ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  SEA ELECTRIC MENCAPAI PERSETUJUAN UNTUK MEMBELI 1,000 SET BATERI KENDERAAN KOMERSIAL ELEKTRIK DARIPADA SOUNDON NEW ENERGY TECHNOLOGY CO.

Monday 29/03/2021



Majoriti Pembelian Bateri adalah Dirancang untuk Amerika Syarikat susulan Pembiayaan Ekuiti AS$42 juta yang Diraih bagi SEA Electric

LOS ANGELES, 29 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Syarikat teknologi automotif global SEA Electric, berserta dengan teknologi SEA-Drive® proprietari miliknya– ramuan rahsia di sebalik kepimpinan syarikat itu dalam pengelektrikan kenderaan komersial – telah memperluas capaian globalnya menerusi pembelian 1,000 bateri kenderaan elektrik daripada Soundon New Energy Technology Co. yang telah lama menjadi rakan kongsi teknologinya. Pengaturan yang baru dibentuk ini susulan berita pembiayaan ekuiti sebanyak AS$42 juta kepada SEA Electric yang diumumkan baru-baru ini. (Latar belakang penuh dan foto: https://www.dropbox.com/sh/dulvd9izcotdfsm/AACe1q0VJpjuGHNfaWgbFPBpa?dl=0)

Soundon, satu-satunya pembekal bateri SEA Electric sejak tahun 2012, telah membangunkan tujuh penyelesaian bateri SEA-Drive®  semasa dua syarikat itu bekerjasama dalam ruang kenderaan komersial elektrik. Melalui hubungan baharu ini, SEA Electric merealisasikan manfaat kos bagi bateri dan kepakaran teknikal elektronik kuasa Soundon serta kecekapan pengeluaran mereka. Hasilnya, pengeluaran bateri sudah dijalankan dengan pemenuhan yang dijangka siap sekitar suku ke-2 pada tahun 2021. Perjanjian ini juga membolehkan SEA Electric merealisasikan pengurangan signifikan sebanyak 36 peratus dalam kos unit kilowatt jam (kWh).

Menurut Tony Fairweather, presiden dan pengasas SEA Electric, Soundon bukan sahaja pemimpin bertaraf dunia dalam inovasi dan teknologi bateri tetapi juga dipandang tinggi atas kualiti produk, penghantaran yang tepat pada masa dan harga yang berdaya saing. “Hubungan jangka panjang kami dengan Soundon merupakan perjalanan komersial yang sangat berjaya dan kami mengharapkan untuk terus berkongsi kejayaan global dengan mereka.” Walaupun majoriti bagi 1,000 unit bateri awal dirancang untuk Amerika Syarikat, bakinya akan diletakkan dalam inventori SEA Electric di Australia, New Zealand dan Asia Tenggara serta kemasukan pertama syarikat tersebut dalam pasaran Eropah.

Teknologi proprietari dan eksklusif SEA Electric bersesuaian dengan ratusan platform OEM dengan pesanan besar yang dikongsi merentasi tiga model sistem kuasa utama:

· SEA-Drive® 70 – mengandungi 88 kilowatt jam (kWh)
· SEA-Drive® 100 – mengandungi 101 kilowatt jam (kWh)
· SEA-Drive® 120 – mengandungi 138 kilowatt jam (kWh)

Operasi pengilangan Soundon yang bertaraf dunia terletak di sebuah tapak berukuran lapan batu persegi di Wilayah Hunan di China dan menggunakan gabungan robotik, kecerdasan tinggi, pendigitalan tinggi dan automasi tinggi untuk menyepadukan penyelesaian kilang pintar yang menyeluruh. Daripada pengeluaran yang terkawal dan pengurusan persekitaran sehingga jaminan kualiti, kemudahan ini sangat baik dan merupakan pemimpin dalam industri tenaga baharu.
 
Wu Peng, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Soundon mengulas bahawa “ini merupakan perkembangan signifikan dalam kerjasama kita dengan SEA Electric. Menerima pesanan 1,000 unit ini bukan sahaja membantu pertumbuhan global SEA Electric yang penting tetapi juga meletakkan Soundon sebagai peneraju dalam pasaran eksport untuk kenderaan elektrik komersial. Perkara ini menguntungkan semua pihak.”

Susulan pertumbuhan yang besar dalam pasaran baharu, SEA Electric baru-baru ini telah mengumumkan bahawa pihaknya telah meraih pembiayaan ekuiti tawaran persendirian awal untuk jumlah hasil kutipan yang dianggarkan sebanyak AS$42 juta. Hasil bersih daripada pelaburan ini akan membolehkan SEA Electric memantapkan kedudukannya sebagai pemimpin pasaran dalam pengelektrikan kenderaan komersial sambil membiayai lantukan yang agak banyak dan menganjurkan lebih banyak program perintis dengan pengendali.

Dengan ibu pejabat global dan kepimpinan utama di Los Angeles, SEA Electric buat masa ini mempunyai operasi di lima buah negara dan lebih daripada satu juta batu pengujian dan operasi dalam perkhidmatan Pengilang Peralatan Asli (OEM) bebas dalam semua pasaran.

Buat masa ini, SEA Electric bekerjasama dengan OEM, pengedar, operator, dan pemasang kenderaan komersial untuk menyampaikan rangkaian trak sifar pelepasan yang baharu dan berada pada landasan untuk menyampaikan lebih daripada 1,000 kenderaan komersial elektrik tahun ini. Syarikat ini meramalkan akan meletakkan lebih daripada 15,000 kenderaan di atas jalan raya menjelang penghujung tahun 2023.

Perihal SEA Electric

Syarikat teknologi automotif global SEA Electric telah ditubuhkan di Australia pada tahun 2012, mencipta teknologi sistem kuasa elektrik proprietarinya (dikenali sebagai SEA-Drive®) untuk penghantaran bandar dan flit pengagihan dunia.

Diiktiraf secara meluas sebagai peneraju pasaran dalam pengelektrikan kenderaan komersial pada asas global, SEA Electric menerajui kehadiran global, mengerahkan produk di tujuh negara termasuklah Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Thailand, Indonesia dan Afrika Selatan dengan lebih daripada satu juta batu operasi antarabangsa diuji OEM secara bebas dan dalam perkhidmatan secara kolektif.

Jualan global, khidmat selepas jualan, dan kejuruteraan diwakili dalam semua subsidiari, sementara Amerika Utara mempunyai kapasiti pemasangan terbesar untuk SEA Electric pada lebih daripada 30,000 unit setahun.

Perihal Soundon New Energy Technology Co.

Soundon New Energy Technology Co., Ltd. dimiliki secara majoriti oleh Sound Group, peneraju perusahaan industri perlindungan alam sekitar di China. Soundon ialah pembekal perkhidmatan menyeluruh yang mengkhusus dalam penyelidikan dan pembangunan tenaga bateri litium dan penyelesaian bersepadu. Terletak di Xiangtan, Hunan, China, Soundon New Energy komited dalam penyelidikan dan pengeluaran tenaga bateri litium dan penyelesaian sistem kuasa.

Maklumat Hubungan: Deb Pollack/Strategic Communications
(t) 805.320.9248 (e) deb@debpollack.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di: 

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/acb07b92-7f95-4d0d-b452-e83784b8e1f2/ms

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/156f694e-1090-48df-ad48-4122d3550912/ms

SUMBER: Sea Electric LLC

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.