ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PELANCARAN BUKU FIQH DAN ARAHAN PERUBATAN AWAL

Thursday 20/05/2021



Table

Dr Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh, Penulis buku Fiqh dan Arahan Perubatan Awal


KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah melancarkan buku Fiqh dan Arahan Perubatan Awal secara dalam talian (online) menerusi Radio IKIM dan TV IKIM oleh YABhg. Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Pengerusi, IKIM pada 20 Mei 2021 jam 9.30 pagi.

Buku Fiqh dan Arahan Perubatan Awal merupakan hasil penerbitan daripada penyelidikan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama kepakaran akademik dari beberapa buah universiti seperti Universiti Malaya dan Universiti Teknologi MARA. Penyelidikan yang membawa kepada penerbitan buku ini dijalankan bagi memperhalusi kerangka kefahaman islami terhadap Arahan Perubatan Awal.

Arahan Perubatan Awal atau Advance Medical Directive (AMD) merupakan arahan bertulis oleh seorang pesakit untuk dikuatkuasakan pada waktu pesakit hilang keupayaan kognitif untuk membuat keputusan. Perkara ini masih baharu di Malaysia walaupun telah banyak diguna pakai di negara-negara maju.

Arahan Perubatan Awal merangkumi bentuk penjagaan yang diingini atau pelantikan wakil untuk membuat keputusan bagi pihak pesakit. Dalam konteks penjagaan akhir hayat, Arahan Perubatan Awal merupakan dokumen rujukan yang penting buat pihak hospital dan waris pesakit terutamanya apabila hendak menentukan takat pemberian terapi bantuan hayat.

Buku Fiqh dan Arahan Perubatan Awal ini dihasilkan bagi mengupas perspektif fiqh Islam terhadap kebolehlaksanaan Arahan Perubatan Awal. Kupasan dilakukan dengan memperhalusi tiga isu utama Arahan Perubatan Awal, iaitu batasan autonomi pesakit dalam membuat arahan, keupayaan kognitif pesakit semasa membuat arahan, dan susunan kelayakan wakil pesakit dalam membuat keputusan bagi pihak pesakit.

Unit Perhubungan Korporat
20 Mei 2021

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Zarita Bt Kasim     
Tel: 017 - 366 1496
E-mel: zarita@ikim.gov.my

Nama: Pn. Suzanahwati Sanil
Tel: 013 - 228 8992
E-mel: suzana@ikim.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.