ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN RENGIT (PPK RENGIT) TERIMA PENGIKTIRAFAN PATUH SYARIAH

Friday 16/04/2021



Table

Penyerahan sijil oleh Encik Muhammad Aiman, Pengarah dan Perunding Utama Tawafuq Consultancy


BATU PAHAT, 16 April (Bernama) -- Pertubuhan Peladang Kawasan Rengit (PPK Rengit) secara rasminya telah menerima pengiktirafan patuh Syariah bagi produk pembiayaan mereka daripada syarikat penasihat Syariah bertauliah, Tawafuq Consultancy Sdn Bhd pada hari Jumaat, 9 April 2021. Majlis penyerahan sijil patuh Syariah tersebut telah dijalankan di Dewan Pelajaran PPK Rengit, Pusat Perkhidmatan Pertanian Bersepadu Sungai Dulang, Rengit dan disampaikan oleh Encik Muhammad Aiman bin Mohamad Salmi, Pengarah dan Perunding Utama di Tawafuq Consultancy. 

Penyerahan sijil patuh Syariah dilaksanakan setelah penelitian dilakukan keatas produk pembiayaan yang ditawarkan oleh PPK Rengit. Prosedur pengoperasian bagi produk pembiayaan tersebut telah distruktur semula menjadi pembiayaan Islamik berasaskan kaedah Tawaruq (Komoditi Murabahah) bagi memastikan produk tersebut patuh Syariah dan seiring dengan garis panduan yang disyorkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan AAOIFI.

Inisiatif yang pertama kali diadakan dalam kalangan PPK seluruh Malaysia ini merupakan satu langkah yang amat baik sekali bagi meluaskan skop perkhidmatan pembiayaan kepada lebih ramai pelanggan terutamanya ahli peladang. Pada masa yang sama, pengiktirafan ini juga mampu menambah keyakinan ahli peladang untuk mendapatkan pembiayaan dari PPK Rengit bagi melaksanakan sesuatu projek.

PPK Rengit yang merupakan salah satu daripada PPK yang ditubuhkan di negara ini dan dikawalselia oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) merupakan pertubuhan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan pembiayaan projek pertanian termasuk pembiayaan tanaman, ternakan, ternakair, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan projek berasaskan kontrak seperti kontrak bekalan dan perkhidmatan.

SUMBER: TAWAFUQ CONSULTANCY

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama:
Muhammad Aiman bin Mohamad Salmi
Pengarah dan Perunding Utama Tawafuq Consultancy

Tel: +603-6185 0801
E-mel: aiman@tawafuqconsultancy.com

Nama: Puan Siti Rohani Ismail
Pengurus Besar PPK Rengit
Tel: +607-424 1251
E-mel: ppk_rengit@lpp.gov.my


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.