ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  PUTERI DAFFINA X: FASA TERAKHIR UNTUK DIMILIKI

Friday 21/05/2021



KOTA PUTERI, 21 Mei (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan melancarkan projek terbaharu di Kota Puteri secara atas talian bermula 22 Mei ini.

Menurut Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, En Faizal bin Dolah, projek yang dikenali sebagai Puteri Daffina X ini merupakan perumahan 14 unit rumah teres dua (2) tingkat dengan penawaran 8 Unit Tepi (Corner Lot) & 6 Unit Tengah berkeluasan dari 2,049 kps yang merangkumi empat bilik tidur dan tiga bilik air sesuai untuk memberikan keselesaan kepada seisi keluarga.

“Disebabkan Selangor masih di bawah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelancaran projek Puteri Daffina X akan dijalankan  secara atas talian sahaja dan bakal pembeli hanya perlu membuat panggilan ke talian PKNS X Line iaitu 03 5022 0188, melayari laman web di alamat www.pkns-property.com atau facebook PKNS Property untuk mendapatkan butiran lanjut berkaitan projek ini”, ujar beliau.

“Puteri Daffina X merupakan Fasa keempat dan terakhir bagi projek pembangunan Puteri Daffina yang secara keseluruhannya menawarkan lebih 230 unit. Fasa Pertama, Kedua dan Ketiga telah habis dijual dan telah diduduki oleh pembeli. Permintaan yang tinggi dari pembeli menjadikan Projek Puteri Daffina sebagai pilihan terbaik untuk didiami.”

Projek ini terletak di kawasan yang sangat strategik kerana ianya  dihubungkan melalui dua jalan utama iaitu Lebuhraya Guthrie dan Lebuhraya LATAR selain turut dikelilingi oleh pelbagai kemudahan awam seperti Sekolah di Ijok, Pusat Pengajian Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan balai polis.

“Kesemua unit di Puteri Daffina X telah sedia untuk diduduki serta telah memperoleh sijil layak menduduki pada April 2021 dan akan dijual dengan harga serendah RM503,000 sehingga RM684,000 seunit. PKNS turut menawarkan diskaun sepuluh peratus (10%) kepada pelanggan PKNS kali pertama dan diskaun 12% kepada pelanggan PKNS sedia ada di samping yuran guaman SPA dan duti setem MOT percuma untuk semua pembeli.”, tambahnya lagi.

Puteri Daffina X yang terletak di Perbandaran Kota Puteri, mukim Rawang, Gombak ini sesuai bagi mereka yang mahukan kediaman yang luas dan selesa untuk seisi keluarga selain terletak di lokasi yang strategik.

Projek ini merupakan kediaman yang sesuai bagi mereka yang mengiimpikan kehidupan lestari dan damai dengan kehidupan alam menghijau.

Mengenai PKNS

PKNS ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964, sebagai agensi untuk pembangunan peringkat negeri melalui pembahagian dan pemacuan pertumbuhan sosio ekonomi di Selangor, bertujuan untuk menggalakkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial untuk mencapai visi negara. Sikap optimis ini direalisasikan melalui pembangunan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perindustrian, perniagaan dan pelaburan.

SUMBER: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: FAIZAL BIN DOLAH
PENGURUS KOMUNIKASI KORPORAT PKNS
Tel: 03-5525 0326 / 019-2928680
E-mel: faizal@pkns.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.