ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  KESAN SAINS UNTUK MENCIPTA PERUBAHAN; SEPERTI FOODITIVE IAITU PERINTIS DALAM BAHAN KITARAN TINGGI BERASASKAN TUMBUHAN

Tuesday 08/06/2021



ROTTERDAM, 8 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tahun 2020 yang mencabar ini telah menyaksikan pengembangan pengeluar bahan berasaskan tumbuhan iaitu Fooditive BV, sebuah syarikat Belanda yang bermatlamat untuk merevolusikan pemakanan sihat. Melalui kitaran tinggi gred ketiga dan aliran sisi buah-buahan dan sayur-sayuran menjadi produk yang 100% semula jadi, ia telah mewujudkan salah satu kunci kepada masa depan yang lebih lestari. Semuanya bermula dengan seorang lelaki Jordan dan kebenciannya terhadap pembaziran serta mahukan perubahan.

Setelah mengalami kekurangan makanan semasa zaman kanak-kanaknya di Jordan, Pengasas dan Saintis Makanan, Moayad Abushokhedim berjanji akan mencipta makanan yang sihat dengan harga yang berpatutan untuk semua.

Dilengkapi dengan latar belakang dalam sains makanan dan perniagaan yang kukuh, beliau membangunkan proses uniknya sendiri untuk mencipta bahan berasaskan tumbuhan dengan harga yang berpatutan, hanya dengan menggunakan sains penapaian.

Sebagai penghargaan atas usahanya untuk kejayaan industri makanan dan minuman, Abushokhedim dinobatkan sebagai salah seorang Food100 tahun 2020, suatu anugerah yang meraikan para pembuat pembaharuan yang berusaha ke arah peralihan kepada sistem makanan yang lestari.

“Bagi seorang lelaki Jordan seperti saya yang tidak percaya bahawa dia sedang merealisasikan impiannya untuk mengubah dunia, menerima anugerah ini membuat saya sedar bahawa jika anda boleh mengimpikannya, anda boleh mencapainya. Ia mengingatkan saya bahawa saya tidak bersendirian dalam usaha ini kerana ramai lagi orang lain di dunia yang percaya dalam membuat perbezaan,” kata Moayad Abushokhedim.

Produk pertama Fooditive iaitu pemanis sifar kalori yang unik yang diperbuat daripada epal dan pir hanyalah suatu permulaan. Sejak melancarkan pemanis tersebut, syarikat ini telah memperluas rangkaian produk kreatifnya termasuk agen pemekat yang diperbuat daripada kulit pisang, pengawet berasaskan lobak merah dan pengemulsi yang diperbuat daripada ekstrak kentang.

Inovasi di sebalik produk Fooditive dan dedikasinya untuk memberikan produk yang sepatutnya diperoleh oleh para pengguna telah menyebabkan syarikat tersebut dicalonkan bagi anugerah Foodvalley Champions 2020 dalam kategori Makanan & Kesihatan. Kerjasama baharu dengan Frutco AG di Switzerland yang akan menggunakan proses penapaian berterusan Fooditive yang unik bagi menghasilkan pemanis daripada aliran sisi pisang merupakan langkah terbaru syarikat untuk menjadikan dunia yang lebih hijau dan lestari.

Sebagai perintis dalam pemakanan sihat, tindakan Fooditive juga turut menarik perhatian Gary Clarke, mantan Pengurus Besar Mars International Travel Retail. Dengan pengalaman selama lebih 20 tahun dalam barangan pembungkusan pengguna, Clarke merasakan bahawa “sebagai langkah seterusnya, bergabung dengan Fooditive sebagai rakan kongsi merupakan perkara yang perlu dilakukan.”

“Apabila saya mengetahui tentang pendekatan Fooditive dalam membangunkan ekonomi kitaran dan menghasilkan makanan yang lebih baik untuk kita semua, saya benar-benar berfikir bahawa ia menerajui tugas untuk mengembangkan industri makanan. Saya percaya bahawa Fooditive benar-benar dapat mendorong industri ke arah masa depan yang baharu untuk sektor makanan. Sesuatu yang bukan sahaja baik untuk manusia tetapi juga baik untuk planet ini dan sekiranya kita dapat mengembangkan idea ini maka perbezaannya akan menjadi amat besar”, tambah Clarke lagi.

Fooditive kini membiayai hingga €6.5 juta bagi tahun 2021 untuk merevolusikan perniagaan makanan berasaskan tumbuhan dan mewujudkan makanan yang sihat dengan harga yang berpatutan untuk semua orang.

Pada akhir tahun ini, syarikat akan berkongsi produk baharunya yang menarik iaitu pengganti lemak yang sihat yang diperbuat daripada biji avokado dan susu tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan daripada kacang pea, oleh itu pastikan untuk mengikuti perkembangan Fooditive.

Kini setelah ia disokong oleh lebih banyak rakan kongsi yang komited dan dilengkapi bahan-bahan dengan harga kompetitif yang tiada tandingan, populariti Fooditive semakin meningkat dan menginspirasikan orang ramai untuk lebih memikirkan tentang apa yang mereka makan.

Tentang Fooditive BV

Pada tahun 2018, pengeluar bahan berasaskan tumbuhan ini iaitu Fooditive BV telah ditubuhkan di Rotterdam, Belanda. Syarikat ini komited untuk menyediakan makanan sihat yang 100% bahan semula jadi kepada orang ramai. Sejak pelancarannya, Fooditive telah menerima beberapa anugerah termasuk dicalonkan untuk Index Award 2021 atas idea inovatif, pendekatan lestari dan sumbangannya kepada ekonomi kitaran.

Foto-foto yang disertakan bersama pengumuman ini boleh didapati di

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e2b3b996-6320-474d-a1e0-5ee9f1081913/ms

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/5a7837dc-22d9-48cb-a57b-4c6606055081/ms

Contact:
Niki Karatza
niki@fooditive.nl
+31 10 3216167

Sumber: Fooditive BV

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.