ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  VIDEO MEMPERKENALKAN SISTEM UNTUK PENSIJILAN BAGI KEMAHIRAN MEMASAK MASAKAN JEPUN DIKELUARKAN OLEH TOW CO., LTD. (TOKYO, JEPUN), BADAN PERMOHONAN/PENGURUSAN PENSIJILAN

Tuesday 30/03/2021



TOKYO, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) --

TOW Co., Ltd.:

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210329005028/en/

[https://tow.co.jp/certification/]
Ikuti pautan ini untuk satu dokumentari yang menunjukkan nilai bagi sistem pensijilan itu melalui kisah-kisah oleh cef-cef luar negeri yang mencuba ujian untuk Pensijilan Emas, standard tertinggi yang digariskan oleh sistem itu.

Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan telah menetapkan Garis Panduan untuk Pensijilan bagi Kemahiran Memasak bagi Masakan Jepun di Negara-negara Asing mulai April 2016.

Sistem ini menetapkan standard khusus yang boleh digunakan oleh badan swasta untuk mengiktiraf cef-cef luar negeri yang telah memperolehi tahap pengetahuan dan kemahiran memasak yang diperlukan untuk penyediaan masakan Jepun, untuk membantu memastikan bahawa tarikan budaya makanan dan pemakanan Jepun, serta produk pertanian dan marin Jepun, disampaikan dengan betul dan berkesan ke seluruh pelusuk dunia.*

Dan melaluinya, sektor swasta dapat menempatkan diri mereka sebagai satu daya penggerak di dalam mempromosikan usaha untuk mengesahkan kemahiran memasak masakan Jepun, meningkatkan jumlah individu yang diperakui, dan memupuk pertumbuhan seterusnya di dalam cef-cef luar negeri yang telah memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang sesuai untuk penyediaan masakan Jepun, kesemuanya dengan matlamat utama untuk memperkukuhkan lagi reputasi global bagi budaya makanan dan pemakanan Jepun dan memperluaskan penggunaan produk pertanian dan marin Jepun.

Untuk tujuan itu, TOW Co., Ltd. bergerak aktif sebagai Badan Permohonan/Pengurusan bagi Sistem Pensijilan itu. Setakat Mac 2021, ia telah meluluskan 11 badan perakuan, yang seterusnya memperakui 14 cef individu sebagai memenuhi standard Pensijilan Emas, 187 memenuhi standard Perak, dan 389 memenuhi standard Gangsa.

Walaupun pandemik COVID-19 telah memberikan tamparan hebat kepada industri perkhidmatan makanan di seluruh dunia, TOW Co., Ltd. tetap komited untuk melaksanakan misi mereka, dan untuk menggalakkan semua cef luar negeri yang ingin memperoleh pengetahuan dan kemahiran untuk menyediakan masakan Jepun dengan betul. Adalah menjadi harapan kami bahawa penciptaan dan perkongsian video ini yang memperkenalkan Sistem Pensijilan bagi Kemahiran Memasak untuk Masakan Jepun akan membantu memenuhi matlamat tersebut.

*Standard Pensijilan

Emas
Mereka yang mempunyai kira-kira dua tahun pengalaman praktikal di sebuah restoran Jepun yang terletak di Jepun di mana ketua chefnya adalah warga Jepun dan dianggap telah memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang khusus.

Pengetahuan dan Kemahiran yang Perlu Diperolehi

· Pengetahuan berhubung budaya pemakanan Jepun
Pengetahuan berhubung budaya pemakanan Jepun, makanan Jepun, gaya makan, sake dan teh Jepun.
· Pengetahuan berhubung pengurusan kebersihan
Jenis dan pencegahan bagi keracunan makanan, pakaian, pengendalian bahan makanan, pembersihan dan pensterilan bagi perkakas dan peralatan memasak, bahan makanan dan makanan yang memerlukan rawatan pemanasan.
· Teknik
Cara untuk menggunakan perkakas dan peralatan memasak Jepun, cara untuk memilih bahan makanan, cara untuk memotong dan mengupas bahan makanan, prosedur dan tempoh masa yang diperlukan untuk memasak, tahap panas/mekanisme bagi penggunaan haba, cara untuk membuat dashi (stok sup Jepun), nisbah pengadunan perasa, persembahan, kaedah pemeliharaan, penyediaan menu.
· Omotenashi
Kata-kata, ucapan salam, pertimbangan, adab, cara untuk meletakkan makanan.
 
Perak
Mereka yang mengikuti pelajaran dan memperoleh pengetahuan dan kemahiran berhubung masakan Jepun yang khusus kira-kira satu tahun di mana-mana sekolah memasak yang terletak di dalam dan di luar negara mereka sendiri dan kemudian lulus dari sekolah tersebut.
ATAU
Mereka yang mempunyai pengalaman praktikal selama kira-kira satu tahun di sebuah restoran Jepun yang terletak di Jepun di mana ketua chefnya adalah warga Jepun dan dianggap telah memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang khusus.
 
Pengetahuan dan Kemahiran yang Perlu Diperolehi

· Pengetahuan berhubung budaya pemakanan Jepun
Pengetahuan berhubung budaya pemakanan Jepun, makanan Jepun, gaya makan
· Pengetahuan berhubung pengurusan kebersihan
Jenis dan pencegahan bagi keracunan makanan, pakaian, pengendalian bahan makanan, pembersihan dan pensterilan bagi perkakas dan peralatan memasak, bahan makanan dan makanan yang memerlukan rawatan pemanasan.
· Teknik
Cara untuk menggunakan perkakas dan peralatan memasak Jepun, cara untuk memilih bahan makanan, cara untuk memotong dan mengupas bahan makanan, nisbah pengadunan perasa, prosedur dan tempoh masa yang diperlukan untuk memasak, tahap panas/mekanisme bagi penggunaan haba, cara untuk membuat dashi (stok sup Jepun), persembahan, kaedah pemeliharaan.
· Omotenashi
Adab, cara untuk meletakkan makanan

Gangsa
Mereka yang menerima latihan berhubung pengetahuan dan kemahiran yang khusus dalam sesi jangka pendek dll. yang dianjurkan oleh mana-mana sekolah memasak Jepun dan/atau badan swasta yang terletak di dalam dan luar negeri mereka sendiri dan kemudian lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Badan Pensijilan.

Pengetahuan dan Kemahiran yang Perlu Diperolehi

· Pengetahuan berhubung budaya pemakanan Jepun
Pengetahuan berhubung budaya pemakanan Jepun
· Pengetahuan berhubung pengurusan kebersihan
Pencegahan keracunan makanan, pakaian, pengendalian bahan makanan, pembersihan dan pensterilan perkakas dan peralatan memasak, bahan makanan dan makanan yang memerlukan rawatan pemanasan.
· Teknik
Cara untuk menggunakan perkakas dan peralatan memasak Jepun, cara untuk memilih bahan makanan, cara untuk memotong dan mengupas bahan makanan, nisbah campuran perasa, prosedur dan tempoh masa yang diperlukan untuk memasak, persembahan, kaedah pemeliharaan.
· Omotenashi
Adab

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210329005028/en/

Hubungi

Badan Permohonan/Pengurusan Pensijilan Kemahiran Memasak Masakan Jepun: Urus Setia TOW Co., Ltd.
Aya Hamasuna
E-mel: nihonshoku.ginou@tow.co.jp

Sumber : TOW Co., Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.