· PW Power Systems telah menjadi pereka dan peneraju global dalam penyelesaian tenaga atas permintaan selama 60 tahun, menyediakan turbin gas terbitan aero yang fleksibel, penjejakan pantas, disesuaikan untuk memenuhi keperluan tenaga kritikal di seluruh dunia.
· Penggunaan jenama Mitsubishi Power adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk mengintegrasikan pembuatan, penjualan, pemasaran, kewangan, perkhidmatan dan pelaksanaan jejak langkah Mitsubishi Power
LAKE MARY, Fla., 6 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, PW Power Systems secara rasmi menukar namanya menjadi Mitsubishi Power Aero. Mengguna pakai jenama Mitsubishi Power adalah sebahagian daripada usaha yang lebih besar untuk menggunakan sinergi yang memberi manfaat kepada pelanggan turbin gas terbitan aero. Kekuatan portfolio produk dan perkhidmatan terbitan aero akan ditingkatkan dengan memanfaatkan lebih banyak sumber dan teknologi syarikat induk Mitsubishi Power Aero.
“Kami menggunakan aset rangkaian perolehan Mitsubishi Power di seluruh dunia untuk menyokong pembuatan peralatan baru dan juga perkhidmatan selepas jualan,” kata Presiden dan CEO Mitsubishi Power Aero Raul Pereda. "Pasukan Kejuruteraan kami berkolaborasi untuk membuat turbin gas kami lebih kompetitif, termasuk aplikasi dengan bahan bakar hidrogen, pemantauan jarak jauh dan kepintararn buatan TOMONI
TM. Sumber kewangan kumpulan yang lebih luas juga membolehkan kami menawarkan penyelesaian komersial yang lebih fleksibel kepada pelanggan kami. Kami berhasrat untuk berkolaborasi dengan pelanggan kami untuk memberikan kuasa ketika dunia sangat memerlukannya. ”
Dengan keperluan elektrifikasi yang semakin meningkat dan permintaan untuk tenaga boleh baharu yang turut meningkat di seluruh dunia, peranan kuasa terbitan aero menjadi semakin kritikal. Kos sosioekonomi kekurangan kuasa adalah amat ketara dan meningkat, dan kerumitan sistem kuasa meningkat disebabkan oleh faktor-faktor seperti pengembangan pesat tenaga boleh baharu, kejadian cuaca yang melampau, elektrifikasi pengangkutan, penyimpanan tenaga dan bahan bakar alternatif, termasuk hidrogen. Penyelesaian penjanaan tenaga yang fleksibel yang disediakan oleh Mitsubishi Power sangat penting untuk membantu pelanggan mengimbangkan pelbagai keperluan tenaga mereka.
"Kuasa atas permintaan adalah komponen utama dalam cara Mitsubishi Power membawa jumlah penyelesaian kepada pelanggan kami," kata Paul Browning, Presiden dan CEO Mitsubishi Power Americas. “Unit FT8
Ò MOBILEPAC
Ò memberikan kuasa dengan cepat, dalam waktu yang singkat dan turbin gas FT4000
Ò SWIFTPAC
Ò memberikan kuasa super fleksibel kepada pelanggan yang ingin meningkatkan penggunaan kuasa yang boleh diperbaharui secara berkala, seperti angin dan solar. Seiring dengan peningkatan kadar dekarbonisasi tenaga di seluruh dunia, kuasa terbitan aero sangat penting untuk memastikan kecukupan sumber tenaga. Kami gembira dapat mengintegrasikan rantaian perolehan, pembuatan, kejuruteraan, pemasaran, penjualan, perkhidmatan dan kemampuan kewangan kami dengan produk, perkhidmatan dan kemampuan projek yang mantap dari Mitsubishi Power Aero. Bersama-sama, kami akan bekerjasama dengan pelanggan kami untuk membuat Perubahan Kuasa ini. ”
Mengenai Mitsubishi Power Americas, Inc.Mitsubishi Power Americas, Inc., beribu pejabat di Lake Mary, Florida, menjawatkan lebih dari 2,000 perkerja penjana tenaga, penyimpanan tenaga dan pakar dan profesional penyelesaian digital. Pekerja kami memberi tumpuan untuk memberi kuasa kepada pelanggan untuk memerangi perubahan iklim dengan harga yang berpatutan dan boleh dipercayai disamping memajukan kemakmuran manusia di seluruh Amerika Utara dan Selatan. Penyelesaian penjanaan kuasa Mitsubishi Power merangkumi gas asli, stim, terbitan aero, panas bumi, teknologi tenaga boleh baharu tereder, kawalan persekitaran, dan perkhidmatan. Penyelesaian penyimpanan tenaga merangkumi hidrogen mesra alam dan sistem penyimpanan tenaga bateri. Mitsubishi Power juga menawarkan penyelesaian digital yang membolehkan operasi dan penyelenggaraan aset kuasa autonomi. Mitsubishi Power, Ltd. adalah anak syarikat milik penuh Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI). Beribu pejabat di Tokyo, Jepun, MHI adalah salah satu pengeluar mesin berat terkemuka di dunia dengan perniagaan kejuruteraan dan pembuatan merangkumi tenaga, infrastruktur, pengangkutan, aeroangkasa, dan pertahanan. Untuk maklumat lebih lanjut, lawati laman web
Mitsubishi Power Americas dan ikuti kami di
LinkedIn.
Tentang Mitsubishi Power Aero LLCMitsubishi Power Aero LLC, yang beribu pejabat di Glastonbury, Connecticut, Amerika Syarikat, adalah peneraju dalam menyediakan penyelesaian kuasa yang pantas berdasarkan permintaan kepada pengeluar tenaga global , pelanggan - pelanggan perindustrian dan O&G. Kami menyediakan produk dan perkhidmatan yang fleksibel dan dapat diubahsuaikan, termasuk pakej turbin gas terbitan aero yang menghasilkan 30 hingga 140 MW, perkhidmatan pasaran selepas jualan yang bersesuaian dan responsif, kepakaran EPC secara turnkey dan penyimpanan bateri. Disebabkan permintaan untuk tenaga elektrik yang kian meningkat dan penambahan lebih banyak tenaga boleh baharu ke grid kuasa, Mitsubishi Power Aero akan terus memainkan peranan penting dalam memberikan jaminan tenaga kepada pelanggan di seluruh dunia. Mitsubishi Power Aero adalah syarikat kumpulan Mitsubishi Power Americas, Inc. Hubungi kami di
aero.power.mhi.com dan
LinkedIn.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210401005180/en/Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi:Stefan L. Zavatone
Naib Presiden, Pemasaran dan Komunikasi
stefan.zavatone@aeropowermhi.com860-368-5499
SUMBER : Mitsubishi Power Americas--BERNAMA