ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  CLINICAL RESEARCH MALAYSIA MENCAPAI OBJEKTIF PEMBENTUKANNYA SEJURUS MENGUKUHKAN LANDSKAP KAJIAN KLINIKAL DITAJA DI MALAYSIA

Monday 31/05/2021



KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Clinical Research Malaysia (CRM), sebuah organisasi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berjaya mencapai objektif pembentukannya, seperti yang dilaporkan dalam Laporan Tahunan CRM 2020 yang dilancarkan tengah hari ini oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato’ Sri Dr Adham Baba dalam acara Facebook Live CRM.

Sebagai pengiktirafan di atas sumbangan dan pencapaian mereka dalam kajian klinikal yang ditaja, Clinical Research Malaysia juga mengumumkan enam penerima anugerah CRM Sponsored Research 2021 dalam program ini yang dijalankan sempena Hari Kajian Klinikal sedunia. Doktor yang menerima anugerah tersebut termasuk Dr. Soo Hoo Hwoei Fen (Pakar Klinikal Onkologi) dari Hospital Pulau Pinang dan Profesor Madya Dr. Lim Soo Kun (Pakar Nefrologi) dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di atas pencapaian dalam patient recruitment dan penglibatan dalam bilangan kajian klinikal yang tertinggi. PPUM and Hospital Kuala Lumpur diberi pengiktirafan Clinical Trial Site of the Year kerana mencatatkan jumlah tertinggi dalam penyelidikan yang ditaja pada tahun 2020. Janssen (Pharmaceutical companies of Johnson & Johnson menerima anugerah Sponsor of the Year atas pencapaian nilai kajian klinikal kumulatif tertinggi pada tahun 2020, sementara IQVIA menerima anugerah CRO of the Year kerana mencatatkan bilangan kajian klinikal tertinggi pada tahun 2020.

Clinical Research Malaysia ditubuhkan pada tahun 2012 ketika penyelidikan klinikal dikenalpasti sebagai salah satu Entry Point Projects di bawah Healthcare National Key Economic Area dengan tujuan untuk mendorong lebih banyak penyelidikan yang ditaja ke negara ini. Pada akhir 2020, CRM telah berjaya mencapai kesemua objektif pembentukannya pada tahun 2020, dengan 1591 penyelidikan tajaan baru, lebih 2000 pekerjaan mahir baru dalam industri penyelidikan klinikal, dan menjana RM 608 juta Pendapatan Negara Kasar (PNK).

Sehingga kini, terdapat lebih 200 hospital dan pusat penjagaan kesihatan yang telah menjalankan penyelidikan ditaja, sejurus membolehkan akses untuk ubat kajian baru dan inovatif kepada peserta kajian. “Penglibatan dalam kajian klinikal memberi peluang untuk pesakit mendapat rawatan kajian terbaru yang tidak didapati dalam rawatan sedia ada,” kata Dr. Adham.

Dalam mengukuhkan ekosistem penyelidikan klinikal di negara ini, CRM juga dapat menyumbang secara tidak langsung kepada akses penjagaan kesihatan awam. Hasil penyelidikan klinikal yang dijalankan melalui kerjasama CRM dan KKM bersama Drug for Neglected Diseases Initiative (DNDi), telah menyumbang kepada rawatan baru dengan kos yang berpatutan untuk pesakit Hepatitis C, sekaligus menyokong usaha negara untuk membasmi penyakit ini pada tahun 2030. Sejak kemunculan pandemik Covid-19 pada tahun 2020, CRM telah juga terlibat dalam pelbagai perbincangan bersama syarikat-syarikat dan kementerian lain dalam mempromosikan kemampuan Malaysia sebagai lokasi kajian untuk kajian vaksin dan rawatan Covid-19, seperti kajian SOLADIRATY oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kajian vaksin Covid-19 pertama di Malaysia oleh Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences (IMBCAMS). CRM juga telah selesai membangunkan Phase 1 Realization Project (P1RP) yang bertujuan untuk membangunkan kemampuan fasa awal penyelidikan klinikal negara dan membolehkan akses kepada rawatan yang lebih inovatif untuk pesakit pada fasa awal dalam perkembangan ubat kajian. Hasil daripada pembangunan ini, kini Bahagian Regulatori Farmasi Negara dan Jawatankuasa Etika Penyelidikan & Perubatan telah meluluskan satu kajian hematologi First-in-Patient di Hospital Umum Sarawak.

