinsip BI menghasilkan dasar yang boleh diterima dengan mudah oleh rakyat, dan pada masa yang sama meringankan beban peraturan, serta mengurangkan kos operasi dan penggunaan sumber di pihak Kerajaan.”

Tan Sri Mohd Zuki turut melancarkan ‘#MyLatihanMaya’, sebuah platform latihan Behavioural Insights secara dalam talian semasa persidangan tersebut.

Semenjak tahun 2020, MPC telah dimandatkan untuk memacu inisiatif dalam meneroka potensi pendekatan BI dalam penggubalan dasar awam.

Ketua Pengarah MPC, Dato’ Abdul Latif bin Haji Abu Seman berkata, “MPC telah merangka rancangan lima tahun bagi pelaksanaan pendekatan BI dalam penggubalan dan penyampaian dasar awam, yang menjadi salah satu agenda Rancangan Malaysia ke-12. Inisiatif ini akan digerakkan melalui kerjasama dengan kementerian dan badan kerajaan serta penglibatan sektor swasta.

Mengenai  Malaysia Productivity Corporation (MPC)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menggalakkan produktiviti, kualiti dan daya saing kepada industri dan organisasi di Malaysia. Visi MPC adalah menjadi organisasi terkemuka dalam peningkatan produktiviti untuk daya saing global dan inovasi.

Dikeluarkan oleh MALAYSIA PRODUCTIVITY CORPORATION

SUMBER : Malaysia Productivity Corporation (MPC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: Huda Atiqah Samsir
Tel: 0137261950
E-mel: atiqah@mpc.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.