ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN KEDUDUKAN 801-1000 THE IMPACT RANKING

Monday 26/04/2021



BACHOK,  26 April (Bernama) -- Buat julung kalinya Universiti Malaysia Kelantan (UMK) tersenarai pada kedudukan 801-1000 daripada 1115 institusi pengajian tinggi di dunia untuk 2021 dalam penarafan Times Higher Education (THE) Impact Ranking, yang diumumkan pada 21 April 2021.

THE Impact Ranking yang diperkenalkan oleh THE mengambil kira petunjuk yang menilai pencapaian universiti berdasarkan 17 Matlamat Pembangunan Lestari yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau lebih dikenali sebagai 17 United Nations Sustainable Development Goals (SDGs).

Prestasi UMK pada THE Impact Ranking ini dinilai berdasarkan pencapaian terbaik di dalam empat SDG dimana UMK menunjukkan prestasi memberangsangkan pada SDG 2 (Zero Hunger) dan SDG 15 (Life of Land) yang berada di kedudukan ke 201–300 manakala untuk SDG 1 (No Poverty) UMK di kedudukan ke 301–400. Sementara itu, UMK dinilai pada kedudukan 401+ untuk SDG 7 (Affordable And Clean Energy) dan SDG 12 (Responsible Consumption And Production). Manakala SDG 11 (Sustainable Cities and Communities) di kedudukan 601+ dan untuk SDG 4 (Quality Education) di kedudukan 801+.

Pencapaian terbaik itu merupakan pengiktirafan global dan petanda positif kepada keberkesanan pelbagai inisiatif UMK ke arah menjadi Universiti Keusahawanan terkemuka dunia menjelang 2030. Inisiatif ini juga adalah selari dengan dasar Kementerian Pengajian Tinggi iaitu University for Society (U4S) yang menekankan bahawa fokus utama universiti juga adalah untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

SUMBER : Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ​

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Pusat Komunikasi Korporat, UMK
Nama : Encik Mohd Adzwan Bin Kamaruzaman
Tel : 0199811719
E-mel : adzwan@umk.edu.my

Nama : Syarimie Wosley
Tel : 019 9681001
E-mel : syarimie@umk.edu.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.