CRM tetap teguh dalam memastikan kepantasan, kualiti, dan kebolehpercayaan dalam perkhidmatan yang ditawarkan. Organisasi ini telah diperakui oleh Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 sejak awal tahun 2019 dan telah melengkapkan tahun kedua pengawasan audit oleh SIRIM dengan kesinambungan sijil yang diiktiraf. Pada tahun 2019, laporan audit dari Jabatan Audit Negara telah mengiktiraf CRM dengan kecekapan dalam pengurusan penyelidikan klinikal. Pada tahun 2021, CRM menuju ke arah pensijilan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah ISO 37001:2016, dalam memantapkan komitment untuk menjadi organisasi pengurusan penyelidikan global yang dipercayai. Melangkah ke hadapan, CRM akan meneroka peluang perniagaan baru dalam home health nursing, pelupusan bahan kajian dan pengunaan sosial media dalam menarik peluang penyelidikan baru. Pihak pengurusan dan kakitangan CRM akan sentiasa meneruskan kerja berpasukan, pemerkasaan dan komunikasi serta meningkatkan usaha syarikat dengan bertunggakkan 4 strategi utama, memberikan kecemerlangan dan kemajuan penyelidikan klinikal operasi di Malaysia.

Mengenai Clinical Research Malaysia (CRM)
Clinical Research Malaysia (CRM) diasaskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2012 untuk memajukan kesihatan demi masa depan yang lebih cerah dan penuh harapan untuk masyarakat dengan memberi sokongan penyelidikan klinikal melalui kajian yang berkualiti.

Pemahaman yang mendalam mengenai lanskap penyelidikan klinikal tempatan dengan standard operasi antarabangsa, ditambah dengan sokongan daripada kerajaan memberi CRM kelebihan untuk bekerjasama dengan rakan kongsi dari peringkat awal kajian sehingga pelaksanaan produk akhir, untuk memberikan rawatan yang lebih baik dan mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Penerima Anugerah Sponsored Research 2021:
· Top Recruiter Award: Dr. Soo Hoo Hwoei Fen (Hospital Pulau Pinang) atas pencapaian paling ketara dalam patient recruitment dalam kajian klinikal ditaja pada tahun 2020.
· Investigator of the Year Award: Profesor Madya Dr Lim Soo Kun (Pusat Perubatan Universiti Malaya) atas pencapaian sebagai Penyelidik Utama dengan bilangan kajian klinikal tertinggi pada tahun 2020
· Clinical Trial Site of the Year (Overall) Award: Pusat Perubatan Universiti Malaya atas pencapaian bilangan penyelidikan yang ditaja tertinggi pada tahun 2020.
· Clinical Trial Site of the Year (MOH) Award: Hospital Kuala Lumpur atas pencapaian bilangan penyelidikan yang ditaja tertinggi antara lokasi-lokasi kajian KKM, dan pertumbuhan paling ketara dalam bilangan penyelidikan yang ditaja pada tahun 2020.
· Sponsor of the Year Award: Janssen (Pharmaceutical Companies of Johnson & Johnson) atas pencapaian nilai kajian klinikal kumulatif tertinggi pada tahun 2020 and antara yang tertinggi dalam bilangan kajian klinikal baru pada tahun 2020.
· CRO of the Year Award: IQVIA RDS Malaysia Sdn Bhd atas pencapaian bilangan kajian klinikal tertinggi dan bilangan tapak kajian tertinggi yang diaktifkan pada tahun 2020.

SUMBER: Clinical Research Malaysia (CRM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Asha Thanabalan 
Tel: +6012- 364 8043 / +603-7931 5566 (ext. 122)   
E-mel: asha@clinicalresearch.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.