ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  ​SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH MENERIMA ANUGERAH 'PRODUCTIVITY CHAMPION'

Monday 19/04/2021



ALOR SETAR, 19 April (Bernama) -- Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, menerima Anugerah ‘Productivity Champion’ pada semalam.

‘Productivity Champion’ diperkenalkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sebagai sebuah pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada individu yang menunjukkan komitmen dan menyumbang dalam mengukuhkan ekosistem produktiviti negeri dan negara.

Anugerah ini disampaikan oleh YBhg Dato’ Abdul Latif Hj Abu Seman, Ketua Pengarah MPC sebagai tanda pengiktirafan atas inisiatif Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang banyak mendorong dan memperkasakan pelaksanaan program produktiviti dan inovasi di peringkat industri, negeri dan negara. Antara inisiatif utama beliau adalah pengukuhan persekitaran perniagaan serta sistem perundangan yang mantap di negeri Kedah yang membantu kerajaan negeri untuk menggubal dasar struktur yang lebih berkesan ke atas produktiviti serta pertumbuhan ekonomi negara.

Ketua Pengarah MPC berkata, MPC dan Kerajaan Negeri Kedah bekerjasama melalui inisiatif Kedah Produktif, Kedah Digital yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim dengan matlamat meningkatkan produktiviti negeri melalui program pendigitalan dan teknologi di Negeri Kedah. Dengan jangkaan kadar purata pertumbuhan produktiviti negeri sebanyak 5.4%, negeri Kedah berpotensi untuk merekod pertambahan KDNK sebanyak RM 24.9 billion dalam masa 5 tahun yang akan datang.

Dalam usaha meningkatkan produktiviti negeri Kedah, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah mempergiatkan budaya minda produktif di kalangan masyarakat serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam melalui program kreativiti dan inovasi, pendekatan Behavioral Insights dan amalan pengurusan terbaik. Antara program penambahbaikan berimpak tinggi yang dilaksanakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah adalah memperkukuhkan persekitaran perniagaan yang kondusif melalui projek transformasi proses ubah jenis kegunaan tanah (UJKT) pertanian kepada perindustrian dan projek mempercepatkan prosedur kelulusan mendirikan bangunan industri, permit beroperasi dan dapat mengeksport dalam masa  kurang dari 10 bulan bagi pelaburan melebihi RM 100 juta.

Sumber: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Kasturi Devi Appanna
Tel: 012-5157255
E-mel: 
Kasturi@mpc.gov.my

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.