ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  ROBOT UVD DIPILIH OLEH SYARIKAT PENGURUSAN KEMUDAHAN GLOBAL ISS UNTUK MENYEDIAKAN ROBOT PEMBASMIAN KUMAN BERAUTONOMI

Thursday 17/06/2021



Table

Robot UVD membantu untuk memastikan tahap pembersihan dan pembasmian kuman yang cemerlang. Berbeza dengan banyak sistem pembasmian kuman yang pegun, Robot UVD adalah sebuah robot mudah alih berautonomi sepenuhnya yang mengintegrasikan cahaya UV-C untuk membasmi kuman terhadap semua jenis bakteria dan virus yang diketahui termasuk Covid-19 bukan hanya di permukaan, tetapi juga di udara, memberikan satu kawalan jangkitan dan penyelesaian pencegahan yang sepenuhnya. Robot UVD membolehkan kemudahan untuk mengurangkan penularan penyakit dengan menghapuskan 99.99 peratus bakteria dan virus di mana-mana bilik. Robot itu telah dilancarkan ke lebih 70 buah negara di seluruh dunia. (Foto: Business  Wire)


Perkongsian Baharu Meningkatkan Piawaian bagi Kebersihan dan Perlindungan Tempat kerja bagi Pekerja untuk Kembali Bekerja

ODENSE, Denmark, 17 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Blue Ocean Robotics pengeluar Robot UVD bagi pembasmian kuman UV-C berautonomi mengumumkan bahawa ia telah dipilih oleh ISS World Services, sebuah syarikat pengurusan pengalaman dan kemudahan tempat kerja global yang terkemuka di dunia, untuk menyediakan robot-robot berautonomi bagi pembasmian kuman sebagai sebahagian daripada penawaran global ISS.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210616005504/en/

Perjanjian itu membolehkan ISS untuk menawarkan pembasmian kuman gred hospital kepada lebih daripada 60,000 pelanggan mereka di lebih 30 buah negara di dalam sektor penjagaan kesihatan, farmaseutikal, sains hayat, perkhidmatan perbankan dan kewangan, industri & pembuatan. Robot UVD membolehkan kemudahan untuk mengurangkan penularan penyakit dengan menghapuskan 99.99 peratus bakteria dan virus di mana-mana bilik.

“Ketika kita kembali bekerja, syarikat-syarikat perlu menjalin semula hubungan fizikal, membawa pekerja dengan selamat kembali ke persekitaran kerja yang memenuhi standard kebersihan diri yang lebih tinggi. Dan mereka perlu mengembalikan hubungan emosi, membina keyakinan pekerja terhadap keselamatan di tempat kerja mereka. Berupaya untuk menawarkan pembasmian kuman, yang juga termasuk Robot UVD adalah satu cara yang berkuasa dan berkesan bagi syarikat kami untuk menangani dan memenuhi kehendak dan jangkaan pelanggan,” kata Anders Høj, Pengarah, Kaedah & Teknologi, Pembersihan di ISS World Services.

Claus Risager, Ketua Pegawai Eksekutif Blue Ocean Robotics, berharap dapat menjalin kerjasama dengan ISS. “Robot kami terus memainkan peranan penting di dalam membantu perniagaan memenuhi keperluan yang dicetuskan oleh pandemik itu dan seterusnya, mengakibatkan di dalam pengurangan yang ketara dalam jangkitan di tempat kerja dan pada masa yang sama mengurangkan tahap pekerja yang cuti sakit. Robot UVD itu mempunyai keupayaan unik untuk merasa, mendokumentasi dan menunjukkan kepada pengguna betapa baik pembasmian kuman di sesuatu kawasan, yang membolehkan pengguna untuk dengan mudah dan pantas menyesuaikan proses dan mengoptimumkannya jika diperlukan. Satu ciri yang tidak terdapat dalam mana-mana robot pembasmian kuman UV-C yang lain.”

Kit Media

Maklumat mengenai ISS

ISS, sebuah syarikat pengurusan pengalaman dan kemudahan tempat kerja yang terkemuka, menyediakan penyelesaian pewujudan tempat yang menyumbang kepada prestasi perniagaan yang lebih baik dan menjadikan kehidupan lebih mudah, lebih produktif, dan menyeronokkan – disampaikan kepada standard yang tinggi oleh mereka yang peduli. Ketahui lebih lanjut di issworld.com.

Maklumat mengenai UVD Robots

UVD Robots adalah merupakan sebahagian daripada kumpulan terkemuka di dunia di dalam pembangunan robot perkhidmatan, Blue Ocean Robotics, yang termasuk jenama GoBe Robots dan PTR Robots. Blue Ocean Robotics beribu pejabat di Denmark dan baru-baru ini telah dimasukkan di dalam 10 Utama Syarikat Terpantas bagi ‘Syarikat Robotik Yang Paling Inovatif untuk 2021.’

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210616005504/en/

Hubungi

Camilla Almind Knudsen,
Penyelaras Perhubungan Awam, Blue Ocean Robotics
+45 61 10 02 74
cak@blue-ocean-robotics.com

Sumber : UVD Robots

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.