ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  PENYERTAAN PROAKTIF DALAM RANTAIAN NILAI GLOBAL ADALAH SATU LALUAN PEMBANGUNAN YANG DISARANKAN UNTUK REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT LAOS, KATA LAPORAN OLEH PUSAT ASEAN-JEPUN, YANG DIKELUARKAN HARI INI

Wednesday 31/03/2021



Table

“Rantaian Nilai Global di ASEAN: Republik Demokratik Rakyat Laos” boleh dimuat turun di laman web AJC. (Grafik: Business Wire)


TOKYO, 31 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Republik Demokratik Rakyat Laos adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber semula jadi dan dikaitkan dengan pembuatan yang kurang maju. Negara itu perlu memperoleh lebih banyak teknologi dan pengetahuan di dalam pengeluaran pertanian, pembuatan dan perkhidmatan dengan memperluaskan penglibatan mereka di dalam rantaian nilai global (GVC), kata Rantaian Nilai Global di ASEAN: Republik Demokratik Rakyat Laos (https://www.asean.or.jp/en/centre-wide-info/gvc_database_paper5/), yang dikeluarkan oleh Pusat ASEAN-Jepun (AJC) hari ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210330006159/en/

Laporan ini juga disiapkan dalam konteks menyambut ulang tahun ke-65 bagi perhubungan diplomatik Jepun-Laos.

Penyertaan GVC adalah rendah seperti yang ditunjukkan oleh sebilangan kecil kandungan asing atau nilai tambah asing (FVA) dalam eksport kasar, yang hanya 6%. Nilai tambah domestik (DVA) menyumbang bagi baki 94 peratus, kerana kebanyakan produk nilai tambah adalah berasaskan sumber (mis., bijih tembaga, elektrik) dan tidak memerlukan input dari syarikat-syarikat asing.

Republik Demokratik Rakyat Laos dikategorikan sebagai sebuah negara dengan komoditi pembuatan yang terhad. Sektor pembuatan mendahului di dalam penyertaan GVC, walaupun ia jauh lebih kecil daripada di negara-negara ASEAN yang lain. Ia diikuti oleh sektor ekstraktif (pertanian dan perlombongan), kemudian sektor perkhidmatan. Penyertaan yang rendah di dalam GVC menunjukkan bahawa pembangunan perindustrian di negara itu belum mencapai peringkat pengeluaran teknologi yang rumit seperti di kebanyakan negara anggota ASEAN yang maju.

Thailand, China dan Viet Nam adalah penyumbang utama kepada FVA Laos, sementara Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun memainkan bahagian yang lebih kecil. Negara-negara ini juga merupakan penyumbang utama kepada nilai tambah Laos yang digabungkan di dalam eksport negara lain (DVX). Sebahagian kecil bagi FVA itu menunjukkan bahawa Republik Demokratik Rakyat Laos mengimport lebih sedikit produk nilai tambah bagi pembuatan, dan lebih banyak untuk penggunaan. Syarikat-syarikat yang berpusat di Republik Demokratik Rakyat Laos yang terlibat dalam GVC masih terhad dari segi bilangannya.

Oleh kerana perhubungan di antara penyertaan GVC dan pertumbuhan ekonomi adalah positif, penyertaan yang lebih besar di dalam GVC dapat memperkukuhkan ekonomi Laos. Oleh itu, adalah mustahak untuk memperluaskan penyertaan GVC dan meningkatkan industri dengan menggalakkan empat penentu penting bagi penyertaan: logistik, dasar, kebolehcapaian pasaran, dan pembiayaan tenaga kerja dan modal. Untuk menyebarkan faedah kepada semua, kerajaan harus meningkatkan penyelarasan di antara agensi yang berkaitan dan sektor swasta.

Untuk melihat dan memuat turun laporan itu, sila layari laman web AJC seperti di bawah.
https://www.asean.or.jp/en/centre-wide-info/gvc_database_paper5/
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210330006159/en/

Hubungi

Unit Perhubungan Awam Pusat ASEAN-Jepun (AJC)
Tomoko Miyauchi (CIK)
URL: https://www.asean.or.jp/en/
TEL: +81-3-5402-8118
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp

Sumber: Pusat ASEAN-Jepun

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.