|
|
Disember 17, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
KAJIAN BEBAS MENUNJUKKAN PENYELESAIAN TRAFIK LIVERAMP YANG DISAHKAN MENDORONG LEBIH DARIPADA 340% PULANGAN PELABURAN BAGI PEMASAR
Thursday 20/05/2021
Penerapan Global bagi ATS Mengukuhkan Kedudukannya sebagai Penyelesaian Pasca Kuki Terunggul di dalam Ekosistem, Melebihi 400 Penerbit dan 70 Platform
SAN FRANCISCO, 20 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- LiveRamp® (NYSE: RAMP) platform penyambungan data terkemuka, hari ini mengumumkan Penyelesaian Trafik yang Disahkan (ATS) mereka telah digunakan oleh ratusan penerbit, jenama dan platform merentasi seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Itali, Sepanyol, Jerman, Australia dan Jepun. Lebih daripada 70 platform permintaan dan penawaran dan lebih daripada 400 penerbit, termasuk 70% bagi Comscore 20 dan 65% bagi Comscore 50, telah menggunakan ATS untuk menawarkan kepada pemasar dengan satu cara yang lebih efisien untuk menjangkau pelanggan mereka dan mengukur hasil kempen tanpa kuki pihak ketiga atau pengecam peranti.
“Industri digital sedang menjalani perubahan besar dengan berakhirnya kuki pihak ketiga dan pengecam peranti mudah alih. Kami bertekad untuk mewujudkan infrastruktur yang neutral dan saling kendali untuk era baharu ini, dan penggunaan ATS yang luar biasa di seluruh dunia membuktikan bahawa kami telah melakukannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif LiveRamp, Scott Howe. “Dalam bahasa mudah, ATS menempatkan penerbit dan pemasar untuk mengendalikan data mereka sendiri. Ini menjanakan hasil yang lebih baik bagi pemasar, kadar hasil yang lebih tinggi bagi penerbit dan menyediakan peluang bagi ketelusan yang lebih baik. Lebih 100 jenama menggunakan ATS, termasuk pelanggan melalui perkongsian agensi, dan kami menjangkakan jumlah ini akan hanya bertambah.”
Penerbit
Penerbit sedang memanfaatkan ATS bagi membolehkan inventori berasaskan orang dan meningkatkan pengewangan, termasuk Microsoft Advertising, penerbit kedua terbesar di dunia, yang telah menyaksikan peningkatan yang lebih besar daripada 40% di dalam CPM pada impresi yang disahkan. Kelebaran bagi penggunaan ATS di seluruh dunia menunjukkan bahawa pelbagai penerbit melihat penyelesaian LiveRamp sebagai bukan hanya berdaya maju bagi perniagaan mereka, tetapi adalah penting di dalam melayani audiens mereka yang unik dan pelbagai. Penerbit lain yang terkenal yang telah menggunakan ATS termasuk: Realtor.com, CafeMedia, Tubi, dan The McClatchy Company di Amerika Syarikat; Dennis Publishing, eBay Classifieds Group UK, dan IDG di United Kingdom; Burda Community Network di Jerman; dan Cricket Australia, penerbit dalam aplikasi pertama yang telah menandatangani, antara banyak yang lain.
- “Penonton TV kini bersepadu dengan baiknya ke dalam persekitaran penstriman, yang berpecah-pecah merentasi pelbagai platform peranti untuk pengiklan. Ini membuat cabaran pemasar untuk menjangkau dan mengukur satu sasaran audiens pelbagai dimensi, dan mempunyai satu pengecam berdasarkan orang adalah penting untuk memastikan bahawa kempen pengiklanan kekal relevan di semua saluran dan peranti,” kata Mark Rotblat, Ketua Pegawai Hasil di Tubi. “LiveRamp membantu membolehkan pengesahan perhubungan pihak pertama dengan penonton kami agar kami dapat terus menyampaikan pengalaman yang memberikan kesan, pada skala.”
- “Dengan menjadi pengguna awal bagi penyelesaian ATS LiveRamp di Eropah telah hanya memperkukuhkan perhubungan kami dengan rakan penerbit kami yang dihargai,” kata Mandy Schwab, Pengarah Digital Media di Burda Community Network (BCN). “Sejak mengintegrasikan penyelesaian ATS LiveRamp satu tahun yang lalu, kami telah membolehkan jenama-jenama media membuka dengan jayanya peluang untuk mengewangkan inventori media dengan lebih baik melalui identiti berdasarkan orang yang mementingkan privasi.”
- “Bersama dengan LiveRamp, kami meletakkan kembali kuasa di tangan penerbit,” kata Paul Bannister, Ketua Pegawai Keselamatan bagi CafeMedia. “Kami membolehkan ribuan jenama media kami untuk meningkatkan pendapatan dengan mengaktifkan data pihak pertama dalam satu cara yang selamat dan berpusatkan kepada privasi, tanpa perlu bimbang tentang kebocoran data, terutama kerana teknologi kawalan data penerbit LiveRamp yang mantap. Kami sudahpun melihat audiens yang disahkan menjanakan kadar hasil yang jauh lebih tinggi daripada ketika menggunakan kuki pihak ketiga.”
Jenama
Satu kajian Impak Ekonomi Total™ (TEI) yang baharu oleh Forrester Consulting, yang ditugaskan oleh LiveRamp, mendapati pengiklan yang menggunakan ATS LiveRamp dapat mencapai ROI 343% dalam tempoh tiga tahun dengan pembayaran balik dalam tempoh hanya enam bulan daripada pelaburan awal.
