ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  POWER INTEGRATIONS MEMPERKENALKAN IC ALAT SUIS FLYBACK INNOSWITCH4-CZ BAGI SEBUAH KELAS BAHARU UNTUK PERANTI PENGECASAN MUDAH ALIH

Tuesday 25/05/2021



Table

Power Integrations Memperkenalkan IC Alat Suis Flyback InnoSwitch4-CZ bagi sebuah Kelas Baharu bagi Peranti Pengecasan Mudah Alih (Foto: Business Wire)



Anker memilih pensuisan voltan sifar IC InnoSwitch4-CZ dengan teknologi PowiGaN bagi siri pengecas USB-C Nano II ultra-padat 30, 45 & 65 W yang baharu

SAN JOSE, Calif., 25 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Power Integrations (Nasdaq: POWI), peneraju di dalam litar bersepadu bervoltan tinggi untuk penukaran kuasa yang cekap tenaga, hari ini mengumumkan keluarga InnoSwitch™4-CZ bagi IC alat suis flyback atau kembalinya bintik imbasan dalam sebuah tiub sinar katod ke titik permulaan bagi pensuisan voltan sifar (ZVS), berfrekuensi tinggi. Peranti InnoSwitch4-CZ menggabungkan sebuah suis utama 750 V yang kuat menggunakan teknologi PowiGaN™ Power Integrations dan sebuah alat kawalan flyback pengapit aktif berfrekuensi tinggi baharu untuk memudahkan sebuah kelas baharu bagi pengecas ultra padat yang sesuai untuk telefon, tablet, dan komputer riba. Peranti pengguna pertama itu yang didasarkan kepada peranti InnoSwitch4-CZ telah diperkenalkan pada awal hari ini oleh Anker, pakar pengecasan global bagi peranti mudah alih, melalui satu acara YouTube Live yang boleh diakses di sini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210524005265/en/

 
Balu Balakrishnan, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Power Integrations berkata: “Pengenalan bagi keluarga IC InnoSwitch4-CZ itu menandakan satu peristiwa penting yang signifikan bagi teknologi GaN. Suis PowiGaN, bersama dengan penyelesaian pengapit aktif kami – ClampZero™, membolehkan sebuah reka bentuk yang sangat cekap dan sebuah faktor bentuk yang sangat padat. Kami amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan pasukan Anker untuk membawa kelas baharu bagi pengecas mudah alih ini ke pasaran.”

Steven Yang, Ketua Pegawai Eksekutif di Anker menambah: “Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Power Integrations sebagai rakan pelancaran mereka yang eksklusif bagi cipset InnoSwitch4 mereka. InnoSwitch4-CZ adalah satu pilihan yang tepat untuk siri Nano II baharu dari Anker bagi pengecas USB-C. Tahapnya yang luar biasa bagi integrasi dan kecekapan adalah kunci kepada reka bentuk yang sangat padat bagi siri Nano II itu.”

Nota kepada editor: Saksikan satu video pendek mengenai InnoSwitch4-CZ itu di sini.

Keluarga InnoSwitch4-CZ itu menggabungkan suis 750 V, alat kawalan utama dan sekunder, antara muka ClampZero, pembetulan segerak, dan maklumat balas dinilai keselamatan dalam satu pakej tunggal InSOP-24D yang padat. Satu frekuensi pensuisan keadaan tetap sehingga 140 kHz meminimumkan saiz transformer, meningkatkan lagi ketumpatan kuasa. Berbeza dengan pendekatan flyback pengapit aktif yang lebih lama, gabungan InnoSwitch4-CZ dan ClampZero menyediakan kecekapan sehingga 95% dan mengekalkan kecekapan yang sangat tinggi merentasi variasi dalam voltan talian, beban sistem dan voltan output. Ini dicapai dengan kawalan asimetri frekuensi boleh berubah bagi pengapit aktif dengan pensuisan voltan sifar pintar, yang membolehkan kedua-dua mod pengoperasian tak berterusan dan berterusan, sekali gus meningkatkan fleksibiliti reka bentuk dan memaksimumkan kecekapan merentasi keseluruhan operasi. IC alat suis flyback baharu itu membolehkan ketepatan CV/CC yang luar biasa, tidak bergantung kepada komponen luaran, dan menggunakan kurang daripada 30 mW tanpa beban termasuk ciri-ciri keselamatan dan perlindungan penderiaan garisan.
 
Menyasarkan penyesuai USB PD yang padat dengan kecekapan tinggi, reka bentuk flyback berkepadatan tinggi sehingga 110 W dan bekalan kuasa CV/CC berkecekapan tinggi, IC InnoSwitch4-CZ menyediakan voltan output yang boleh berubah dan profil arus tetap. Peranti dilindungi sepenuhnya yang menampilkan tindak balas mula balik secara automatik atau kesilapan selakan untuk perlindungan output voltan berlebihan dan voltan rendah, ambang kesilapan voltan rendah output berganda dan selakan atau perlindungan lebihan suhu utama histeretik.

Ketersediaan & Sumber

Satu video gambaran keseluruhan teknikal bagi peranti InnoSwitch4-CZ dan ClampZero boleh didapati di sini. IC InnoSwitch4-CZ baharu itu berharga $3.85 bagi setiap unit dalam kuantiti 10,000 unit. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi wakil jualan Power Integrations.

Maklumat mengenai Power Integrations

Power Integrations, Inc. adalah sebuah inovator yang terkemuka di dalam teknologi semikonduktor bagi penukaran kuasa bervoltan tinggi. Produk syarikat itu adalah asas blok binaan di dalam ekosistem kuasa bersih, yang membolehkan penjanaan bagi tenaga yang boleh diperbaharui serta penghantaran dan penggunaan kuasa secara cekap di dalam aplikasi yang merangkumi dari milliwatt sehingga megawatt. Untuk maklumat lanjut sila layari www.power.com.

Power Integrations, InnoSwitch, PowiGaN, ClampZero, dan logo Power Integrations adalah merupakan tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar bagi Power Integrations, Inc. Semua tanda perniagaan lain adalah merupakan hak milik bagi pemilik mereka masing-masing.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210524005265/en/

Hubungi

Hubungan Media
Diane Vanasse
Power Integrations
(408) 242-0027
diane.vanasse@power.com

Hubungan Agensi Media
Nick Foot
BWW Communications
+44-1491-636 393
nick.foot@bwwcomms.com

Sumber : Power Integrations, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.