ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  RUBRYC THERAPEUTICS MENGUMUMKAN SATU KERJASAMA PENYELIDIKAN DAN PERJANJIAN OPSYEN LESEN DENGAN ZAI LABS

Wednesday 14/04/2021



SAN CARLOS, Calif., 14 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- RubrYc Therapeutics, Inc., sebuah syarikat bioterapeutik pra-klinikal yang mengembangkan terapi berpilih epitop, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengadakan satu kerjasama penyelidikan dan perjanjian opsyen lesen dengan Zai Labs, Inc. untuk penggunaan platform Molekul Tereka Bentuk skala Meso (MEM) RubrYc, bagi mengenal pasti antibodi monoklonal dengan fungsi biologi yang dipertingkatkan untuk satu sasaran onkologi yang tidak didedahkan.

Di bawah syarat-syarat perjanjian itu, RubrYc dan Zai Labs akan bekerjasama untuk mengenal pasti calon-calon produk dengan menggunakan RubrYc Discovery Engine, yang memanfaatkan pembelajaran mesin dan data struktur untuk mengenal pasti antibodi yang mengikat epitop subdominan dan menunjukkan aktiviti yang berbeza. Setelah menggunakan opsyen lesen itu, Zai Labs akan mempunyai hak global eksklusif untuk membangun dan mengkomersialkan produk-produk bagi Kerjasama Penyelidikan itu.

RubrYc Therapeutics, Inc. akan menerima pembayaran awal dan adalah layak untuk menerima perkembangan penyelidikan, pengembangan dan pengkomersialan di masa depan berdasarkan kepada setiap calon, bersama dengan royalti bagi jualan bersih setiap produk di seluruh dunia. Syarat-syarat kewangan bagi perjanjian itu tidak dinyatakan.

Dr. Isaac Bright, Ketua Pegawai Eksekutif, berkata, “Kami sangat teruja kerana Zai Labs telah memilih RubrYc Discovery Engine sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk mengenal pasti bioterapeutik terhadap sasaran onkologi yang mencabar. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Zai Labs untuk mempercepatkan penyelidikan mereka dengan mengenal pasti antibodi khusus epitop dengan kaedah tindakan yang berbeza. Kepakaran onkologi Zai Labs melengkapkan minat kami untuk membawa terapeutik baharu dengan potensi kejayaan kepada pesakit yang memerlukan.”

Maklumat mengenai RubrYc Therapeutics, Inc.

RubrYc Therapeutics, Inc., adalah sebuah syarikat bioteknologi yang menggunakan penyelesaian pembelajaran mesin proprietari dan biologi pengiraan untuk menemui antibodi mono dan bispesifik terpilih epitop. Mendapat inspirasi oleh kemajuan baru-baru ini dalam sintesis perpustakaan molekul, penyaringan dan pengkomputeran selari secara besar-besaran, RubrYc menempa satu jalan baharu untuk penemuan yang dipacu oleh maklumat bagi antibodi terapeutik. RubrYc Therapeutics, Inc. memanfaatkan teknologi MEMs Discovery Engine untuk mengenal pasti dengan pantas sebilangan besar antibodi dengan ciri-ciri mengikat yang unik terhadap sasaran yang disahkan dan mencabar. RubrYc keluar dari HealthTell, Inc. pada tahun 2018 untuk memajukan penemuan bioterapeutik, dan bekerjasama dengan syarikat-syarikat farmaseutikal utama yang berkongsi misi kami untuk memperluaskan pilihan terapeutik dan meningkatkan hasil keputusan bagi pesakit barah. RubrYc disokong oleh pelabur institusi, termasuk Third Point Ventures, Paladin Capital Group, Vital Venture Capital, dan Hayan Health Networks. Syarikat itu berpusat di San Carlos, California.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rubryc.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210413006012/en/

Hubungi

Isaac J. Bright, MD
Ketua Pegawai Eksekutif
RubrYc Therapeutics, Inc.
info@rubryc.com

Sumber : RubrYc Therapeutics, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.