ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  KENYATAAN MEDIA MANFAATKAN 10 TERAKHIR RAMADAN, RAIH PAHALA BERGANDA

Thursday 06/05/2021



KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Memasuki 10 terakhir Ramadan, Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyeru semua umat Islam untuk menyegerakan kewajipan menunaikan zakat bagi meraih ganjaran pahala berganda.

Kita kini masih berada dalam situasi berjuang melawan pandemik Covid-19. Susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan oleh pihak kerajaan telah menyebabkan banyak sektor pekerjaan lumpuh sehingga ada syarikat yang terpaksa memberhentikan pekerja dan menutup perniagaan. Situasi ini agar sukar untuk dilalui oleh mereka yang terkesan untuk meneruskan kehidupan dan secara tidak langsung melahirkan ramai asnaf baharu.

Sebagai sebuah institusi zakat, kami amat memandang serius perkara ini dan  ingin menyeru mereka yang masih bernasib baik untuk tampil membantu dan menunaikan kewajipan berzakat di PPZ-MAIWP di samping dapat merebut ganjaran pahala berganda.

Sesuai dengan moto “Memudahkan Anda Berzakat”, PPZ-MAIWP sentiasa berusaha menyediakan pelbagai kemudahahan perkhidmatan dan saluran bayaran bertepatan dengan keadaan semasa kini. 
 
Perkhidmatan dan Saluran Bayaran Sepanjang Ramadan
 
10 Kaunter PPZ-MAIWP
· Kaunter PPZ-MAIWP masih beroperasi seperti biasa dalam tempoh PKP ini. Kaunter dibuka setiap hari sepanjang Ramadan termasuk cuti umum.
· Waktu Operasi : 8:15 pagi - 4:30 petang
· Hari Terakhir Ramadan : 8:15 pagi - 1:00 petang

Perkhidmatan Kaunter Zakat Digital (KZD)
· Pembayar juga boleh berurusan tanpa perlu ke kaunter. Hanya perlu membuat temujanji dan akan  diselia oleh pegawai zakat PPZ-MAIWP sehingga selesai proses bayaran zakat. Temujanji boleh dilakukan di 1300-88-5757 atau di zakat.com.my/e-kaunter-careline-ppz/home.

Portal Rasmi PPZ-MAIWP
· Zakat Fitrah – fitrah.zakat.com.my
· Zakat Harta – zakat.com.my

Aplikasi MyZakat
· Pembayar boleh kira, semak dan bayar rekod bayaran zakat di mana sahaja dengan lebih cepat, mudah dan selamat.
· Pembayaran zakat lebih mudah dilakukan dengan menggunakan kaedah pembayaran mudah alih. 
· Boleh didapati secara percuma dengan memuat turun di Google Play dengan carian MyZakat.

Ejen Kutipan Zakat
· Perbankan internet (15 bank)
· E-wallet 
· Boost
· Shopee
· GoPayz

Selain itu, PPZ-MAIWP turut mengadakan program-program yang menarik sepanjang 10 terakhir Ramadan ini antaranya Kempen Bayar Zakat Harta di Portal PPZ-MAIWP, Kempen fitrah.zakat.com.my dan Kempen Gamers Bayar Zakat. Pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada pembayar-pembayar bertuah yang menunaikan zakat harta dan fitrah secara dalam talian seperti e-baucar Foodpanda bernilai RM25 serta barangan permainan interaktif tajaan Todak. 

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman menggalakkan orang ramai untuk menunaikan zakat harta dan fitrah secara dalam talian bagi mengelakkan sebarang kontak rapat Covid-19.

“Marilah kita bersama-sama melakukan kebaikan bagi mengejar keberkatan 10 terakhir Ramadan ini dengan berzakat. Pembayaran zakat kini lebih mudah dilakukan di mana saja kita berada. Jangan jadikan kekangan SOP sebagai alasan untuk kita culas dalam menunaikan kewajipan berzakat”, katanya.

Semoga wabak penyakit Covid-19 ini diangkat oleh Allah SWT agar kita dapat jalani kehidupan seperrti biasa.

”PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT”

Latar Belakang PPZ-MAIWP
Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) adalah sebuah agensi yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip zakat harta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. PPZ-MAIWP telah merevolusikan institusi zakat dengan memperkenalkan sistem kutipan zakat melalui institusi yang berciri korporat di negara Malaysia. Sejak penubuhan, PPZ-MAIWP telah berusaha menambah baik operasi dan perkhidmatan untuk meningkatkan kemudahan umat Islam dalam melaksanakan kefardhuan berzakat. Setakat ini PPZ-MAIWP telah menyediakan 9 saluran bayaran zakat bagi memberi pilihan dan kemudahan kepada umat Islam.  Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zakat.com.my

SUMBER: Pusat Pungutan Zakat – MAIWP

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Norazlina Nordin
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel: 019 – 728 3839

Nama:Fatin Aqilah Zulkefli
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel: 017 - 393 5432

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.