ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  INDUSTRI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK MERUPAKAN SATU DARIPADA INDUSTRI YANG PALING BERSEPADU DI PERINGKAT ANTARABANGSA DAN SERANTAU DI ASEAN, MENYEBARKAN KE SEMUA NEGARA ANGGOTA, KATA PUSAT ASEAN-JEPUN

Tuesday 20/04/2021



Table

Laporan “Rantaian Nilai Global di ASEAN: Elektronik” sudah tersedia untuk dimuat turun di laman web AJC (Grafik: Business Wire)
 

TOKYO, 20 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Industri elektrik dan elektronik (E&E) dicirikan oleh rangkaian pengeluaran yang berpecah tetapi bersepadu di peringkat antarabangsa dengan rantaian nilai yang meluas dari segi geografi dan sangat modular, yang menyediakan peluang kepada negara-negara ASEAN untuk turut serta dengan mudah di dalam rantaian nilai E&E, demikian menurut kajian oleh Pusat ASEAN-Jepun, yang bertajuk Rantaian Nilai Global di ASEAN: Elektronik, yang dikeluarkan pada Mac 2021. Ini adalah laporan ke-14 bagi siri 16 kertas kerja bagi rantaian nilai global ASEAN (GVC) oleh AJC.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210419006002/en/

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) adalah sebuah hab yang signifikan bagi pengeluaran E&E, dengan menyumbang kira-kira $268 bilion kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) serantau, dengan menggunakan lebih daripada 2.4 juta pekerja dan mencakupi bahagian terbesar daripada jumlah eksport ASEAN (27 peratus).

Secara keseluruhan, industri E&E di ASEAN bergantung kepada lebih banyak input dan teknologi asing berbanding dengan industri lain, dengan 53 peratus bagi eksport E&E datang daripada nilai tambah asing (FVA), atau input asing yang disatukan ke dalam eksport E&E ASEAN. Walaupun begitu, nilai tambah di dalam eksport berbeza merentasi rantau itu, bergantung kepada kedudukan setiap negara di dalam rantaian nilai E&E.

Perdagangan antara rantau di antara negara-negara ASEAN adalah penyumbang terbesar kepada eksport E&E ASEAN dari segi FVA, yang mencakupi bagi seperempat daripada jumlah FVA ($43.4 bilion) pada tahun 2017, sementara gabungan FVA yang diwujudkan oleh China dan Jepun merupakan lebih daripada satu pertiga daripada keseluruhan FVA.

Sepanjang tahun 1990–2017, penyertaan GVC ASEAN di dalam peralatan E&E menurun sedikit, dari 74 peratus kepada 70 peratus, sementara penyertaan rantaian nilai serantau (RVC) mereka meningkat dua kali ganda, dari 9 peratus kepada 18 peratus. Trend yang bertentangan itu dijelaskan oleh kapasiti pengeluaran serantau yang lebih tinggi dan rangkaian pengeluaran serantau yang mantap.

Dengan bidang pengkhususan yang berbeza, ASEAN telah menjadi sebuah hab yang menarik dan penting bagi industri E&E. Rantau itu menjadi hos kepada satu rangkaian pengeluaran E&E yang luas di sepanjang rantaian nilai itu, yang mencakupi daripada aktiviti yang berintensifkan buruh dan mudah seperti pemasangan dan pengujian sehingga kepada tugas yang berintensifkan modal seperti reka bentuk komponen dan penyelidikan dan pengembangan.

Untuk melihat dan memuat turun laporan itu, sila layari laman web AJC seperti di bawah. https://www.asean.or.jp/en/centre-wide-info/gvc_database_paper13/

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210419006002/en/

Hubungi

Unit Perhubungan Awam Pusat ASEAN-Jepun (AJC)
Tomoko Miyauchi (CIK)
URL: https://www.asean.or.jp/en/
TEL: +81-3-5402-8118
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp

Sumber: Pusat ASEAN-Jepun

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.