Kini, penaja farmaseutikal, bioteknologi dan penaja penyelidikan lain boleh menghubungkan kajian klinikal mereka dengan data longitudinal dunia nyata – lantas mempercepatkan pembangunan ubat, sejajar dengan Akta Cures Abad ke-21.RALEIGH, N.C., 17 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, PRA Health Sciences, Inc. (NASDAQ: PRAH) mengumumkan penyelesaian tokenisasi inovatif menggunakan Synoma
®, iaitu teknologi proprietari PRA yang membolehkan penjanaan bukti dipertingkat untuk pembangunan ubat. Penyelesaian PRA memungkinkan penyambungan data percubaan klinikal dan set data sekunder dengan mengutamakan privasi. Kini, tiga syarikat farmaseutikal yang besar bersama-sama beberapa syarikat farmaseutikal dan bioteknologi lain yang terdiri daripada semua saiz, menggunakan Synoma untuk memautkan data dan membuat analisis merentasi portfolio pembangunan ubat mereka.
“Segala jenis data tersedia secara meluas daripada puluhan sumber. Walau bagaimanapun, yang tiada ialah keupayaan untuk menyambungkan data percubaan klinikal pada maklumat dalaman daripada data dunia nyata – membolehkan penyelidik memahami perkara yang berlaku di luar dan selepas kajian dengan cara yang melindungi privasi,” kata Kent Thoelke, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Saintifik, PRA Health Sciences. “Pentokenan dan pemautan ialah pendekatan yang boleh digunakan oleh para penyelidik untuk melihat maklumat dalaman yang paling hebat terhadap keselamatan dan keberkesanan ubat dari masa ke masa.”
PRA boleh bekerjasama dengan pelbagai token kepada pelbagai sumber maklumat – memungkinkannya untuk menggabungkan set data dunia sebenar yang lebih meluas dan merevolusikan penjanaan bukti dan maklumat dalaman yang dibayangkan oleh Akta Cures Abad ke-21.
“Tokenisasi bagi set data pesakit yang bersifat silo akan menjadi pengubah keadaan untuk penyelidik klinikal dan pembangun ubat,” kata Jane Quigley, Naib Presiden Kanan, Kesihatan Digital, PRA Health Sciences. “Melalui pemerolehan Symphony Health dan kerjasama dengan sumber data yang lain, kami membolehkan saintis dan pasukan penyelidikan untuk menilai set data yang lebih meluas dengan lebih pintar untuk memaklumkan protokol percubaan klinikal, memanfaatkan data dunia sebenar sebagai e-Sumber, menjalankan kebolehlaksanaan lanjutan, mempercepatkan pendaftaran dan akhirnya, membawa terapi yang baharu dan berbeza ke pasaran dengan lebih cepat.”
Hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Synoma dapat digunakan dalam kajian klinikal.
Perihal PRA Health SciencesPRA Health Sciences merupakan salah sebuah organisasi penyelidikan kontrak global utama melalui pendapatan, menyediakan pembangunan klinikal yang disumber luar dan perkhidmatan penyelesaian data kepada industri bioteknologi dan farmaseutikal. Platform pembangunan klinikal global PRA merangkumi lebih daripada 75 pejabat merentas Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika, Australia dan Timur Tengah dan memiliki lebih 19,000 pekerja di seluruh dunia. Sejak tahun 2000, PRA telah mengambil bahagian dalam kira-kira 4,000 percubaan klinikal di seluruh dunia. Selain itu, PRA mengambil bahagian dalam percubaan penting atau sokongan yang berjaya memperoleh kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan A.S. atau pengawal selia antarabangsa untuk lebih 95 ubat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRA, sila lawati
www.prahs.com.
PERTANYAAN PELABUR:
InvestorRelations@prahs.comPERTANYAAN MEDIA: Laurie Hurst, Pengarah Kanan, Komunikasi dan Perhubungan Awam
hurstlaurie@prahs.com | +1 (919) 786-8435
SUMBER: PRA Health Sciences, Inc.--BERNAMA