ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  ZOLL DAN GLOBAL HEALTHCARE SG MENANDATANGANI PERJANJIAN EKSKLUSIF UNTUK PENGEDARAN BAGI SISTEM PENGURUSAN SUHU TERSASAR MUDAH ALIH DI ASIA PASIFIK

Tuesday 01/06/2021



CHELMSFORD, Mass., 1 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- ZOLL® Medical Corporation, sebuah syarikat Asahi Kasei yang mengeluarkan peranti perubatan dan penyelesaian perisian yang berkaitan, dan Global Healthcare SG, sebuah pemaju bagi penyelesaian penyejukan badan mudah alih, hari ini mengumumkan perjanjian pengedaran eksklusif mereka. Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, ZOLL mempunyai hak eksklusif untuk mengedarkan Sut Lengkap Badan CarbonCool® dan Sut Keselesaan di negara-negara Asia Pasifik.*

Kajian di negara-negara Asia-Pasifik, di mana suhu yang melampau boleh mencecah 50°C (122°F), telah menemukan kaitan positif di antara haba dan morbiditi dan kematian manusia.1,2 “Tekanan strok haba (EHS) telah ditunjukkan sebagai penyebab utama bagi sebahagian besar kematian mengejut semasa latihan berintensiti tinggi di tempat awam dan ketetapan ketenteraan,” kata Christopher Barnabas, Naib Presiden, Operasi Asia Pasifik ZOLL.3,4 “Kami amat teruja mengenai potensi teknologi CarbonCool yang berinovatif itu di dalam mencegah dan merawat EHS, serta perjanjian pengedaran dengan Global Healthcare SG yang akan meningkatkan lagi misi kami untuk memperbaiki hasil kelangsungan hidup di rantau itu.” 5,6 

Sut Lengkap Badan CarbonCool boleh digunakan dengan pantas dan mudah untuk rawatan strok haba. Ia boleh disesuaikan dengan kebanyakan bentuk dan ukuran badan. Di samping itu, Sut Keselesaan itu menawarkan satu penyelesaian pencegahan bagi persekitaran dengan risiko kecederaan haba yang lebih tinggi dan boleh digunakan sebagai satu sistem penyejukan peribadi oleh anggota bomba, pasukan pemusnah bom, dan anggota HAZMAT.

“Global Healthcare SG menghasilkan sesuatu yang berinovatif dengan teknologi penyejukan terapeutik berasaskan HypoCarbon® mudah alih kami yang lebih berkesan, mudah dan praktikal di dalam menurunkan suhu teras badan berbanding dengan penyediaan untuk rendaman air ais,”7 kata KL Cheng, Pengarah Urusan bagi Global Healthcare SG. “Perjanjian eksklusif kami dengan ZOLL membolehkan kami untuk memanfaatkan satu jaringan pengedaran yang luas di seluruh rantau Asia Pasifik, di mana prestasi berinovatif CarbonCool berhasrat untuk meningkatkan penyampaian bagi penjagaan di dalam keadaan yang timbul berkaitan dengan tekanan haba.”

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sut Lengkap Badan CarbonCool dan Sut Keselesaan, sila hubungi wakil ZOLL tempatan anda.

Maklumat mengenai Sut Lengkap Badan CarbonCool Global Healthcare SG

Sut Lengkap Badan CarbonCool terdiri daripada pakaian luar yang diperbuat daripada neoprena dan poliuretana termoplastik yang diikat dengan pita Velcro. Ini termasuk poket untuk pad penyejuk MPad™, yang diisi dengan HypoCarbon, satu penyelesaian grafit proprietari yang dipatenkan yang boleh memindahkan haba 15 kali lebih pantas berbanding ais. Dalam ujian yang dijalankan di Hospital Umum Singapura, ia mengambil masa 73 minit untuk menurunkan suhu badan teras pesakit kepada suhu sasaran 34oC (93.2oF) berbanding dengan 142 minit dengan menggunakan paket ais dan diberikan air garam sejuk secara intravena.7

