ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  BERKSHIRE HATHAWAY SPECIALTY INSURANCE MENAMAKAN IDIE SI SEBAGAI KETUA BAGI INSURANS KEMALANGAN & KESIHATAN, ASIA

Monday 12/04/2021



BOSTON & SINGAPURA, 12 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Berkshire Hathaway Specialty Insurance (BHSI) hari ini mengumumkan bahawa ia telah melantik Idie Si sebagai Ketua bagi Insurans Kemalangan & Kesihatan (A&H) untuk rantau itu.

“Kami amat gembira untuk mengalu-alukan Idie ke BHSI. Pengetahuan yang mendalam, kepakaran yang luas dan kemahiran kepimpinan beliau akan menjadi satu aset besar bagi kami ketika kami terus mengembangkan penawaran A&H kami dan memperluaskan portfolio ke seluruh rantau itu,” kata Marc Breuil, Ketua bagi Asia Timur Tengah, BHSI. “Pelantikan Idie memperkukuhkan komitmen kami terhadap ruang A&H merentasi rantau itu, di mana kami melihat peluang-peluang yang amat besar untuk memberi perkhidmatan yang selanjutnya kepada broker dan pelanggan kami.”

Idie datang ke BHSI dengan memiliki lebih satu dekad pengalaman yang tertumpu kepada insurans A&H di pasaran Asia dan London. Beliau baru-baru ini merupakan Penaja Jamin Kanan Kemalangan & Kesihatan di Canopius Asia Pte Ltd di Singapura. Sebelum itu, beliau adalah seorang Penaja Jamin Kemalangan & Kesihatan di Tokio Marine Kiln Syndicate Ltd, di pejabatnya di Hong Kong, Singapura dan London. Idie memiliki ijazah sarjana muda dari University of Denver di Colorado.

Idie berpusat di pejabat BHSI di Singapura dan boleh dihubungi di idie.si@bhspecialty.com  atau +65 6675 1486.

Syarikat Berkshire Hathaway Specialty Insurance (diperbadankan di Nebraska, Amerika Syarikat) menyediakan insurans hartanah komersil, kecederaan, penjagaan kesihatan, liabiliti profesional, talian eksekutif dan profesional, liabiliti transaksional, jaminan, marin, perjalanan, program, kemalangan & kesihatan, kehilangan terhenti perubatan, dan pemilik rumah dan multinasional. Terma bagi perlindungan sebenar dan muktamad bagi kesemua barisan produk mungkin berbeza-beza. Di rantau Asia Timur Tengah, ia menaja jamin di atas kertas bagi Syarikat Berkshire Hathaway Specialty Insurance, yang memiliki penarafan kekuatan kewangan A++ dari AM Best dan AA+ dari Standard & Poor's. Berpusat di Boston, Berkshire Hathaway Specialty Insurance mempunyai pejabat di Atlanta, Boston, Chicago, Houston, Indianapolis, Irvine, Los Angeles, New York, San Francisco, San Ramon, Seattle, Stevens Point, Adelaide, Auckland, Brisbane, Cologne, Dubai, Dublin, Hong Kong, Kuala Lumpur, London, Macau, Madrid, Manchester, Melbourne, Munich, Paris, Perth, Singapura, Sydney dan Toronto.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210411005031/en/

Hubungi

HUBUNGAN MEDIA
JoAnn Lee / +1 617-936-2937

Sumber : Berkshire Hathaway Specialty Insurance

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.