ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 10, 2024 -Jumaat

 
  DYADIC DAN MEDYTOX AKAN MEMBANGUNKAN VAKSIN TERHADAP VARIAN COVID-19

Wednesday 24/03/2021



· Memperluas kerjasama penyelidikan vaksin COVID-19 yang bermula pada Julai 2020.
· Medytox dan Dyadic akan bekerjasama untuk membangunkan vaksin dan/atau dos tambahan (booster) COVID-19 didayakan C1, yang akan mengimunkan orang ramai terhadap dua atau lebih varian COVID-19 semasa dan pada masa akan datang (contohnya, vaksin COVID-19 tetravalen atau kuadrivalen)
· Lesen eksklusif untuk Republik Korea dan beberapa negara Asia Tenggara, jika berjaya
· Protokol pengeluaran untuk menghasilkan vaksin daripada C1 telah berjaya dipindahkan dan dihasilkan semula di Medytox

JUPITER, Fla., 24 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Dyadic International, Inc. (“Dyadic”, “kami” atau “Syarikat”) (NASDAQ: DYAI), sebuah syarikat bioteknologi global yang berfokus pada peningkatan, penggunaan dan pengerahan platform pengeluaran protein sel C1 proprietarinya, bagi mempercepat pembangunan, mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan prestasi vaksin biologi dan terapeutik pada skala komersial yang fleksibel, mengumumkan hari ini bahawa Syarikat mereka sedang memperluas perkongsiannya dengan Medytox, Inc. (“Medytox”) dari Korea Selatan, sebuah syarikat biofarmaseutikal global yang menghasilkan jualan di lebih kurang 60 buah negara. Dyadic dan Medytox akan bekerjasama membangunkan vaksin dan/atau dos tambahan (booster) COVID-19 yang dikeluarkan C1, yang jika berjaya, akan digunakan untuk mengimunkan orang ramai terhadap dua atau lebih varian COVID-19 semasa dan pada masa akan datang. Projek ini akan dapat menyediakan bekalan tempatan khusus, untuk membantu dalam memerangi COVID-19, di rantau ini.

Dr.  Gi-Hyeok Yang, Naib Presiden Eksekutif Kanan dan Ketua Penyelidikan dan Pembangunan di Medytox menyatakan, “Kami sangat teruja untuk memperluas kerjasama dengan Dyadic dan platform teknologi C1 mereka untuk bekerjasama dalam membangunkan vaksin COVID-19 yang dikeluarkan C1”. Menurut Dr. Yang lagi, “Kami telah bekerjasama secara rapat dengan Dyadic sejak Julai 2020, semasa kami mendapat akses kepada platform ekspresi C1 mereka dan merasai kepelbagaian dan produktiviti tinggi platform C1 yang menakjubkan. Berdasarkan pengalaman kami dan membandingkan platform teknologi C1 dengan beberapa platform ekspresi lain seperti CHO dan sel serangga, kami percaya sistem ekspresi C1 yang diterbitkan daripada fungus adalah teknologi yang paling realistik untuk membangunkan dan menghasilkan vaksin multivalen (iaitu, trivalen dan tetravalen) dengan cepat dan berpatutan, terhadap virus mutan COVID-19 tanpa memerlukan kemudahan bioreaktor yang berskala besar. Medytox yakin platform teknologi C1 boleh memainkan peranan penting dalam membantu untuk memerangi COVID-19, yang mungkin akan terus kekal seperti influenza bermusim dan memerlukan suntikan vaksin varian COVID-19 setiap tahun. Kami tidak sabar untuk mendapatkan pengalaman tambahan dengan teknologi C1 kerana teknologi C1 berpotensi untuk digunakan dalam membangunkan dan menghasilkan pelbagai vaksin, ubat dan produk biologi lain selain COVID-19. Sebagai sebuah syarikat biofarmaseutikal, dengan pelbagai produk komersial yang berjaya, kami tidak sabar untuk memanfaatkan penyelidikan dan pembangunan kelas dunia kami yang telah terbukti serta keupayaan pengkomersialan untuk membawakan vaksin varian COVID-19 dikeluarkan C1 baharu yang berpotensi dengan pantas ke pasaran, bagi memerangi penyakit berjangkit yang berbahaya ini.”

Mark Emalfarb, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dyadic berkata, “Untuk menjayakan usaha global membanteras pandemik semasa, kita perlukan cara yang lebih berkesan, berpatutan dan fleksibel untuk membangunkan dan menghasilkan vaksin di peringkat global, yang boleh menghentikan penyebaran COVID-19. Di Dyadic, kami mendengar amaran awal daripada komuniti saintifik dan, seawal tahun 2015, kami bekerjasama dengan pakar kesihatan manusia dan haiwan Eropah dalam Inisiatif Persediaan Jangkaan Zoonosis (Zoonosis Anticipation Preparedness Initiative, ZAPI). Pada tahun 2018, kami memperluas usaha ini, bagi membangunkan platform ekspresi gen C1 kami untuk digunakan dalam memudahkan tindak balas yang pantas, terlaras dan praktikal menangani kemunculan penyakit berjangkit.” En. Emalfarb berkata lagi, “Jika kita ingin mencapai masa depan yang lebih baik, kita mesti mengurangkan atau menghapuskan risiko pandemik pada masa akan datang, dengan bertindak sekarang dan melabur dalam penyelidikan dan pembangunan untuk mengoptimumkan strategi dan teknologi pemvaksinan dan ubat. Ramai saintis global, industri dan agensi kerajaan percaya platform C1 meletakkan Dyadic sebagai rakan kongsi pilihan untuk pengeluaran vaksin dan ubat generasi seterusnya dalam kuantiti yang banyak dan murah, termasuk vaksin COVID-19, influenza dan vaksin lain.”