ZOLL dan Ketenteraan

Selama lebih 25 tahun, ZOLL telah menjadi sebuah rakan yang dipercayai yang menyampaikan teknologi penjagaan kritikal akut kepada ketenteraan. Produk ZOLL digunakan secara meluas di seluruh sistem penjagaan kesihatan ketenteraan untuk menyokong pejuang perang dan rawatan kecederaan di dalam Sistem Penjagaan Dalam Perjalanan. Teknologi resusitasi dan penjagaan kritikal terkemuka ZOLL digunakan dalam semua peranan bagi operasi penjagaan perubatan di medan perang, dalam pemindahan dan pengangkutan aeroperubatan, di hospital lapangan, dan di garison untuk penjagaan muktamad. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zoll.com/medical-markets/military/.

Maklumat mengenai ZOLL Medical Corporation

ZOLL Medical Corporation, sebuah syarikat Asahi Kasei, membangun dan memasarkan peranti perubatan dan penyelesaian perisian yang membantu memajukan penjagaan kecemasan dan menyelamatkan nyawa, dan pada masa yang sama meningkatkan kecekapan klinikal dan operasi. Dengan produk untuk defibrilasi dan pemantauan jantung, peningkatan peredaran dan maklumat balas CPR, terapi oksigen tepu lampau, pengurusan data, pengudaraan, dan pengurusan suhu terapeutik, ZOLL menyediakan satu set yang komprehensif bagi teknologi yang membantu klinisian, EMS dan pemadam kebakaran profesional, serta penyelamat awam, meningkatkan keadaan pesakit di dalam keadaan kardiopulmonari kritikal. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zoll.com.

Maklumat mengenai Asahi Kasei

Kumpulan Asahi Kasei menyumbang kepada kehidupan dan penghidupan bagi orang ramai di seluruh dunia. Sejak penubuhannya pada tahun 1922 dengan perniagaan amonia dan serat selulosa, Asahi Kasei telah berkembang secara konsisten melalui transformasi proaktif bagi portfolio perniagaan mereka untuk memenuhi keperluan pengembangan bagi setiap umur. Dengan lebih daripada 40,000 orang pekerja di seluruh dunia, syarikat itu menyumbang kepada masyarakat mapan dengan menyediakan penyelesaian kepada cabaran dunia melalui tiga sektor perniagaan mereka iaitu Bahan, Kediaman dan Penjagaan Kesihatan. Operasi penjagaan kesihatan mereka termasuk peranti dan sistem untuk rawatan kritikal akut, dialisis, apheresis terapeutik, transfusi, dan pembuatan bioterapeutik, serta farmaseutikal dan reagen diagnostik. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.asahi-kasei.com.

*Tidak termasuk Singapura dan Indonesia.

1Green H, et al. Environ Res. April 2019;171:80–91.
2Bi P, et al. Asia Pac J Public Health. Mac 2011;23(2 Suppl):27S–36.
3Liu SY, et al. Military Med Res. 2020;7:1.
4Yankelson L, et al. J Am Coll Cardiol. 5 Ogos 2014;64:5:463–469.
5Lee J, et al. Journal of Athletic Training. 2017;52(1):000-000.
6Leong M, et al. Prehosp Disaster Med. Jun 2020;00(00):1-5.
7LG Yap, et al. J Emerg Crit Care Med. April 2020;4:13.

©2021 ZOLL Medical Corporation. Hak cipta terpelihara. ZOLL adalah sebuah tanda perniagaan berdaftar bagi ZOLL Medical Corporation di Amerika Syarikat dan/atau negara lain. Asahi Kasei adalah sebuah tanda perniagaan berdaftar bagi Asahi Kasei Corporation. Semua tanda perniagaan yang lain adalah merupakan hak milik bagi pemilik mereka masing-masing.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210531005327/en/

Hubungi

Media:
Matt Hogan
ZOLL Medical Corporation
978-421-6561
media@zoll.com

Sumber : ZOLL Medical Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.