ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  UVD ROBOTS MENGGERAKKAN ARMADA TERBESAR BAGI ROBOT PEMBASMIAN KUMAN BERAUTONOMI KE SEBUAH DAERAH SEKOLAH AMERIKA SYARIKAT

Monday 29/03/2021



Table

Pelajar-pelajar dari Sekolah Twin Lakes GMCS mengambil bahagian di dalam satu pertandingan menamakan robot untuk membantu dengan pemasyarakatan dan semangat. Robot sekolah itu kini akan dikenali sebagai Encik Fox. UVD Robots pada asalnya dibangunkan untuk memerangi Jangkitan yang Diperolehi di Hospital (HAI) dan kini dikerahkan di lebih 60 buah negara di seluruh dunia di sektor penjagaan kesihatan, industri perhotelan, kompleks pejabat dan kemudahan pendidikan, untuk memenuhi harapan baharu dan lebih tinggi untuk keselamatan dan kebersihan. (Foto: Business Wire)


37 robot memainkan peranan penting di dalam membawa pelajar di sekolah-sekolah di New Mexico yang dilanda teruk dengan COVID kembali ke dalam bilik darjah

ODENSE, Denmark & GALLUP, N.M., 29 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Blue Ocean Robotics, pengeluar bagi UVD Robots robot pembasmian kuman berautonomi yang dilengkapi dengan cahaya UV-C, telah dipilih oleh Gallup McKinley County Schools (GMCS) di New Mexico untuk membekalkan 37 UVD Robots ke sekolah-sekolah daerah itu bagi membantu memerangi Koronavirus dan penyakit berjangkit yang lain.

“COVID telah memberi kesan luar biasa kepada komuniti kami. Keselamatan pelajar dan kakitangan kami, membangunkan satu perancangan untuk membawa mereka semua kembali ke sekolah dengan cara yang paling selamat mungkin adalah merupakan perhatian utama kami,” kata Penguasa Gallup McKinley Michael Hyatt. “Kami mahukan satu penyelesaian pembasmian kuman jangka panjang yang lebih besar, dengan menambahkan satu lapisan perlindungan yang akan menyahjangkit permukaan dan udara di bangunan-bangunan kami dan membantu memerangi COVID, selesema, demam selesema dan penyakit berjangkit untuk tempoh bertahun-tahun yang akan datang.”

GMCS meliputi sebuah komuniti dengan banyak kawasan luar bandar yang menghadapi isu-isu infrastruktur yang menjadikan pembelajaran maya sebagai satu cabaran, kira-kira 1,500 orang pelajar tidak mempunyai internet di rumah. Daerah itu juga mendidik banyak pelajar pendidikan khas yang belajar dengan lebih baik di dalam bilik darjah.

“Tidak seperti robot pembasmi kuman pegun, Robot UVD adalah sebuah robot yang sepenuhnya berautonomi. Ia menggabungkan cahaya UV-C untuk membasmi kuman terhadap virus dan bakteria di permukaan dan di udara, membunuh 99.99 peratus mikroorganisma dalam masa kira-kira 10 minit di setiap bilik yang ia nyahjangkit,” kata Claus Risager, Ketua Pegawai Eksekutif, Blue Ocean Robotics.

“Kami telah memilih Robot UVD setelah meneliti secara ketat pelbagai robot pembasmi kuman,” kata Hyatt. “Robot UVD menyampaikan semua keperluan kami termasuk keunggulan teknikal, kematangan dan rekod prestasi, kualiti pengerahan, sokongan teknikal dan penyelenggaraan, dan nilai secara keseluruhan.”

“Kami sangat teruja untuk mengumumkan, apa yang kami percaya adalah penggunaan robot pembasmi kuman berautonomi yang terbesar di mana-mana daerah sekolah di Amerika Syarikat,” kata Per Juul Nielsen, Ketua Pegawai Eksekutif, UVD Robots. “Kami merasa terhormat untuk bekerjasama dengan GMCS untuk menjangkau melangkaui COVID, dengan membawa pembasmian kuman bertaraf hospital ke daerah sekolah.”

Kit Media

Maklumat
UVD Robots adalah merupakan sebahagian daripada kumpulan terkemuka di dunia di dalam pembangunan robot perkhidmatan, Blue Ocean Robotics, yang termasuk jenama GoBe Robots dan PTR Robots. Blue Ocean Robotics beribu pejabat di Denmark dan baru-baru ini telah dimasukkan di dalam 10 Utama Syarikat Terpantas bagi ‘Syarikat Robotik Yang Paling Inovatif untuk 2021.’

Galeri Foto/Multimedia Tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52401125/en

Hubungi

Camilla Almind Knudsen, Blue Ocean Robotics
+45 61 10 02 74
cak@blue-ocean-robotics.com

Sumber : Blue Ocean Robotics

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.