~ Sumber Terbuka, platform data berasaskan standard untuk merangsangkan inovasi, mengindustrikan pengurusan data, dan mengurangkan masa ke pasaran bagi penyelesaian baharu di dalam industri tenaga ~SAN FRANCISCO, 24 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The Open Group, konsortium teknologi neutral vendor, hari ini mengumumkan Platform Data OSDU Pelepasan Merkuri. Dibangunkan oleh
Forum The Open Group OSDU™, Platform Data OSDU itu adalah sebuah Sumber Terbuka, platform data berasaskan standard dan teknologi agnostik bagi industri tenaga yang merangsangkan inovasi, mengindustrikan pengurusan data, dan mengurangkan masa ke pasaran bagi penyelesaian baharu.
Platform Data OSDU itu akan menyediakan akses dari masa ke masa kepada sebuah portfolio yang luas bagi aplikasi terbuka dan terbukti yang dibangunkan oleh vendor daripada pelbagai sumber tenaga. Dengan mengakses ekosistem ini, pemaju tidak lagi perlu membangun dan mengekalkan seni bina monolitik yang diperlukan untuk menyampaikan perkhidmatan tambah nilai yang unik. Kini, dengan satu set tunggal API yang jelas dan khusus industri, organisasi dapat dengan mudah mempercepatkan reka bentuk platform dan membangunkan aplikasi proprietari di atas Platform Data OSDU itu.
Dengan satu pendekatan Sumber Terbuka, mana-mana syarikat – dari perbadanan yang telah lama bertapak sehingga kepada syarikat pesaing yang baharu – boleh menyumbangkan ciri-ciri baharu kepada platform itu, dengan menyokong pelbagai aliran kerja perniagaan. Semua kerja disahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Program OSDU (PMC) bagi memastikan ia adalah selaras dengan arah haluan keseluruhan bagi Forum itu.
Dengan satu pandangan bagi data industri, Platform Data OSDU itu boleh dimanfaatkan untuk aplikasi perniagaan yang berinovatif. Platform Data OSDU Pelepasan Merkuri itu kini tersedia kepada Operator dan Pembangun Perisian yang ingin untuk:
Steve Nunn, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi The Open Group, berkata: “Platform Data OSDU Pelepasan Merkuri itu merupakan satu pencapaian penting oleh Forum OSDU dalam jangka waktu yang sangat singkat. Ditubuhkan pada tahun 2018, Forum OSDU itu telah mengumpulkan lebih 185 Ahli organisasi yang bekerjasama untuk mempercepatkan inovasi dan mengurangkan kos di sektor tenaga. Dengan satu platform data standard, syarikat-syarikat tenaga akan dapat memacukan inovasi dengan menggabungkan teknologi digital dan menggunakan standard terbuka bagi membuat keputusan yang lebih baik. Melihat ke hadapan, ini akan menjadi sangat mustahak untuk memenuhi permintaan tenaga dunia yang semakin meningkat dan pada masa yang sama mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.”
Johan Krebbers, Pengurus Besar Teknologi Digital Baru Muncul/Naib Presiden Inovasi IT, Shell, berkata: “Perkara paling penting bagi strategi kebanyakan syarikat tenaga adalah merangkumi teknologi transformasi yang membawa kita ke hadapan di dalam era digital hari ini. Ini menjadikan keperluan bagi satu reka bentuk seni bina umum amat jelas, yang menguatkan cara bagaimana industri kita berfungsi dengan data mereka.”
David Eyton, Naib Presiden Eksekutif Inovasi & Kejuruteraan, bp, berkata: “Data adalah teras bagi transformasi bp ke dalam sebuah syarikat tenaga yang bersepadu. Kami percaya bahawa masa depan bagi industri tenaga akan didorong oleh data dan bergantung kepada keupayaan mereka untuk menguruskan data dalam cara yang menggalakkan perkongsian data dengan rakan-rakan, inovasi melalui sains data, dan membuat keputusan yang pantas sepanjang kitaran hayat bagi rantaian nilai tenaga itu. Sebagai sebuah anggota pengasas Forum OSDU itu, bp telah mempunyai peluang untuk menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang pada dasarnya mengubah landskap data bagi industri kita. Dengan menggabungkan organisasi tenaga, penyedia perkhidmatan awan, dan vendor perisian, Forum OSDU itu menyediakan satu peluang bagi kerjasama yang akan bermanfaat bagi semua pihak yang terlibat. Kami sangat teruja dengan Platform Data OSDU bagi Pelepasan Merkuri dan berharap dapat mengembangkan pendekatan ini ke dalam bidang kejuruteraan, pelepasan, dan tenaga baharu.”
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara untuk membangunkan aplikasi Platform Data OSDU itu, sila layari halaman komuniti pembangun aplikasi itu
di sini.
Senarai Ahli Forum OSDU masa ini boleh didapati
di sini.
-AKHIR-Maklumat mengenai Forum The Open Group OSDUForum The Open Group OSDU
TM membolehkan industri Tenaga itu untuk membangunkan teknologi transformasi bagi menyokong keperluan Tenaga yang sentiasa berubah di dunia. Forum OSDU itu tersedia kepada semua pemegang kepentingan tenaga termasuk pemaju aplikasi, pengendali perkhidmatan, penyedia teknologi, syarikat perisian, ahli akademik, dan banyak lagi. Maklumat lanjut mengenai Forum OSDU itu boleh didapati
di sini.
Maklumat mengenai The Open GroupThe Open Group adalah sebuah konsortium global yang membolehkan pencapaian bagi objektif perniagaan melalui standard teknologi. Keahlian kami yang pelbagai yang terdiri daripada lebih 800 organisasi termasuk pelanggan, pembekal sistem dan penyelesaian, vendor peranti, integrator, ahli akademik, dan perunding merentasi pelbagai industri. Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.opengroup.org.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210324005005/en/HubungiHubungan Media:
Jenny Morris
Hotwire
+44 (0)7393465529
UKOpengroup@hotwirepr.comSumber : The Open Group
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA