ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  LIVERAMP DAN CARREFOUR BERGANDINGAN UNTUK MENYAMPAIKAN PENAWARAN RUNCIT GENERASI AKAN DATANG

Wednesday 16/06/2021



Pemimpin Global di dalam Kerjasama Data yang Dibolehkan Privasi Membantu Peruncit Membuka Peluang-peluang Perniagaan Baharu dan Mengubah Perhubungan Rakan Bekalan

SAN FRANCISCO, 16 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- LiveRamp® (NYSE: RAMP) hari ini mengumumkan satu perkongsian global yang diperluaskan dengan Carrefour (OTCMKTS: CRERF) bagi membolehkan kerjasama data, keupayaan analitik dan inovasi yang mantap melalui LiveRamp Safe Haven. Dengan menggunakan teknologi pemeliharaan privasi LiveRamp yang terbaik di dalam kelasnya, peruncit, jenama barang bungkusan pengguna (CPG) dan rakan-rakan Carrefour boleh melaksanakan kerjasama data secara selamat, mudah dan produktif pada satu skala global yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Safe Haven pada masa ini tersedia di Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, China, Jepun dan Australia, dan, bersama Carrefour, sedang dikembangkan ke Sepanyol, Itali, Belgium, Poland, Romania, Argentina, Brazil dan Taiwan. LiveRamp Safe Haven adalah merupakan sebahagian daripada satu unit perniagaan baharu yang dilancarkan oleh Carrefour pada masa ini: “Carrefour Links.” Perkongsian itu telah diumumkan pada satu sidang media di Paris hari ini.

“LiveRamp akan menjadi satu pemecut kritikal bagi transformasi Carrefour ke dalam sebuah peruncit terkemuka di dalam industri yang dipacu oleh data,” kata Elodie Perthuisot, Pengarah Eksekutif E-Dagang, Data dan Transformasi Digital di Kumpulan Carrefour. “Kami menyampaikan nilai hebat dengan bekerja secara lebih usaha sama dengan CPG kami dan rakan pembekal runcit dengan Carrefour Links. Kami sangat teruja dengan perkongsian kami dengan LiveRamp, bekerja bersama-sama untuk menyampaikan pandangan dan keupayaan pengguna baharu yang mantap kepada ratusan rakan CPG kami pada satu skala global.”

Dengan menyampaikan penyambungan data dan pengurusan identiti di dalam suatu persekitaran yang neutral, selamat dan dibenarkan, LiveRamp mewujudkan satu kelebaran bagi kes-kes penggunaan baharu dan aliran pendapatan bagi peruncit sambil mengubah cara mereka bekerja dengan rakan pembekal mereka. Melalui Carrefour Links, Safe Haven membolehkan Carrefour untuk bekerjasama dengan lebih dekat dengan rakan CPG merentasi sembilan pasaran antarabangsa untuk menyampaikan keupayaan kerjasama data yang dipertingkatkan termasuk:

· Analitik dan Pandangan yang Lebih Mendalam 一 Laporan yang disusun menyediakan pandangan yang mantap mengenai prestasi kempen, pengurusan kategori, dan analitik pembeli. Safe Haven juga menawarkan keupayaan bagi pasukan sains data untuk menggunakan model dan pembelajaran mesin mereka sendiri.
· Pengaktifan Saluran Semua Arah 一 Aktifkan kempen CPG dengan menggunakan data Carrefour merentasi platform sosial dan laman web terbuka dan aset yang dimiliki dan dikendalikan oleh Carrefour.
· Pengukuran Lebih Baik 一 CPG boleh memahami dengan lebih baik kesan bagi aktiviti pemasaran terhadap jualan dengan menggunakan data runcit dan menggerakkan jarum untuk memacukan hasil perniagaan utama.

