ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  KAEDAH BUKAN EKUITI BAGI PERDAGANGAN DI ANTARA INDONESIA DAN JEPUN DILIHAT MENAWARKAN PELUANG-PELUANG UNTUK MENYERTAI RANGKAIAN PENGELUARAN ANTARABANGSA MENURUT KAJIAN OLEH PUSAT ASEAN-JEPUN

Tuesday 01/06/2021



Table


“Kaedah Bukan Ekuiti bagi Perdagangan di ASEAN" di Indonesia tersedia untuk dimuat turun di laman web AJC (Grafik: Business Wire)
 



TOKYO, 1 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) telah menerbitkan makalah ke-7 mengenai siri “Kaedah Bukan Ekuiti bagi Perdagangan di ASEAN: Menggalakkan bentuk baharu bagi perdagangan di  antara Jepun dan ASEAN” yang memberi tumpuan kepada Indonesia pada Mac 2021. Hasil penemuan bagi makalah tersebut telah dibentangkan di dalam “Webinar mengenai Kaedah Bukan Ekuiti bagi Indonesia” oleh AJC yang diadakan pada 27 Mei, 2021. Menurut makalah tersebut, kaedah bukan ekuiti (NEM) bagi perdagangan di Indonesia diramalkan berpotensi memainkan satu peranan di dalam memperluaskan peluang untuk mengambil bahagian di dalam rantaian nilai global dan adalah sangat penting bagi pembangunan ekonomi inklusif terutama dalam pandemik COVID-19.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210601005358/en/

Indonesia adalah ekonomi ketujuh terbesar di dunia, dan satu pertiga ekonominya disumbangkan oleh pelaburan. NEM di Indonesia wujud di dalam industri getah asli dalam bentuk pertanian kontrak, di dalam industri kasut melalui penyumberan luar dan subkontrak, di dalam kedai makanan segera dan serbaneka melalui francais, dan di dalam rantaian hotel antarabangsa melalui kontrak pengurusan atau perjanjian perlesenan. Kelulusan Undang-undang nombor 11 bagi tahun 2020 mengenai Penciptaan Pekerjaan baru-baru ini bertujuan untuk memudahkan rintangan utama kepada pelaburan di Indonesia, dan memberi manfaat juga kepada NEM dengan menarik pelabur ke Indonesia dengan kemudahan yang dijangkakan untuk menjalankan perniagaan di negara itu.

NEM menyediakan peluang yang tidak terdapat di dalam pelaburan langsung asing (FDI). Sebagai contoh, ia adalah satu pilihan yang menarik bagi pemilik jenama antarabangsa dan perbadanan transnasional (TNC) untuk mempertimbangkan kelenturan mereka bagi memasuki pasaran Indonesia melalui perjanjian berkontrak dengan syarikat-syarikat tempatan. Untuk memenuhi standard TNC, syarikat-syarikat tempatan dijangka akan dilengkapi dengan kemahiran dan keupayaan pengurusan dan teknologi. Bagaimanapun, ketika perbadanan transnasional dapat menamatkan kontrak dengan mudah, satu perhubungan jangka panjang tidak dijamin terutamanya apabila kualiti barangan dan perkhidmatan tidak memenuhi standard TNC. Walaupun FDI mungkin mempunyai kelebihan yang lebih baik berbanding dengan NEM dari segi membawa masuk modal, NEM memperluaskan kaedah operasi agar perusahaan tempatan Indonesia terlibat di dalam jaringan pengeluaran antarabangsa.

Kewujudan NEM menyediakan insentif kepada syarikat-syarikat tempatan untuk mengembangkan perniagaan mereka. Sekiranya syarikat-syarikat tempatan dapat memaksimumkan pengetahuan dan kemahiran teknologi dengan menjalin hubungan dengan TNC, mereka dapat membina keupayaan mereka sendiri berdasarkan kepada insentif ini dan bahkan mengembangkan perniagaan mereka dengan menggunakan rangkaian TNC. Untuk memaksimumkan potensi NEM sepenuhnya, makalah itu menyarankan agar kerajaan Indonesia mempertimbangkan: (1) meningkatkan keupayaan perusahaan kecil dan sederhana melalui program pengembangan dan inkubasi keusahawanan dan program pembiayaan mikro; (2) melaksana dan memperkukuhkan persekitaran kerja kawal selia untuk memperluaskan guna tenaga, meningkatkan teknologi dan menyumbang kepada rantai nilai global; (3) menyokong penggalakan dan peningkatan kemahiran dan kepakaran bagi tenaga kerja tempatan mereka melalui program pendidikan baharu seperti Kampus Merdeka, dan melalui Kad Pra-Pekerjaan; dan (4) mengembangkan infrastruktur sains, teknologi dan inovasi untuk membolehkan syarikat-syarikat membina amalan perniagaan yang lebih cekap.

Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang dicapai pada akhir tahun 2020 memperluaskan lagi pasaran itu ke Asia Timur yang lebih luas. Usaha kerajaan Indonesia untuk memaksimumkan peluang-peluang tersebut dapat membolehkan NEM untuk mengintegrasikan ekonomi ASEAN dengan lebih baik. Pengurangan birokrasi dan penyahkawalseliaan akan meningkatkan daya saing bagi syarikat-syarikat Indonesia dan membantu mereka mengakses pasaran global. Selanjutnya, dasar-dasar pelaburan yang memudahkan dan sebuah pasaran buruh yang lebih fleksibel adalah strategi yang sangat diperlukan untuk meningkatkan daya saing Indonesia di masa depan.

Hasil penemuan bagi makalah itu telah dibentangkan di dalam Webinar mengenai Kaedah Bukan Ekuiti bagi Indonesia yang diadakan pada 27 Mei 2021. AJC telah menjemput pembahas makalah dari kerajaan dan akademik, termasuk Dr. Kasan Muhri, Ketua bagi Agensi Analisis dan Pembangunan Perdagangan, Direktorat Jeneral bagi Analisis dan Pembangunan Dasar Perdagangan, Kementerian Perdagangan, Republik Indonesia, Profesor Chie Iguchi dari Universiti Keio, dan Setiausaha Agung AJC Masataka Fujita. Untuk laporan lengkap di webinar, sila lihat https://www.asean.or.jp/en/trade-info/20210601/.

“Kaedah Bukan Ekuiti bagi Perdagangan di ASEAN: Menggalakkan bentuk baharu bagi perdagangan di  antara Jepun dan ASEAN: Makalah 3 Indonesia” tersedia untuk dimuat turun di laman web AJC seperti di bawah.
https://www.asean.or.jp/ja/wp-content/uploads/sites/2/NEM-Indonesia-Paper-3-full-web.pdf

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210601005358/en/

Hubungi

Unit Perhubungan Awam Pusat ASEAN-Jepun (AJC)
Tomoko Miyauchi (CIK)
URL: https://www.asean.or.jp/en/
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp

Sumber : Pusat ASEAN-Jepun (AJC)

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.