ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  CALABRIO MEMPERLUASKAN KEUPAYAAN PENGURUSAN PENGLIBATAN TENAGA KERJA AWAN DI ASIA TENGGARA

Thursday 17/06/2021



Penyedia pengurusan penglibatan tenaga kerja awan yang pertama mengumumkan hala tuju untuk kedaulatan data merentasi Asia Tenggara

SINGAPURA, 17 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Calabrio, syarikat kecerdasan pengalaman pelanggan, telah mengumumkan ketersediaan bagi platform pengurusan penglibatan tenaga kerja awan (WEM) mereka melalui satu titik tempatan bagi kehadiran di Singapura. Perkhidmatan awan WEM serantau yang baharu itu akan menyokong permintaan yang semakin meningkat di Asia Tenggara bagi perkhidmatan pusat hubungan awan yang pertama daripada perusahaan tempatan dan juga organisasi global yang ingin berpindah ke rantau itu.

Perkhidmatan berasaskan awan yang dihoskan di Singapura itu diwujudkan bagi sebuah penyedia perkhidmatan besar yang membolehkan Calabrio menjadi yang pertama di rantau itu untuk menawarkan sebuah platform WEM gred perusahaan natif awan yang menyampaikan kedaulatan data sebenar bagi pelanggan yang berpangkalan di Singapura, serta menyediakan kependaman kuasa dan privasi data yang unggul kepada perusahaan lain di rantau Asia Tenggara. Penyelesaian awan itu menggunakan perkhidmatan mikro proprietari, dengan mendorong penerobosan dan skala yang lebih pantas di pasaran baharu dan memaksimumkan ‘masa-ke-nilai’ bagi pelanggan Calabrio.

Pelancaran ini juga menunjukkan kekuatan, kepimpinan dan komitmen Calabrio yang semakin meningkat ke rantau itu, dengan menyokong permintaan awan yang semakin meningkat di Asia Tenggara. Calabrio telah menyaksikan pertumbuhan yang dramatik sepanjang tahun lalu, terutama dengan penyelesaian awan, dengan lebih daripada separuh pendapatan mereka di Asia Pasifik (APAC) dijanakan daripada pemasangan awan. Di APAC, Calabrio memperoleh 47 pelanggan baharu pada tahun 2020, dan setakat ini pada tahun 2021 sudah meningkat 400% sejak suku pertama tahun 2020.

Josh Jabs, ketua pegawai teknologi di Calabrio menyatakan, “Perniagaan di Asia Tenggara sedang mempercepatkan penerimaan awan mereka, terutamanya dengan kejayaan di negara lain dan perusahaan tempatan sekarang bergerak ke awan. Calabrio akan menjadi yang pertama untuk menyediakan sebuah WEM awan yang benar-benar khusus di rantau ini. Dengan rakan teknologi dan rakan strategik kami Cisco dan Amazon Web Services (AWS) juga melancarkan penawaran pusat hubungan sebagai satu perkhidmatan (CCaaS) yang berasaskan awan di sini, Calabrio berada pada kedudukan yang baik untuk membantu pelanggan Asia Tenggara bergerak kepada awan.”

Selain menyediakan perkhidmatan serantau yang lebih pantas, perkhidmatan awan WEM baharu itu menyokong cita-cita Calabrio untuk memberikan kedaulatan data sepenuhnya kepada pelanggan di setiap negara di Asia Tenggara dan seterusnya.

Sarel Roets, Ketua Pegawai Eksekutif bagi APAC di VoiceFoundry berkata, “Dalam dunia pekerjaan yang berkembang dari rumah, penekanan kepada agen sokongan di mana sahaja mereka berada tidak pernah lebih penting yang seterusnya membawa maksud pusat-pusat hubungan memerlukan sebuah vendor yang memacukan fungsi WEM yang kuat dan cerdas dari mana-mana lokasi.”

Penambahan titik awan tempatan bagi kehadiran membolehkan pelanggan Asia Tenggara kepada akses yang lebih mudah kepada inovasi terbaharu dan terhebat yang disampaikan oleh Calabrio melalui awan. Calabrio baru-baru ini telah melancarkan Calabrio ONE yang baharu dan pertama di awan untuk era baharu itu, dengan satu penyelesaian pengurusan tenaga kerja bersepadu.

Maklumat mengenai Calabrio

Calabrio adalah syarikat kecerdasan pengalaman pelanggan yang memberi kuasa kepada organisasi untuk memperkayakan interaksi manusia. Skalabiliti bagi platform awan kami membolehkan untuk penggunaan pantas bagi model kerja jarak jauh — dan ia memberikan kawalan tepat kepada pelanggan kami terhadap kos operasi dan tahap kepuasan pelanggan. Melalui analitik yang dipacu oleh AI, Calabrio mengungkap tingkah laku dan sentimen pelanggan dan memperoleh pandangan yang menarik dari pusat hubungan. Organisasi memilih Calabrio kerana keupayaan mereka untuk memahami keperluan pelanggan dan keseluruhan pengalaman yang ia sediakan, daripada pelaksanaan sehingga kepada sokongan berterusan. Maklumat lanjut di calabrio.com dan ikuti @Calabrio di Twitter.

Calabrio, Calabrio ONE dan logo Calabrio adalah merupakan tanda perniagaan berdaftar atau tanda perniagaan bagi Calabrio, Inc. Semua tanda perniagaan lain yang dinyatakan dalam dokumen ini adalah hak milik pemilik mereka masing-masing.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210616005808/en/

Hubungi

Hubungan Media
Mary Phillips/Andreina West
PR Artistry
+44 (0) 1491 845553
mary@pra-ltd.co.uk

Sumber : Calabrio

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.