ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  ECLYPSIUM DAN SECURECRAFT KINI MENAWARKAN PLATFORM INTEGRITI PERANTI PERUSAHAAN KEPADA PASARAN SINGAPURA DAN MALAYSIA

Thursday 03/06/2021



PORTLAND, Ore., 3 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Eclypsium®, syarikat integriti peranti perusahaan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menjalin kerjasama dengan SecureCraft PTE. Ltd, sebuah pengedar keselamatan IT berdaftar yang berpangkalan di Singapura bagi Singapura dan Malaysia. Dengan memanfaatkan kepakaran pasaran mereka dan jangkauan rangkaian dan saluran yang sedia ada, Securecraft akan mengetuai pengenalan Eclypsium ke pasaran tempatan, dan akan menyediakan sokongan serantau kepada integrator sistem dan penjual semula bagi produk dan perkhidmatan Eclypsium.

Dengan sebuah landskap ancaman siber global yang sentiasa berkembang, organisasi global dan peranti perusahaan mereka telah menjadi semakin rentan terhadap risiko. Melalui satu platform tunggal, teknologi Eclypsium menguruskan kerumitan bagi keselamatan perusahaan merentasi kebanyakan peranti kritikal bagi sesebuah organisasi, dengan satu pendekatan menyeluruh kepada inventori peranti dan perisian tegar atau firmware, pengurusan kerentanan, dan pengesanan ancaman dan penampungan perisian tegar.

“Sebagai sebuah pengedar yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada penyelesaian keselamatan, SecureCraft memahami cabaran dan risiko yang dihadapi oleh organisasi di dalam landskap yang didorong oleh maklumat pada hari ini,” kata Yuriy Bulygin, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Eclypsium. “Keupayaan ancaman pelaku semakin maju dan organisasi memerlukan satu penyelesaian yang dapat secara holistik memerangi kerumitan ancaman siber yang semakin meningkat. Kami amat bangga kerana dapat menjalin kerjasama dengan Securecraft untuk memperluaskan jangkauan kami di Asia, untuk menyampaikan platform keselamatan peranti Eclypsium dan menyediakan kepada organisasi dengan pengesanan dan tindak balas kebolehlihatan dan ancaman yang paling menyeluruh merentasi semua peranti perusahaan mereka.”

“SecureCraft berasa gembira kerana menjalin kerjasama dengan Eclypsium untuk berfungsi sebagai sebuah pengedar bagi platform perisian gred perusahaan terkemuka mereka,” kata Ivan Lo, Pengurus Besar Kumpulan di SecureCraft. “Kami ingin menjadi satu pengembangan bagi pasukan Eclypsium dan mula menyediakan kepada pelanggan kami di Singapura dan Malaysia dengan sebuah produk terkemuka yang dapat menyampaikan kebolehlihatan dan kawalan yang paling lengkap dan paling dalam merentasi pelbagai jenis peranti.”

Menurut Ramalan Keselamatan Maklumat dan Pengurusan Risiko Seluruh Dunia Gartner, yang dikemas kini kali terakhir pada Suku Keempat 2020, perbelanjaan keselamatan maklumat di pasaran Asia/Pasifik dijangka mencapai lebih $11.5 bilion pada tahun 2021, dan mencecah $15.2 bilion menjelang tahun 20241. “Asia terus menjadi sebuah kawasan tumpuan utama bagi Eclypsium,” kata Doug Schultz, Naib Presiden Kanan bagi Jualan Seluruh Dunia bagi Eclypsium. “Kami telah melihat tarikan yang besar di pasaran Singapura sejak kemasukan kami dan kami berharap dapat meneruskan pengembangan kami ke seluruh rantau Asia Pasifik, untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi platform integriti peranti perusahaan kami.”

Untuk maklumat lanjut mengenai platform Eclypsium itu, sila layari www.eclypsium.com. Untuk maklumat lanjut mengenai SecureCraft, sila layari www.secureCraftasia.com.

Maklumat mengenai Eclypsium

Eclypsium adalah sebuah platform integriti peranti kelas perusahaan bagi organisasi teragih moden. Ia menyelesaikan masalah integriti rantaian bekalan dan peranti terkini dan paling kuat dengan mengenal pasti peranti yang diketahui dan tidak diketahui di seluruh perusahaan itu, mengesahkan perisian tegar dan perkakasan semasa terhadap pangkalan data terbesar di dunia, dan memperkuatkan peranti melalui kawalan konfigurasi dan kemas kini automatik. Penyelesaian Eclypsium yang berasaskan awan digerakkan dalam hanya beberapa minit, dengan menggunakan kakitangan dan sumber organisasi yang sedia ada. Melindungi syarikat-syarikat Fortune 100 dan agensi-agensi persekutuan, Eclypsium telah dinobatkan sebagai Gartner Cool Vendor dalam Operasi Keselamatan dan Ancaman Risikan, sebuah Vendor Terkemuka Siber TAG, satu daripada 10 Syarikat Keselamatan Paling Inovatif di Dunia oleh Fast Company, sebuah CNBC Upstart 100, sebuah Pejuang Siber CB Insights, dan sebuah finalis RSAC Innovation Sandbox. Untuk maklumat lanjut, sila layari eclypsium.com.

Maklumat mengenai SecureCraft

SecureCraft adalah sebuah pengedar penyelesaian keselamatan nilai tambah yang percaya dalam mewujudkan nilai di kalangan perniagaan pelanggan mereka. Dengan sebuah pasukan profesional keselamatan yang komited dan berkemahiran, yang memberi tumpuan khusus kepada Keselamatan Maklumat, SecureCraft memahami sepenuhnya cabaran yang dihadapi oleh perniagaan dalam dunia hari ini yang didorong oleh maklumat. Visi kami adalah agar menjadi produk pilihan bagi keselamatan akhir-ke-akhir penyelesaian pengedar, keselamatan siber dan prestasi rangkaian yang terbaik. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.secureCraftasia.com.

1tps://www.gartner.com/en/documents/3994812/forecast-information-security-and-risk-management-worldw

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210602006129/en/

Hubungi

Kari Walker, ZAG Communications
eclypsium@zagcommunications.com

Sumber : Eclypsium

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.