Perihal Medytox, Inc.

Medytox ialah syarikat biofarmaseutikal berasaskan penyelidikan yang membangunkan produk toksin botulium buat kali pertama di Korea (yang keempat di dunia), dan terlibat dalam pembangunan, pengeluaran, pemasaran dan jualan produk neurotoksin sebagai perniagaan utamanya. Sejak penubuhannya pada tahun 2000, Medytox telah membangun dan berkembang menjadi syarikat R&D global kelas dunia selepas berjaya melancarkan produk neurotoksin utamanya. Hari ini, produk neurotoksin Medytox dijual di kira-kira 60 buah negara dengan jutaan orang telah menerima rawatan terapeutik atau estetik. Untuk maklumat lanjut berkenaan Medytox, pergi ke: www.medytox.com.

Perihal Dyadic International, Inc.

Dyadic International, Inc. ialah sebuah syarikat bioteknologi global yang membangunkan sesuatu yang dipercayai akan menjadi platform ekspresi gen biofarmaseutikal penting berasaskan fungus Thermothelomyces heterothallica (sebelum ini dikenali sebagai Myceliophthora thermophila), yang dipanggil C1. Mikroorganisma C1, yang mendayakan pembangunan dan pengeluaran berskala besar protein kos rendah, berpotensi untuk dibangunkan lebih lanjut ke dalam sistem ekspresi yang selamat dan berkesan, yang boleh membantu untuk mempercepat pembangunan, mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan prestasi vaksin biologi dan ubat pada skala komersial yang fleksibel. Dyadic menggunakan teknologi C1 dan teknologi lain untuk menjalankan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti komersial lain untuk membangunkan dan mengeluarkan vaksin dan ubat manusia dan haiwan, contohnya virus seperti partikel (VLP) dan antigen, antibodi monoklon, fragmen antibodi Fab, protein Fc-Fusion, bioserupa dan/atau biolebih baik, dan protein terapeutik lain. Sesetengah aktiviti penyelidikan lain sedang dijalankan, termasuk penerokaan yang menggunakan C1 untuk membangunkan dan menghasilkan metabolit tertentu dan produk biologi lain. Dyadic menjalankan penyelidikan dan kerjasama pembangunan, pengurusan lesen dan peluang komersial lain dengan rakan kongsi dan rakan usaha samanya untuk memanfaatkan nilai dan manfaat teknologi ini dalam pembangunan dan pengeluaran biofarmaseutikal. Memandangkan populasi menua semakin meningkat di negara maju dan tidak maju, Dyadic percaya teknologi C1 akan dapat membantu untuk memasarkan vaksin biologi, ubat dan produk biologi lain dengan lebih cepat, lebih banyak, pada kos yang lebih rendah, dan dengan ciri baharu bagi pembangun dan pengeluar ubat, dan meningkatkan akses dan kos kepada pesakit dan sistem penjagaan kesihatan, tetapi paling penting, menyelamatkan nyawa.

Sila layari laman web Dyadic di http://www.dyadic.com untuk maklumat tambahan, termasuk butiran berkenaan rancangan Dyadic untuk perniagaan biofarmaseutikalnya.

Pelabuhan Selamat Berkenaan Pernyataan Prospektif

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan prospektif dalam lingkungan makna Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, termasuk penyataan berkenaan jangkaan, niat, strategi, dan kepercayaan Dyadic International berkaitan kejadian akan datang atau prestasi kewangan akan datang. Kejadian atau keputusan sebenar mungkin berbeza secara material daripada maklumat yang terdapat dalam pernyataan prospektif kerana pelbagai faktor penting, termasuk faktor yang diterangkan dalam pemfailan paling terkini Syarikat dengan SEC. Dyadic tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini secara umum sebarang pernyataan prospektif, sama ada kerana maklumat baharu, kejadian akan datang atau sebaliknya. Untuk keterangan yang lebih lengkap tentang risiko yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada jangkaan semasa kita, sila lihat bahagian bertajuk “Faktor Risiko” dalam laporan tahunan Dyadic pada Borang 10-K dan laporan suku tahunan pada Borang 10-Q yang difailkan dengan SEC, kerana faktor tersebut mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa dalam pemfailan berkala Dyadic dengan SEC, yang boleh diakses di laman web SEC dan di http://www.dyadic.com.

Maklumat Hubungan:

Dyadic International, Inc.
Mark Emalfarb
Ketua Pegawai Eksekutif
Telefon: (561) 743-8333
E-mel: memalfarb@dyadic.com

SUMBER: Dyadic International, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.