ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PINE LABS MELANCARKAN BELI SEKARANG BAYAR KEMUDIAN DI MALAYSIA

Tuesday 30/03/2021



KUALA LUMPUR & SINGAPURA & NEW DELHI, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pine Labs, satu daripada platform perdagangan saudagar terkemuka di Asia, hari ini mengumumkan pelancaran bagi penawaran Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) mereka di Malaysia. Pine Labs sekarang telah mencapai kejayaan luar biasa dengan perkhidmatan BNPL luar talian di India di mana ia mempunyai 95% penguasaan pasaran. Kemasukan ke Malaysia oleh anak syarikat syarikat itu Pine Payment Solutions datang pada satu detik masa yang menarik apabila terdapat permintaan terpendam di kalangan pengguna setelah satu tempoh sekatan pergerakan yang berlanjutan; pengguna mahukan akses yang lebih mudah kepada kredit dan peniaga mencari cara yang lebih baharu untuk menghidupkan semula jualan.

Pelancaran BNPL oleh Pine Labs di Malaysia akan mempercepatkan lagi penerimaan pembayaran digital di negara itu dan memungkinkan bagi peniaga untuk menjual lebih banyak dalam suasana perniagaan yang sukar ini selepas pandemik itu.

“Kami cukup yakin dengan rancangan pengembangan di sekitar produk Beli Sekarang Bayar Kemudian kami yang sangat berjaya yang bertumpukan kepada teknologi dan sangat teruja pada pelancarannya di Malaysia. Ini adalah satu produk yang sangat baik dan satu cadangan sama menang bagi semua pihak yang terlibat termasuk pengguna yang mendapat pilihan pembelian yang berpatutan, peniaga yang mendapat satu cadangan menarik untuk menarik pelanggan kembali ke kedai dan meningkatkan jualan mereka, dan bank dan jenama yang dapat membina kesetiaan jenama mereka. Penyelesaian bersepadu ini yang kami lancarkan dengan Mastercard akan kini diperluaskan ke pasaran baharu di rantau itu,” kata Kush Mehra, Ketua Pegawai Perniagaan, Pine Labs.

CIMB Bank, AmBank, HSBC Bank, AFFIN BANK, dan RHB Bank adalah bank-bank utama di Malaysia yang sudah berada di platform BNPL Pine Labs. Beberapa daripada peniaga utama yang akan terlibat dalam pelancaran penyelesaian ini termasuk Senheng, DirectD, Ogawa, Gintell, Herbaline, dan E.S.H. Electrical.

“Di DirectD, misi kami adalah untuk membantu setiap rakyat Malaysia kekal berhubungan melalui peranti pintar. Kami percaya pengguna hari ini mencari cara-cara yang termampu untuk membayar bagi pembelian mereka. Penyelesaian bersepadu Pine Labs yang disokong oleh teknologi menjadikan pengaktifan Bayar Kemudian sebagai satu proses yang lancar, sehinggakan meningkatkan perjalanan pelanggan. Kami berharap dapat memanfaatkan keupayaan Pine Labs dalam meningkatkan sistem kami sekarang,” kata Amy Tan, Pengarah Komunikasi, DirectD Retail & Wholesale Sdn Bhd, peruncit telefon bimbit terbesar dan paling pesat berkembang di Malaysia.

Pine Labs menyediakan satu penyelesaian pembayaran luar talian berteknologi yang pertama di mana pada satu terminal, pelbagai pengeluar kredit boleh membuat tawaran BNPL kepada pelanggan akan menjadi satu tawaran menarik di Malaysia, sebuah ekonomi yang dijangka dapat mencatatkan pertumbuhan positif pada tahun ini sesuai dengan unjuran oleh Bank Dunia.

Syarikat itu mempunyai rancangan yang bercita-cita tinggi untuk melancarkan BNPL di seluruh pasaran Asia Tenggara. Akhir tahun lalu, Pine Labs telah mengumumkan hasrat mereka untuk melancarkan satu penyelesaian ansuran bayar kemudian bersepadu dengan perkongsian bersama Mastercard ke pasaran seperti Thailand, Filipina, Vietnam, Singapura, dan Indonesia.

Maklumat mengenai Pine Payment Solutions

Pine Payment Solutions Sdn Bhd adalah sebuah anak syarikat Pine Labs Pte Ltd. Satu daripada platform perdagangan saudagar terkemuka di Asia, Pine Labs memberi perkhidmatan kepada saudagar besar terkemuka, bersaiz sederhana, dan kecil merentasi Asia dan Timur Tengah. Platform berasaskan awan syarikat itu yang unik membolehkannya untuk menawarkan pelbagai penyelesaian penerimaan pembayaran dan perdagangan saudagar termasuk sistem automasi perusahaan seperti pengurusan inventori dan pengurusan perhubungan pelanggan. Platform nilai disimpan mereka termasuk mengeluarkan, memproses, dan mengedarkan kad hadiah digital bagi pelanggan korporat di seluruh dunia. Diperbadankan di Singapura, pelabur utama Pine Labs termasuk Actis Capital, Mastercard, PayPal, Sequoia India, dan Temasek. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.pinelabs.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210329005846/en/

Hubungi

Ruder Finn Asia
Paromita Sinha
Telefon: (91) 9582327649
E-mel: sinhap@ruderfinnasia.com

Sumber : Pine Labs

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.