Di seluruh dunia, lebih 100 jenama merentasi garis tegak telah mengiktiraf betapa mendesaknya untuk mencari satu alternatif kepada pengecaman data, menggunakan ATS sebagai satu penyelesaian yang tahan lama dan bernilai untuk pengaktifan, pengukuran dan pembahagian yang lancar merentasi paparan, dalam aplikasi mudah alih, TV bersambung dan OTT. Berbanding dengan kempen yang menggunakan kuki pihak ketiga, pemasar melihat peningkatan yang ketara dengan LiveRamp, termasuk:- Peningkatan 403% di dalam tempahan perjalanan bagi sebuah rantaian hotel antarabangsa terkemuka
- 85 - 95% Kadar Penyelesaian Video (VCR) bagi sebuah syarikat kesihatan sosial terkemuka yang tidak mencari keuntungan
- 84.3% kenaikan purata dalam ROAS terjamin daripada pelbagai jenama sepanjang tahun lalu
Dengan membolehkan beratus-ratus kempen pengiklanan jenama pada suku pertama tahun 2021 sahaja, ATS memberikan kuasa kepada satu pendekatan berasaskan orang untuk berhubung dengan audiens di semua saluran, bagi menjadikan interaksi pengguna relevan, tersambungkan dan boleh diukur. Memandangkan jenama dan agensi mereka berpangsi dengan cepat sepanjang tahun lalu, mereka telah beralih kepada LiveRamp bagi mengaktifkan segmen di dalam platform teknologi dan penerbit untuk menjangkau manusia sebenar — dan bukannya kuki atau ID peranti.- “Malah sebelum penyesuaian fasa bagi kuki pihak ketiga, kami telah menggunakan pengecam alternatif untuk menyampaikan pemasaran yang lebih relevan dan meningkatkan hasil pemasaran, terutama dalam kempen video dalam talian memandangkan pengguna meningkatkan masa yang dihabiskan dengan video,” kata Manuel Cimarosti, Pengarah bagi Media Analitik & Strategi Data di Danone. “Pada ujian pertama sahaja, ATS telah menyampaikan satu peningkatan 4% di dalam kadar penyiapan video di atas metrik kos 40% lebih efisien jika dibandingkan dengan kuki. Hasil ini adalah sungguh bernilai ketika kami terus mengembangkan perhubungan pihak pertama kami dengan pengguna merentasi lebih banyak titik sentuh, dan melabur semula simpanan untuk meningkatkan jangkauan kami.”
- “Industri kita telah tiba pada satu persimpangan jalan di mana kita boleh bergerak ke hadapan dengan satu pendekatan yang telus, yang mengutamakan privasi kepada pengesahan pengguna, atau mengambil risiko melakukan kesalahan yang sama seperti yang kita lihat dengan kuki,” kata Liane Nadeu, Naib Presiden Kanan dan ketua bagi media ketepatan dan pelaburan di Digitas Amerika Utara. “Nasihat kami kepada pelanggan adalah untuk memanfaatkan masa yang ada sebelum kuki pihak ketiga meninggalkan ekosistem itu, dan menguji dan melabur di dalam penyelesaian yang disahkan yang akan mengekalkan kepercayaan pengguna untuk bergerak ke hadapan.”
Platform
Memperoleh sokongan platform yang meluas sejak kemasukannya ke tempat pasaran, pengecam ini disiarkan secara langsung dengan semua platform sebelah penawaran global utama, termasuk Index Exchange, Magnite, OpenX, PubMatic, dan yang terbaharu, Xandr. ATS juga disiarkan secara langsung di semua platform sebelah permintaan yang utama, seperti Amobee, Beeswax, Criteo, MediaMath, Roku dan The Trade Desk.
“ATS direka untuk dapat bertahan lama, menyedari mengenai peraturan privasi masa depan dan memastikan pengguna ditawarkan dengan satu pertukaran nilai,” kata Travis Clinger, Naib Presiden Kanan LiveRamp bagi ketersambungan dan ekosistem. “Tidak dapat dipertikaikan bahawa pengesahan dapat diterjemahkan ke dalam inventori yang bernilai lebih tinggi dan prestasi yang lebih baik. Mereka yang menggunakan satu strategi pengesahan sekarang akan memperoleh kelebihan daya saing yang signifikan di dalam menggantikan ID mudah alih, kuki dan pengecam bermasalah yang lain yang tidak mengutamakan privasi pengguna.”
Maklumat lanjut mengenai ATS boleh diperolehi di liveramp.com/authenticated-traffic-solution.
Maklumat mengenai LiveRamp
LiveRamp adalah platform penyambungan data terkemuka bagi penggunaan data yang selamat dan berkesan. Dikuasakan oleh keupayaan resolusi identiti teras dan satu rangkaian yang tiada tandingannya, LiveRamp membolehkan syarikat-syarikat dan rakan mereka untuk berhubung, mengawal, dan mengaktifkan data dengan lebih baik bagi mengubah pengalaman pelanggan dan menjanakan hasil perniagaan yang lebih bernilai. Infrastruktur LiveRamp yang saling boleh dikendalikan dan neutral sepenuhnya menyampaikan ketersambungan dari hujung ke hujung bagi jenama, agensi, dan penerbit terkemuka di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.LiveRamp.com.
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20210519005270/en/
Hubungi Michelle Millsap bagi pihak LiveRamp liveramp@havasformula.com 619-857-2384
Sumber : LiveRamp
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA |
|
|
|
|
|