ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  XPOP ​​MENERAPKAN TEKNOLOGI NFT TERKINI KE DALAM BIDANG HIBURAN GLOBAL - BERMULA DENGAN KANDUNGAN K-POP

Wednesday 19/05/2021



Table

XPOP, sebuah syarikat teknologi blok rantai NFT yang membuat pengkhususan di dalam menggunakan perkhidmatan kandungan, mengumumkan pelancaran sebuah tempat pasaran NFT yang baharu di Asia Tenggara, sebuah pasaran dengan peminat tegar K-POP yang kukuh. Pembinaan Pasukan Projek XPOP tempat pasaran NFT yang baharu itu akan membawa sebuah hasil yang berinovatif kepada pasaran hiburan dan industri kandungan digital mereka. Pelbagai pemain kandungan boleh melakukan urus niaga pada kontrak pintar bagi blok rantai XPOP. Setakat ini XPOP telah mencapai satu perjanjian dengan lebih 200 pasukan artis K-POP untuk pendaftaran kandungan yang jarang ditemui di Tempat pasaran XPOP NFT. (Grafik: Business Wire)


SEOUL, Korea Selatan, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- XPOP ​​mengumumkan pelancaran sebuah tempat pasaran NFT yang baharu di Asia Tenggara, sebuah pasaran dengan peminat tegar K-POP yang kukuh, pada akhir Jun 2021.

Terdiri daripada pengajar Korea dalam teknologi blok rantai dan sektor perniagaan hiburan, XPOP adalah sebuah syarikat teknologi blok rantai NFT yang membuat pengkhususan di dalam menggunakan perkhidmatan kandungan yang baharu sahaja menjadi tumpuan utama.

Pembinaan Pasukan Projek XPOP tempat pasaran NFT yang baharu itu akan membawa sebuah hasil yang berinovatif kepada pasaran hiburan dan industri kandungan digital mereka. Pelbagai pemain kandungan boleh melakukan urus niaga pada kontrak pintar bagi blok rantai XPOP setiap kali mereka memperdagangkan kandungan mereka sendiri yang terlibat dengan mereka.

Setakat ini XPOP telah mencapai satu perjanjian dengan lebih 200 pasukan artis K-POP untuk pendaftaran kandungan yang jarang ditemui di Tempat pasaran XPOP NFT.

Banyak syarikat pelaburan dan pelabur perseorangan di Asia Tenggara sangat tertarik kepada Projek XPOP dan sekarang mereka mengharapkan penjualan NFT yang cukup besar dalam satu jangka masa pendek dan Pulangan Pelaburan (ROI) yang paling tinggi memandangkan kandungan K-POP yang dicetak dengan blok rantai XPOP telah disiapkan dan hasil daripada Tempat pasaran XPOP NFT yang terbuka luas akan membawa tahap penyelesaian yang lebih tinggi.

Tempat pasaran XPOP ​​NFT memberi tumpuan kepada menyokong sumber muzik untuk membantu di dalam pertumbuhan artis K-POP. Ia juga menyokong kesesuaian dan pengedaran pantas bagi komik web, permainan, karya seni, lesen, dan pemilikan IP, yang secara relatif adalah lebih mudah untuk dikembangkan untuk menjadi produk digital, di pasaran global melalui rangkaian blok rantai. Ini adalah satu platform hiburan yang berinovatif di mana pencipta kandungan, pemain industri kandungan, dan pengguna berhubungan dan berdagang di antara satu sama lain.

Pengasas bagi XPOP berkata, “Kandungan digital diedarkan di dalam pelbagai bentuk. Menurut pertumbuhan pesat bagi pasaran kandungan digital global, seperti YouTube dan Facebook, sumber muzik, video, komik web, karya kreatif yang lain dan kandungan pendidikan diedarkan dan dimiliki merentasi sempadan, secara semula jadi mewujudkan nilai. Dalam keadaan seperti ini, tempat pasaran NFT telah menjadi trend utama sekarang. Di tempat pasaran ini, sesiapa sahaja boleh menghasil dan mempromosikan karya kreatif, dan secara langsung mendagangkan kandungan itu di antara satu sama lain. Pengguna kandungan digital, sebagai seorang anggota bagi ekosistem kandungan keseluruhan, boleh juga mewujudkan nilai dan pada masa yang sama memperolehi ganjaran bagi mereka.”

XPOP ​​berjaya melaksanakan pembangunan projek itu dengan bekerjasama dengan penyedia kandungan K-POP dan platform perkhidmatan K-POP. Kumpulan-kumpulan modal teroka global yang hanya melabur di dalam projek blok rantai yang mempunyai masa depan yang cerah mengambil bahagian besar di dalam pelaburan awal untuk Projek XPOP, oleh itu pelbagai jenis pelabur sedang memberi perhatian yang teliti kepada token XPOP yang disenaraikan dan penyenaraian selanjutnya pada perkhidmatan bursa kripto utama.

Disenaraikan pada masa ini di Bursa Melon (melonex.io), Yayasan XPOP sedang bertemu dengan pelbagai pelabur di dalam kumpulan kewangan domestik dan antarabangsa sekarang. Juga, pada masa yang sama, XPOP sedang berinteraksi dengan pemegang token umum manakala XPOP terus disenaraikan pada perkhidmatan bursa kripto secara berterusan.

Butiran mengenai perkongsian dan pengaktifan pemasaran bagi Projek XPOP boleh didapati di saluran Telegram rasmi XPOP: t.me/xpopblockchain.

Galeri Foto/Multimedia Tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52429731/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungi
Yayasan XPOP
James Choi
Pentadbiran
xpop@xpop.io

Sumber : Yayasan XPOP

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.