ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  SMITHS MEDICAL DAN IVENIX BERPADU TENAGA UNTUK MEREVOLUSIKAN PENGURUSAN INFUSI DENGAN SUIT PENYELESAIAN INFUSI KOMPREHENSIF YANG PERTAMA DI PASARAN PENJAGAAN KESIHATAN AMERIKA SYARIKAT

Wednesday 05/05/2021



Didorong oleh pelaburan strategik dari Smiths Medical, perkongsian komersial akan menawarkan sistem infusi yang terbaik dalam kelasnya yang direka untuk meningkatkan keselamatan pesakit, memajukan kecekapan klinikal

MINNEAPOLIS & BOSTON, 5 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Smiths Medical, sebuah pemimpin peranti perubatan global, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah membentuk sebuah perkongsian eksklusif dengan Ivenix, Inc. yang menempatkan syarikat-syarikat itu sebagai yang pertama di Amerika Syarikat untuk menawarkan satu suit yang komprehensif bagi  penyelesaian pengurusan infusi bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan merentasi seluruh kontinum penjagaan. Perkongsian jangka panjang itu, yang termasuk satu pelaburan strategik dari Smiths Medical, menyatukan dua inovator di bawah satu matlamat bersama untuk merevolusikan pengurusan infusi bagi meningkatkan keselamatan pesakit dan memenuhi keperluan bagi penyedia perkhidmatan kesihatan pada hari ini dan di masa hadapan.

Ivenix, sebuah syarikat teknologi perubatan yang berdedikasi untuk menghapuskan bahaya pesakit yang berkaitan dengan infusi, mengembangkan pam infusi bervolum besar yang pertama dan satu-satunya dari bawah ke atas untuk memenuhi garis panduan pam infusi Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat terkini yang menangani isu keselamatan berulang dengan pam. Memastikan keselamatan pesakit dan kecekapan klinikal adalah komponen penting di dalam pengurusan infusi yang menyelamatkan nyawa yang berjaya. Hari ini, kesilapan yang berkaitan dengan infusi menyumbang lebih daripada 50% daripada 1.5 juta kejadian ubat-ubatan mudarat yang dilaporkan setiap tahun kepada FDA,¹ dan kejadian ubat-ubatan mudarat yang berkaitan dengan infusi menyebabkan lebih dari $2 bilion setiap tahun² dari segi kos sistem penjagaan kesihatan.

Portfolio pelengkap Smiths Medical bagi sistem infusi terkemuka di pasaran CADD®-Solis and Medfusion® termasuk picagari dan pam ambulatori yang melayani penjagaan dewasa dan kritikal neonatal, bilik pembedahan, dan pengurusan kesakitan di kedua-dua hospital dan di rumah. Dengan menambahkan Sistem Infusi Ivenix kepada portfolio produk mereka di Amerika Syarikat, Smiths Medical akan mempercepatkan penawaran mereka kepada segmen peranti infusi bervolum besar, yang dianggarkan bernilai lebih $2 bilion.

“Sebagai seorang penyelidik yang memberi tumpuan kepada pam pintar IV bervolum besar, saya amat menyedari tentang begitu banyak isu keselamatan dan kebolehgunaan yang terdapat pada produk sekarang,” kata Karen K. Giuliano, Ph.D., RN, FAAN, MBA, seorang Profesor Madya dan Pengarah Bersama bagi Pusat Kejuruteraan Kejururawatan untuk Inovasi di University of Massachusetts Amherst. “Inovasi dalam pam pintar IV sudah lama tertangguh, dan saya gembira untuk melihat pilihan baharu bagi doktor penjagaan akut untuk menimbangkan bagi penyampaian cecair dan ubat yang dapat menyelamatkan nyawa dalam bidang yang sangat penting ini bagi keselamatan pesakit.”

“Perkongsian jangka panjang itu di antara Smiths Medical dan Ivenix akan memastikan bahawa kami membawa penyelesaian pengurusan infusi generasi akan datang ke hospital-hospital di seluruh Amerika Syarikat dan memenuhi komitmen kami untuk membantu menghubungkan pesakit dengan terapi yang menyelamatkan nyawa dan wawasan kepada penyedia,” kata JehanZeb Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Smiths Medical. “Pelaburan kami di Ivenix akan membantu memacukan penyelidikan dan pengembangan yang diperlukan untuk terus membangunkan sumber kritikal ini dan menyediakan penyelesaian holistik bagi hospital dan sistem kesihatan.”

Sistem Infusi Ivenix itu termasuk sebuah pam infusi bervolum besar dengan set pentadbiran, peranti pengurusan infusi dan analitik untuk memaklumkan penjagaan dan meningkatkan kecekapan. Sistem itu menerima pelepasan 510(k) pada tahun 2019 dan menetapkan satu standard baharu dalam penghantaran infusi dengan memikirkan semula keselamatan, keringkasan, dan saling kendali. Sistem itu berpusat di sekitar pesakit dan klinik dan direka untuk mengurangkan kesilapan yang berkaitan dengan infusi dan menurunkan jumlah kos pemilikan.

“Perkongsian ini membolehkan kami untuk mempercepatkan jangkauan komersial bagi platform infusi kami, dan bersama-sama menyediakan sebuah portfolio bagi penyelesaian infusi canggih bagi menyampaikan standard paling tinggi bagi penjagaan infusi yang selamat dan bersepadu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ivenix, Jorgen B. Hansen.

Smiths Medical akan melancarkan Sistem infusi Ivenix itu sebagai sebahagian daripada portfolio infusi mereka pada musim panas 2021.

Maklumat mengenai Smiths Medical

Sebuah inovator terkemuka bagi teknologi perubatan khusus untuk pasaran global, yang memberi tumpuan kepada segmen pasaran penghantaran ubat-ubatan, penjagaan penting dan peranti keselamatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.smiths-medical.com.

Maklumat mengenai Ivenix

Ivenix, Inc. adalah sebuah syarikat teknologi perubatan dengan visi untuk menghapuskan bahaya pesakit yang berkaitan dengan infusi. Syarikat itu telah ditubuhkan untuk mengembangkan penyelesaian berinovatif yang mengubah penghantaran infusi. Ivenix mereka bentuk sebuah sistem infusi dari bawah ke atas untuk memperkemaskan penghantaran ubat dan membawa teknologi infusi ke dalam era digital. Sistem Infusi Ivenix itu termasuk sebuah pam infusi bervolum besar yang disokong oleh sebuah sistem pengurusan infusi yang teguh yang direka untuk menetapkan standard baharu di dalam keringkasan, kecerdasan, dan kebolehpercayaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari ivenix.com. Sistem Infusi Ivenix itu diluluskan oleh FDA.

Rujukan:

1. Laporan FDA, data pada fail
2. ODPHP. Kualiti Penjagaan Kesihatan dan Keselamatan Pesakit: Peristiwa Ubat-ubatan Mudarat. 2017

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210504005275/en/

Hubungi

Bagi pihak Smiths Medical:
Bob Josephson
Robert.Josephson@fticonsulting.com
203-914-2372

Bagi pihak Ivenix:
Caroline Curran
caroline.curran@metiscomm.com
910-409-4126

Sumber : Smiths Medical

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.