“Data sedang mengubah pengalaman pelanggan di peringkat global – dan Carrefour berada di barisan hadapan bagi trend ini dengan platform Carrefour Links mereka,” kata Warren Jenson, presiden bagi LiveRamp. “Dengan LiveRamp Safe Haven, jenama dan rakan mereka kini dapat bekerjasama dengan selamat untuk menyampaikan pengalaman pelanggan yang lebih baik dan memacukan hasil perniagaan. Kami sangat bangga kerana dapat mengaktifkan keupayaan berinovatif ini bagi Carrefour merentasi rangkaian rakan CPG dan di lebih sembilan buah negara.”

Perkongsian LiveRamp yang diperluaskan dengan Carrefour mengisyaratkan momentum yang semakin berkembang bagi Safe Haven, yang kini melayani lebih daripada 45 pelanggan merentasi peruncitan, barang runcit, CPG, elektronik pengguna dan garis menegak yang lain. Pengambilalihan DataFleets oleh LiveRamp baru-baru ini membawa teknologi peningkatan privasi yang terkemuka di dalam industri kepada Safe Haven, yang membolehkan pelanggan untuk melaksanakan kawalan data yang boleh dikonfigurasikan. LiveRamp Safe Haven menjadikan kerjasama data selamat dan mudah bagi pelanggan tanpa mengira infrastruktur teknikal atau platform awan yang digunakan oleh setiap pihak, tanpa memindahkan data.

“Safe Haven membolehkan klien untuk bekerjasama merentasi awan, rakan dan sempadan untuk mendorong inovasi, menyampaikan pengalaman pelanggan yang lebih baik dan mencapai kelebihan daya saing,” kata Jenson. “Dalam lebih satu tahun sejak mengumumkan Safe Haven, kami telah memperoleh 30% penguasaan pasaran di dalam barang runcit Amerika Syarikat dan runcit kotak besar, dan di Eropah memperkenalkan idea-idea baharu dengan Carrefour dan peruncit terkemuka lain. Ketika kami terus memperluaskan jejak antarabangsa kami, kami sangat teruja kerana kini dapat melayani lebih 30% daripada 50 CPG global terbesar.”

Layari laman web LiveRamp untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai Safe Haven dan Safe Haven untuk Runcit.

Maklumat mengenai Kumpulan Carrefour
Dengan satu rangkaian pelbagai format bagi kira-kira 13,000 buah kedai di lebih  30 buah negara, Kumpulan Carrefour merupakan satu daripada peruncit makanan terkemuka di dunia. Carrefour mencatatkan jualan kasar €78.6 bilion pada tahun 2020. Ia mempunyai lebih daripada 320,000 orang pekerja yang membantu menjadikan Carrefour sebagai pemimpin dunia di dalam peralihan makanan untuk semua orang, menyediakan kepada setiap orang dengan akses kepada makanan yang berkualiti tinggi dan berpatutan pada setiap hari, di semua lokasi.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.carrefour.com, atau cari kami di Twitter (@GroupeCarrefour) dan LinkedIn (Carrefour).
 
Maklumat mengenai LiveRamp
LiveRamp adalah platform penyambungan data terkemuka bagi penggunaan data yang selamat dan berkesan. Dikuasakan oleh keupayaan resolusi identiti teras dan satu rangkaian yang tiada tandingannya, LiveRamp membolehkan syarikat-syarikat dan rakan mereka untuk berhubung, mengawal, dan mengaktifkan data dengan lebih baik bagi mengubah pengalaman pelanggan dan menjanakan hasil perniagaan yang lebih bernilai. Infrastruktur LiveRamp yang saling boleh dikendalikan dan neutral sepenuhnya menyampaikan ketersambungan dari hujung ke hujung bagi jenama, agensi, dan penerbit terkemuka di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.LiveRamp.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210615005755/en/

Hubungi

Hubungan Media
Michelle Millsap bagi pihak LiveRamp
liveramp@havasformula.com
619-857-2384

Sumber : LiveRamp

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.