|
|
Disember 17, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
RUSH GOLD MENANDATANGANI PERKONGSIAN UTAMA UNTUK MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN PEMBAYARAN EMAS BAGI PELBAGAI OPERATOR RANGKAIAN MUDAH ALIH MERENTASI 10 NEGARA ASEAN
Tuesday 30/03/2021
SYDNEY, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Rush Gold Global (Rush Gold), platform fintech berinovatif yang menyediakan akses digital kepada emas fizikal ke pasaran runcit dan perniagaan, telah menandatangani satu perkongsian baharu yang merangsangkan dengan ZAFA Group Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Malaysia untuk membawa simpanan dan pembayaran emas kepada Operator Rangkaian Mudah Alih (MNO) merentasi rantau ASEAN.
Perjanjian Rush Gold dengan ZAFA Group Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Malaysia akan membolehkan MNO merentasi 10 buah negara ASEAN untuk menawarkan perkhidmatan pembayaran emas menggunakan emas sebagai satu mata wang biasa. Model berasaskan telco ini telah membolehkan aplikasi super seperti m-Pesa untuk menguasai sebahagian besar Afrika.
Aplikasi super Dnar.Cash itu, yang dibangunkan oleh anak syarikat ZAFA MVNX Alliance, membuka satu pasaran berpotensi bagi 650 juta pengguna mudah alih merentasi rantau ASEAN, yang membolehkan mereka untuk melabur di dalam emas, dengan menggunakannya untuk membayar bagi tambah nilai mudah alih, membayar zakat, dan memperolehi ganjaran emas dan pulangan tunai.
“Kami melihat pada sejumlah syarikat emas digital,” kata Pengarah MVNX Aimi Aizal Bin Nasharuddin, “tetapi hanya Rush Gold yang mempunyai pelengkap sepenuhnya dari segi teknikal, keselamatan, pemilikan aset secara langsung, dan keupayaan pengendalian yang kami perlukan. Sokongan bagi pasukan Rush adalah sangat baik dalam setiap langkah itu.”
“Kami membina platform kami untuk membolehkan syarikat-syarikat seperti ZAFA, serta bank dan program kesetiaan, untuk dengan pantas menggabungkan emas ke dalam penawaran mereka,” kata Pengarah Rush Gold, Mark Pey. “Australia menawarkan kawalan kewangan dan hak hartanah yang ketat, inovasi teknologi bertaraf dunia, dan pada masa ini menjadi pengeluar jongkong emas terbesar di dunia, yang kami rasa adalah kelebihan daya saing penting kami.”
MVNX telah menandatangani satu rakan pelancaran di Malaysia, sebuah penyedia bagi perkhidmatan elektrik dan telco dengan sembilan juta pelanggan, dengan perjanjian pengedaran dalam proses merentasi Thailand, Filipina dan Indonesia.
Pengumuman perkongsian ini dibuat selepas pelancaran Rush Gold bagi Rush Mastercard mereka dengan EML melalui dompet mudah alih utama itu.
Kumpulan ZAFA adalah sebuah syarikat multinasional yang beribu pejabat di Malaysia yang bekerja dalam bidang pembuatan automotif, perkhidmatan telekomunikasi, hartanah, dan ekuiti persendirian, dan merupakan sebuah sekutu bagi Pertubuhan Koperasi ASEAN (ACO).
Rush Gold adalah sebuah platform pembayaran berasaskan emas yang terkawal yang membolehkan perniagaan dan pelanggan untuk menyimpan, memberi hadiah, memindahkan dan membelanjakan emas secara global dalam tepat masa. Rush mempunyai pelanggan merentasi 13 buah negara termasuk Amerika Syarikat, China, India dan Emiriah Arab Bersatu. Dapatkan maklumat lanjut di https://rush.gold/.
Lihat versi sumber di businesswire.com https://www.businesswire.com/news/home/52402409/en
Hubungi Mark Pey, Pengarah Rush Gold mark.pey@rush.gold +61 1800183424
Sumber: Rush Gold Global
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|