ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  MALABAR GOLD & DIAMONDS BERHUBUNG PENGEMBANGAN, DIJADUAL AKAN MEMBUKA 56 KEDAI

Friday 02/04/2021



Table
 
Sebuah bilik pameran bagi Malabar Gold & Diamonds yang baharu dibuka, rantaian runcit emas dan berlian terkemuka (Foto: AETOSWire)


DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 2 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Malabar Gold & Diamonds, satu daripada rantaian runcit emas dan berlian terbesar, akan membuka 56 kedai dalam tahun kewangan 2021-22 - 40 di India dan 16 di luar negara, dengan anggaran pelaburan sebanyak USD 220 Juta, dan menjanakan 1,750 peluang pekerjaan baharu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210401005609/en/

Di India, pengembangan itu akan merangkumi Tamil Nadu, Telangana, Andhra Pradesh, Karnataka, Maharashtra, Delhi, Bengal Barat, Uttar Pradesh, Odisha dan Kerala, dan di peringkat global, kedai baharu akan dibuka di Singapura, Malaysia, Oman, Qatar, Bahrain dan UAE.

Di India 12 kedai baharu dijadualkan dibuka pada suku pertama bagi fiskal itu di Chennai, Lucknow, Hyderabad, Mumbai, Pune dan Bengaluru, dan di bandar-bandar kecil seperti Eluru, Mancherial, Solapur dan Ahmednagar. Di peringkat global, kedai baharu akan dibuka di Little India di Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang di Malaysia, Ruwi, Baushar dan Al Khoudh di Oman, Jeryan Jenaihat dan Rawdat di Qatar, Bab al Bahrain di Bahrain dan di UAE di Al Zahia dan Muweilah di Sharjah, dan Silicon Oasis dan Dubai Gold Souk Dubai.

Pengerusi Kumpulan Malabar, MP Ahammed, berkata: “Selama lebih 25 tahun, kami telah berubah daripada sebuah perniagaan barang kemas runcit kecil kepada sebuah syarikat global merentasi bidang peruncitan barang kemas emas dan berlian, pembuatan dan perniagaan pelbagai runcit. Ketelusan dan kepercayaan pelanggan telah menjadi tonggak pertumbuhan kami dan pengembangan baharu itu akan membawa kami ke tahap seterusnya.”

Beliau berkata bahawa kedai baharu itu akan menawarkan satu pengalaman pelanggan yang tiada tandingannya yang sesuai dengan Janji Malabar mengenai kualiti dan jaminan perkhidmatan yang tidak ada tolok bandingnya. Matlamat kumpulan itu adalah untuk menjadi jenama runcit barang kemas nombor satu di dunia dari segi jumlah bilik pameran dan perolehan.

Abdul Salam KP, Pengarah Eksekutif Kumpulan bagi Kumpulan Malabar, berkata: “Selaras dengan komitmen sosial kami, pengembangan itu akan mewujudkan 1,750 peluang pekerjaan baharu. Kami mengikuti amalan terbaik industri, penyumberan beretika dan pengurusan dana profesional.”

“Pengembangan itu akan memperkukuhkan kehadiran runcit kumpulan itu di wilayah-wilayah di mana ia mempunyai kehadiran yang teguh,” kata Shamlal Ahamed, Pengarah Urusan, Operasi Antarabangsa bagi Malabar Gold and Diamonds.

Nota Editor

Malabar Gold & Diamonds, dengan perolehan tahunan sebanyak $4.51 bilion, adalah syarikat kemegahan bagi konglomerat perniagaan India yang pelbagai itu, Kumpulan Malabar. Ditubuhkan pada tahun 1993 di Kerala, India, ia mempunyai lebih daripada 250 cawangan di 10 buah negara dan 14 unit borong dan pusat reka bentuk dan kilang di India, Timur Tengah, Timur Jauh & Amerika Syarikat.

*Sumber: AETOSWire

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210401005609/en/

Hubungi

Thauseef Ahamed, +971555489191
thauseef.a@mgdglobal.com

Sumber : Malabar Gold & Diamonds

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.