ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  BELIA BERKEMAHIRAN TINGGI MELALUI PENGAJIAN KRAF

Friday 26/03/2021



KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Institut Kraf Negara (di bawah pengurusan Kraftangan Malaysia) mempelawa golongan belia di seluruh negara yang berkelayakan untuk mengikuti program pengajian bagi sesi Julai 2021 dalam bidang kraf berteraskan kemahiran iaitu Program Diploma dan Sijil di Institut Kraf Negara atau Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Institut Kraf Negara menawarkan pengajian berteraskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan akademik untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam bidang kraf industri kreatif seiring dengan kehendak industri. Kini, Institut Kraf Negara telah membuka dua lagi kampus baru iaitu Kampus Satelit Sabah di Inanam dan Kota Belud serta Kampus Satelit Sarawak di Kuching dan Betong, Sarawak.

Program yang ditawarkan :

· Program Diploma - 3 Tahun
( Penempatan di Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor)

· Program Sijil - 2 Tahun
(Penempatan di Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor)

· Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) - 2 Tahun
(Penempatan di Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor, Kampus Satelit Sabah dan Kampus Satelit Sarawak)

Program Diploma dan Sijil di Institut Kraf Negara

1. Kursus yang ditawarkan:
- Seni Kraf Batik, Tenunan, Kayu, Logam, Seramik dan Rotan

2. Syarat Kemasukan:
- Berumur 18 hingga 30 tahun, Lepasan SPM/STPM, Wajib Lulus Bahasa Melayu dan SEJARAH, Minimum 3 kredit (Diploma), Minimum 1 kredit (Sijil) dan minat dalam seni kraf.

Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

1. Kursus yang ditawarkan:
- Institut Kraf Negara :
· Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam semua bidang iaitu Seni Kraf Batik, Tenunan, Kayu, Logam, Seramik dan Rotan

- Kampus Satelit Sabah :
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam -
· Jurukraf Rotan Kanan – Tahap 3 bertempat di Kampus Satelit Inanam, Sabah
· Penyelia Songket & Dastar – Tahap 3 bertempat di Kampus Satelit Kota Belud, Sabah

- Kampus Satelit Sarawak :
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam -
· Penyelia Tenun Pua – Tahap 3 bertempat di Betong, Sarawak
· Penyelia Songket & Dastar – Tahap 1-3 bertempat di Kuching, Sarawak

2. Syarat Kemasukan :
- Berumur 18 hingga 35 tahun, boleh menulis dan membaca dan minat dalam seni kraf.

Kemudahan
Kelebihan bagi kedua-dua program ialah para pelajar menerima kemudahan seperti kemudahan asrama, alatan dan bahan bengkel disediakan, elaun sara hidup bulanan, makan dan minum serta insuran perlindungan pelajar.

Permohonan
Permohonan kini dibuka dan dibuat secara dalam talian dari 1 Disember 2020 hingga 15 Jun 2021.

Pertanyaan dan bantuan teknikal sila hubungi ;

Unit Hal Ehwal Pelajar
Institut Kraf Negara
(Encik Syahrul Nizam / Puan Mariam / Puan Suraya)

Telefon : 03 - 6091 5322
Emel : hep.ikn@kraftangan.gov.my
WhatsApp : www.wasap.my/+60193005709/jom+masuk+ikn

Selain itu bagi pemohon yang berada di Negeri Sabah boleh mendapatkan borang permohonan dengan datang terus ke pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Sabah) di ;

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Sabah)
Blok A, 1 & 2 Lorong Buah Salak,
Hiong Tiong Industrial Centre,
KM 11.2, Jalan Tuaran Inanam
88450 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088 433 461

Atau

Pusat Inkubator Kraf Kota Belud
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
No. 66, Kampung Pirasan, Jalan Ranau,
89150 Kota Belud, Sabah
Tel : 089 977 718

Manakala bagi pemohon yang berada di Negeri Sarawak boleh mendapatkan borang permohonan dengan datang terus ke pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Sarawak) di ;

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Sarawak)
Lot 3057, Blok 18, Daerah Salak
Jalan Stadium, Petra Jaya
93050 Kuching, Sarawak
Tel : 082-444 205

Sumber: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Hamidah Rosli
Unit Komunikasi Korporat IKN
Tel: 012-2720295

Nama: Encik Haironi bin Haji Bohari
Kraftangan Malaysia Sarawak
Tel:  016-5780262

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.