ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  EKSPO PENGGUNA ANTARABANGSA CHINA MEMBAWA BERSAMA PRODUK-PRODUK TERUNGGUL DI DUNIA

Tuesday 11/05/2021

AsiaNet 89432

  Table

Kapsyen: Peserta mengambil gambar Maskot CICPE “Yuanxiao” di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Hainan, Haikou

 
HAIKOU, China, 11 Mei, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China pertama (CICPE) yang sedang berlangsung, yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Perdagangan dan Kerajaan Wilayah Hainan, telah membawa bersama produk-produk terkemuka di dunia, dengan menarik perhatian seluruh dunia.

Ekspo empat hari itu, yang terbesar seumpamanya di rantau Asia Pasifik, meliputi sebuah kawasan pameran seluas 80,000 meter persegi dan telah menarik hampir 1,500 pempamer domestik dan luar negara dari kira-kira 70 buah negara dan wilayah, menurut Biro Pembangunan Ekonomi Antarabangsa Hainan.

Barang pamer yang membuat penampilan mereka yang menarik dan terserlah dan kemunculan sulung pada Ekspo itu termasuk telur Faberge, atau Telur Perayaan Seratus Tahun, yang merupakan buatan tangan dalam emas 18K, yang beratnya sehingga 10 kilogram; sebuah berlian hitam 57-sisi dengan nilai sebanyak 250 juta yuan; Lamborghini mewah dengan edisi terhad di dunia bagi dua unit dengan harga puluhan juta yuan setiap satu, telah menarik pengunjung yang melihat dengan penuh minat.
 
Ketika pandemik global masih merebak, pihak berkuasa Hainan telah mengambil langkah-langkah tegas bagi pencegahan dan kawalan wabak dan perkhidmatan logistik sokongan untuk memastikan keselamatan acara itu.

Barang pamer yang memasuki Hainan melalui udara atau laut dari luar negara telah melalui proses pembasmian kuman, dan pasukan-pasukan bagi pencegahan dan kawalan wabak dan keselamatan perubatan secara khusus ditempatkan di dewan-dewan pameran dan hotel-hotel yang berkaitan, menurut Han Shengjian, pengarah bagi Biro Pembangunan Ekonomi Antarabangsa Hainan.

Pengumpulan bagi produk-produk global dengan kualiti terbaik di Haikou itu telah menyediakan  peluang perdagangan bagi kedua-dua negara asing untuk memasuki pasaran China, tetapi juga bagi China dan negara lain untuk menjual produk pengguna mereka di seluruh dunia. Peserta luar negara berharap dapat memanfaatkan peluang yang diberikan oleh Ekspo itu untuk mengembangkan perniagaan mereka di pasaran pengguna China.

Sebagai tuan rumah bagi CICPE, Hainan adalah satu hentian penting di “Laluan Sutera Maritim” purba dan telah menjalin hubungan perdagangan yang erat dengan seluruh dunia. Wilayah pulau itu telah mempercepatkan pembinaan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan dan pusat penggunaan pelancongan antarabangsa sejak pengumuman bagi rancangan induk mengenai perkara ini pada 1 Jun 2020, dengan penuh semangat mewujudkan sebuah persekitaran perniagaan yang ideal dan menarik lebih banyak jenama antarabangsa untuk menetap.

Sumber: Biro Pembangunan Ekonomi Antarabangsa Hainan

Pautan Lampiran Imej:
 
Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=390915
 
Kapsyen: Peserta mengambil gambar Maskot CICPE “Yuanxiao” di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Hainan, Haikou

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.