ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 10, 2024 -Jumaat

 
  JI'NAN AKAN MENGADAKAN ''SESI DIALOG BAGI 2021 UNTUK EKSEKUTIF DARI PERBADANAN MULTINASIONAL (JI'NAN) & PERSIDANGAN PERTUKARAN INOVASI DAN PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN CHINA-JEPUN"

Monday 24/05/2021

AsiaNet 89661

Table

Ji'nan adalah sebuah bandar raya yang terkenal di dunia dengan mata air dan gambar ini dirakamkan di Baotu Spring, satu daripada tiga tarikan utama di Ji'nan.


JI'NAN, China, 24 Mei, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

“Sesi Dialog bagi 2021 untuk Eksekutif dari Perbadanan Multinasional (Ji'nan) & Persidangan Pertukaran Inovasi dan Pembangunan Perindustrian China-Jepun” akan diadakan di Ji'nan, ibu negeri bagi Wilayah Shandong, dari 27 hingga 28 Mei.

Shandong adalah merupakan satu daripada wilayah di China yang paling hampir berkait rapat dengan Jepun dari segi ekonomi dan perdagangan. Di China, ia berada pada kedudukan kedua dari segi jumlah penduduk dan ketiga dari segi ekonomi. Sebagai ibu negerinya, Ji'nan adalah pusat bagi politik, ekonomi, kebudayaan, teknologi, pendidikan, dan kewangan bagi Wilayah Shandong.

Menurut Biro Penggalakan Pelaburan Ji'nan, acara ini akan dianjurkan bersama oleh Kerajaan Rakyat Ji'nan, Agensi Penggalakan Pelaburan di Kementerian Perdagangan, dan Jabatan Perdagangan bagi Wilayah Shandong. Acara itu bertujuan untuk memudahkan pertukaran dan kerjasama yang berfikiran praktikal dengan perbadanan-perbadanan multinasional Jepun, syarikat-syarikat terkenal, dan organisasi perniagaan antarabangsa di dalam bidang seperti kesihatan, perlindungan alam sekitar dan pengurangan pelepasan karbon, pembuatan pintar, dan ekonomi digital.

Semasa acara itu berlangsung, penganjur akan mengadakan 4 (“1 campur 3”) aktiviti utama. “1” mewakili satu aktiviti bertema yang bertujuan untuk mengiklankan peluang-peluang baharu bagi kerjasama di antara Ji'nan dan Jepun kepada peserta. Syarikat-syarikat Fortune 500, perbadanan multinasional terkenal, dan pemimpin-pemimpin industri dari Jepun seperti Sumitomo, Marubeni, Sojitz, Panasonic, Fuji, Canon, dan Mitsubishi, organisasi antarabangsa dan persatuan-persatuan perniagaan seperti Japan Management Association dan China-Japan Digital General Chamber of Commerce akan menghadiri aktiviti tersebut.

Di tapak itu, akan diadakan upacara menandatangani bagi projek-projek penting dan upacara pembukaan bagi Pusat Inovasi & Pembangunan Perubatan China-Jepun di Ji'nan dan Kyoto. “3” melambangkan tiga aktiviti selari untuk merundingkan pertukaran dan kerjasama di antara syarikat-syarikat China dan Jepun di dalam bidang seperti kesihatan, perlindungan alam sekitar dan pengurangan pelepasan karbon, dan pembuatan digital. Semasa acara tersebut, syarikat-syarikat Jepun akan juga dijemput untuk melawat taman-taman industri utama.

Bermula tahun ini, Ji'nan merancang untuk mengadakan “Sesi Dialog untuk Eksekutif dari Perbadanan Multinasional (Ji'nan) & Persidangan Pertukaran Inovasi dan Pembangunan Perindustrian China-Jepun” secara berkala pada Khamis dan Jumaat pada minggu akhir bagi setiap Mei. Kami berharap untuk melihat semua sektor di Jepun untuk datang belajar dan melabur di Ji'nan agar dapat membuka ruang kerjasama yang lebih luas.

Orang yang boleh dihubungi: Wang Lina
Tel: +86 531-66601785, +86 531-66601787
e-mel: jntztg@163.com, jnstzcjjtztgc@jn.shandong.cn

SUMBER: Biro Penggalakan Pelaburan Ji'nan
 
Pautan Lampiran Imej:

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=391783

Kapsyen: “Sesi Dialog bagi 2021 untuk Eksekutif dari Perbadanan Multinasional (Ji'nan) & Persidangan Pertukaran Inovasi dan Pembangunan Perindustrian China-Jepun” akan diadakan di Ji'nan dari 27 hingga 28 Mei.

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=391792

Kapsyen: Ji'nan adalah sebuah bandar raya yang terkenal di dunia dengan mata air dan gambar ini dirakamkan di Baotu Spring, satu daripada tiga tarikan utama di Ji'nan.
 
Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=391794

Kapsyen: Ji'nan adalah sebuah bandar raya yang penuh dengan harapan dan peluang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.